Posted by: aminuddin | 20/04/2011

Antara Muslim Fasik Dan Kafir – Mana Lebih Baik?

Mungkin ini boleh membantu menjelaskan persoalan di atas yang saya petik dari salah satu blog pendakwah :

“Pernah terbaca komen Ibn Taimiyyah, bahawa muslim yang jahat lebih baik dari kafir yang baik.

Ini kerana muslim yang jahat tetap mengakui Allah sebagai tuhannya dan beribadah kepada-Nya. Hanya dalam beberapa aspek kehidupannya, dia berbuat jahat.

Berbeza dengan kafir yang baik, dia mengingkari Allah sebagai tuhannya dan enggan beribadah kepada-Nya. Hanya dalam beberapa aspek kehidupannya, dia berbuat baik.

Ukuran baik atau jahat pertama sekali dimulakan dengan mengukur hubungan seorang manusia dengan Allah. Kemudian barulah diukur hubungannya sesama manusia, alam dan dirinya sendiri.

Dari sudut kepimpinan, kita tetap memilih muslim yang jahat kerana kewajipan kita dalam urusan wala’ (kesetiaan) ialah kepada sesama muslim. (Rujuk semula subjek al-Wala’ dan al-Bara’).

Memang, muslim yang jahat mungkin akan memerintah dengan zalim dan berbuat kezaliman. Namun jangan kita lupa kepada kekuasaan Allah yang mampu “membolak-balikkan hati dengan dua jari-Nya” sehingga boleh saja Allah menukar pemimpin itu dari sikap jahat kepada baik. Sebab itu dalam sebuah riwayat disebut: “Sessungguhnya Allah menjadikan orang mujrimun (yang banyak buat dosa dan kesalahan) membantu agama-Nya.”

Atau pemimpin itu tetap dengan kezalimannya, namun Allah menganugerahkan rahmat-Nya kepada rakyat sehingga mereka tetap hidup harmonis. Anugerah ini bukan kerana pemimpin tetapi kerana sikap rakyat yang wala’ kepada pemimpin zalim yang tetap mentauhidkan-Nya.”

لَيْسُوا سَواءً مِنْ أَهْلِ الْكِتابِ أُمَّةٌ قائِمَةٌ يَتْلُونَ آياتِ اللَّهِ آناءَ اللَّيْلِ وَ هُمْ يَسْجُدُونَ (113)

Mereka itu tidak sama; di antara Ahli Kitab itu ada golongan yang berlaku lurus, mereka membaca ayat- ayat Allah pada beberapa waktu di malam hari, sedang mereka juga bersujud ( sembahyang ).( 113 )

يُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَ الْيَوْمِ الْآخِرِ وَ يَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَ يَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنْكَرِ وَ يُسارِعُونَ فِي الْخَيْراتِ وَ أُولئِكَ مِنَ الصَّالِحينَ (114)

Mereka beriman kepada Allah dan hari penghabisan mereka menyuruh kepada yang makruf, dan mencegah dari yang mungkar dan bersegera kepada ( mengerjakan ) berbagai kebaikan; mereka itu termasuk orang- orang yang saleh.( 114 )

وَ ما يَفْعَلُوا مِنْ خَيْرٍ فَلَنْ يُكْفَرُوهُ وَ اللَّهُ عَليمٌ بِالْمُتَّقينَ (115)

Dan apa saja kebaikan yang mereka kerjakan, maka sekali- kali mereka tidak dihalangi    ( menerima pahala )nya; dan Allah Maha Mengetahui orang- orang yang bertakwa.( 115 )

إِنَّ الَّذينَ كَفَرُوا لَنْ تُغْنِيَ عَنْهُمْ أَمْوالُهُمْ وَ لا أَوْلادُهُمْ مِنَ اللَّهِ شَيْئاً وَ أُولئِكَ أَصْحابُ النَّارِ هُمْ فيها خالِدُونَ (116)

Sesungguhnya orang- orang yang kafir baik harta mereka maupun anak- anak mereka, sekali- kali tidak dapat menolak azab Allah dari mereka sedikit pun. Dan mereka adalah penghuni neraka; mereka kekal di dalamnya. ( 116 )

مَثَلُ ما يُنْفِقُونَ في‏ هذِهِ الْحَياةِ الدُّنْيا كَمَثَلِ ريحٍ فيها صِرٌّ أَصابَتْ حَرْثَ قَوْمٍ ظَلَمُوا أَنْفُسَهُمْ فَأَهْلَكَتْهُ وَ ما ظَلَمَهُمُ اللَّهُ وَ لكِنْ أَنْفُسَهُمْ يَظْلِمُونَ (117)

Perumpamaan harta yang mereka nafkahkan di dalam kehidupan dunia ini, adalah seperti perumpamaan angin yang mengandung hawa yang sangat dingin, yang menimpa tanaman kaum yang menganiaya diri sendiri, lalu angin itu merusaknya. Allah tidak menganiaya mereka, akan tetapi merekalah yang menganiaya diri mereka sendiri.( 117 )

يا أَيُّهَا الَّذينَ آمَنُوا لا تَتَّخِذُوا بِطانَةً مِنْ دُونِكُمْ لا يَأْلُونَكُمْ خَبالاً وَدُّوا ما عَنِتُّمْ قَدْ بَدَتِ الْبَغْضاءُ مِنْ أَفْواهِهِمْ وَ ما تُخْفي‏ صُدُورُهُمْ أَكْبَرُ قَدْ بَيَّنَّا لَكُمُ الْآياتِ إِنْ كُنْتُمْ تَعْقِلُونَ (118)

Hai orang- orang yang beriman, janganlah kamu ambil menjadi teman kepercayaanmu orang- orang yang di luar kalanganmu) karena (mereka tidak henti- hentinya( menimbulkan )kemudaratan bagimu. Mereka menyukai apa yang menyusahkan kamu. Telah nyata kebencian dari mulut mereka, dan apa yang disembunyikan oleh hati mereka lebih besar lagi. Sungguh telah Kami terangkan kepadamu ayat- ayat( Kami ), jika kamu memahaminya.( 118 )

ها أَنْتُمْ أُولاءِ تُحِبُّونَهُمْ وَ لا يُحِبُّونَكُمْ وَ تُؤْمِنُونَ بِالْكِتابِ كُلِّهِ وَ إِذا لَقُوكُمْ قالُوا آمَنَّا وَ إِذا خَلَوْا عَضُّوا عَلَيْكُمُ الْأَنامِلَ مِنَ الْغَيْظِ قُلْ مُوتُوا بِغَيْظِكُمْ إِنَّ اللَّهَ عَليمٌ بِذاتِ الصُّدُورِ (119)

Beginilah kamu, kamu menyukai mereka, padahal mereka tidak menyukai kamu, dan kamu beriman kepada kitab- kitab semuanya. Apabila mereka menjumpai kamu, mereka berkata:” Kami beriman”; dan apabila mereka menyendiri, mereka menggigit ujung jari lantaran marah bercampur benci terhadap kamu. Katakanlah( kepada mereka ):” Matilah kamu karena kemarahanmu itu”. Sesungguhnya Allah mengetahui segala isi hati.( 119 )

إِنْ تَمْسَسْكُمْ حَسَنَةٌ تَسُؤْهُمْ وَ إِنْ تُصِبْكُمْ سَيِّئَةٌ يَفْرَحُوا بِها وَ إِنْ تَصْبِرُوا وَ تَتَّقُوا لا يَضُرُّكُمْ كَيْدُهُمْ شَيْئاً إِنَّ اللَّهَ بِما يَعْمَلُونَ مُحيطٌ (120)

Jika kamu memperoleh kebaikan, niscaya mereka bersedih hati, tetapi jika kamu mendapat bencana, mereka bergembira karenanya. Jika kamu bersabar dan bertakwa, niscaya tipu daya mereka sedikit pun tidak mendatangkan kemudaratan kepadamu. Sesungguhnya Allah mengetahui segala apa yang mereka kerjakan.( 120 )

About these ads

Responses

  1. salam , bagaimana dgn ayat ini

    Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang zalim yang menyebabkan kamu disentuh api neraka, dan sekali-kali kamu tiada mempunyai seorang penolong pun selain daripada Allah, kemudian kamu tidak akan diberi pertolongan. [11,113]

    Allah tak klasifikasikan orang2 zalim itu samada muslim atau non-muslim. Siapa2 yg menyokong orang2 zalim akan masuk neraka..Adakah kita mahu ambil risiko ini…Mmg sudah terang dan jelas bahawa pemimpin2 kerajaan negara adalah org2 yg zalim, jadi mengapa perlu sokong mereka?
    bukankah kita ada parti alternatif yang diketuai dan dianggotai oleh melayu islam?kenapa tidak berjuang bersama2 mereka? saya ingin tahu..

    terima kasih..

    • Tidak ada salahnya dgn ayat Al Q itu. Tetapi spt yg pernah saya katakan, ada maqasid syarak yg mengatakan; jika ada 2 kemudharatan maka pilihlah yang lebih kurang mudharatnya. Ertinya antara 2 kezaliman maka pilih yg kurang zalim. Antara yg engkar dgn ayat Allah dan yang tidak engkar tapi banyak buat dosa; yg mana satu lebih zalim? Bagi saya yang lebih zalim ialah orang yg engkar dgn Allah kerana saya melihat penilaian paling asas mestilah bermula dgn aqidah. lepas itu baru dgn keburukan2 lain.

      Saya juga dah katakan, kes di Sarawak ini lain. Ia adalah pertembungan kepimpinan antara islam dan bukan islam. Tetapi jika pertembungan itu antara sesama islam maka sudah pasti pandangan saya akan berbeza dan memilih yg terbaik.

      Maaf, saya ahli sebuah NGO, saya tidak terlibat dgn mana2 parti.

  2. Ulama khalaf dan Salaf dah lama memudahkan cara kehidupan kita dalam Islam.. Janganlah pulak kita memandai nak mereka2 hukum melalui pandangan kita yg sekadar dimuatkan dalam satu artikel…

    Islam itu matlamat kita, yg lain hanyalah alat,, jgn pula jadikan Islam sbg alat untuk benda lain dgn kepura2an

    ambillah pengajaran dari firman Allah swt:

    ”Dan tanyakanlah kepada mereka (wahai Muhammad) mengenai (penduduk) bandar yang letaknya di tepi laut, semasa mereka melanggar larangan pada hari Sabtu, ketika datang kepada mereka pada hari Sabtu itu ikan-ikan (yang menjadi cubaan kepada) mereka, yang kelihatan timbul di muka air; sedang pada hari-hari lain, ikan-ikan itu tidak pula datang kepada mereka. Demikianlah Kami menguji mereka (dengan cubaan itu) kerana mereka sentiasa berlaku fasik lagi durhaka” [al-A’araaf 7: 163]

    Jgn menipu diri sendiri dgn alasan yg kreatif bahkan berdalil lagi… Mungkin komen ini akan di delete atau mungkin tak diapprove sekalipun.. itu hak anda.. delete lah kalau nak pun….

    Ramai org sukakan kebaikan, tapi tak ramai yg sukakan kebenaran…..

    • Jangan bimbang Soutul, saya tidak gentar berdepan dgn kritikan kerana saya teringat pesan Imam Al Ghazali bahawa kadang2 keburukan kita ini boleh di ketahui dari guru atau sahabat atau musuh sekalipun. Kritikan ini juga membuatkan kita membaiki diri.

      “Jgn menipu diri sendiri dgn alasan yg kreatif bahkan berdalil lagi… Mungkin komen ini akan di delete atau mungkin tak diapprove sekalipun.. itu hak anda.. delete lah kalau nak pun….” – Saya tak pasti yg mana satu di katakan menipu diri sendiri. Dan saudara tak perlu buat statement povokasi sebaliknya berhujahlah sbg seorang lelaki yg matang.

  3. ya, mmg non muslim mensyirikkan Allah, tapi apakah kita sudah berdakwah kpd mereka tntg agama Islam..adakah kita telah betul2 menyampaikan kepada mereka keindahan agama Islam..sekiranya mereka tidak tahu, bagaimana mereka mahu & tertarik utk bertukar menjadi Islam…apa yg mereka nampak org Islam di Malaysia ini hanya mementingkan hak2 org Islam sahaja, dan org yg berbangsa/agama lain di anak tirikan..lihat saja isu “scholarship”. ada cina yg dpt straight A’s tp xdpt pun scholarship sbb dia cina..melayu yg dpt A ala kadar senang je dpt A..jadi mereka akan kata org Melayu Islam ni berat sebelah, tidak adil..adakah ini konsep Islam sebenar? Islam suruh kita adil kepada semua, tidak kira bangsa & agama..

    apabila kita asyik menghukum non muslim krn mereka mensyirikkan Allah, sedangkan mereka tidak faham dgn hukum hakam Islam..tapi kita berdiam diri apabila org islam sendiri yg mengakui dirinya islam, faham halal haram, tp terang2an melanggar hukum Allah, kenapa kita lebih berminat utk menyalahkan non muslim dan berkata mereka jahat krn mensyirikkan Allah, tetapi tidak tegar dlm menegur pemimpin2 islam yg membuat kesalahan…

    apabila pertubuhan hanya tertumpu kpd melayu islam, kita akan menjauhkan diri dgn bukan islam, jadi bagaimana dakwah islam itu akan berkembang?
    mengislamkan yang kafir itu lebih aula drpd mengembalikan muslim kpd islam..

    • Banyak org sudah berdakwah pd non muslim, terutama AbIM, JIM dan pertubuhan2 lain. Saya juga pernah. Ia tidak semudah yg saudari sangkakan. Berdakwah pd Melayu Muslim bukan bermakna meninggalkan non muslim tetapi hanya di kira strategi mengikut auliyat. Kerana Melayu merangkumi 60%. Jika Melayu Muslim boleh bawa akhlak islam maka bangsa lain akan mengikut saja.

      Saya setuju dgn saudari bahawa kerajaan kena adil dlm pembahagian biasiswa dll spt di kehendaki islam. Tetapi saya juga nak ingatkan saudari jika tidak adanya polisi2 sedemikian, saudari, saya dan jutaan orang Melayu lain tidak akan mampu ke IPT kerana kebanyakkan kita adalah orang kampung dan miskin. Pencapaian pelajaran juga sangat sederhana. Ini bermakna kebanyakkan IPT akan dipenuhi bangsa lain yg berpendapatan tinggi dan pencapaian pelajaran yg baik.

      Sikap orang Melayu yg malas, nak mudah, suka hiburan, takut cabaran, tak mahu ambil risiko, tidak mahu berubah menyebabkan kerajaan terpaksa amalkan polisi2 ini. Sebut saja BERNIAGA, semua orang Melayu tak mahu. Kalau boleh nak kerja kerajaan, senang, gaji tetap, ada pencen, ada kemudahan perubatan dll. Akhirnya kita semua beli sayur, lauk, barang2 rumah dgn Cina. Walaupun kerajaan dah bagi pelbagai kemudahan tetapi x ramai Melayu yg ambil. Sikap ini yg perlu diubah dan perlu didakwahkan. Bukan hanya retorik perbahasan.

      Jadi orang Melayu pelru disedarkan, perlu didakwahkan, perlu dikuatkan jatidiri bukan hanya bergantung pd kerajaan. Lebih teruk lagi, bergantung pd bangsa lain.

      • Dan disebabkan bantuan2 kepada bumiputera seperti inilah membuatkan org Melayu lebih malas dan hanya menunggu utk disuap. I a suatu psikologi di mana kita hanya memikirkan ooh kt org melayu tak apa jgn risau. Kalo susah kt akan mencari bantuan lebih daripada berusaha utk kemajuan diri sendiri. Dengan kuasa Allah, mungkin sikap Melayu kini berbeza jika dahulu

        Memang dr kecil kt menerima bnyk keistemewaan. Tp syukurlah sy sedar bahawa sy perlu berusaha lebih utk memajukan diri sendiri sebagai sbghn drpd masyarakat Melayu dan mengingati sahabat yg lain. Masih ingt lg dari kecil sy bnyk di beri info kt hanya ada politik, kt perlu jaga hak jgn smpi terlepas kepada org lain kerana kt bergantung penuh kepada kerajaan dan kesukaran utk hidup jika kita kehilangan politik. tp tidak pula diajar utk berusaha gigih utk menjadi lebih baik drpd semua kaum, untuk hidup berdaya saing yg tak hanya menunggu apa2 bantuan dan keupayaan utk hidup di mana2 sahaja.

        Memang ramai yg dpt masuk IPT tp hasilnya berapa peratus yg grad dengan baik dan cemerlang, tak kurang juga yg tak mampu menjalani hidup selesa. Cuba lihat kwn-kwn satu batch sendiri berapa ramai yg cermelang dan berapa rmi yg tak mendapat perkerjaan yg sesuai dan berdaya saing. sbb apa, sbb sikap kemelayuan tu masih ada merupakan salah satu faktor utama selain masalah peluang pekerjaan kat negara ni. Dan bila ada yg bersikap begini satu-satunya cara adalah kerja sebagai penjawat awam. Inilah persekitaran kita.

        Cubalah bandingkan bilangan anak keluarga sekarang dengan dahulu. Peratus melayu dah tak lg 60% dan adakah kt bersedia bila kt bukan lg majoriti.

        Kesimpulannya org kt perlu lebih Motivasi diri utk menyedarkan di mana kt sbnrnya dan perlu lebih bergaul dengan semua kaum disamping memantapkan lg agama Islam dalam diri dan ingat-mengingati antara satu sama lain.

        — Hanya untuk renungan bersama —

    • “mengislamkan yang kafir itu lebih aula drpd mengembalikan muslim kpd islam..”

      anda mengatakan begini atas dalil dan hujah apa ya? Dalam buku dakwah fardiah karangan Mustafa Masyhur dakwah fardiah yang diutamakan dan dimaksudkan adalah mengislamkan kembali para muslim yang jauh ramai tersesat.

  4. Antara yg engkar dgn ayat Allah dan yang tidak engkar tapi banyak buat dosa; yg mana satu lebih zalim?

    Nabi bila dah dapat kepimpinan madinah, masy yg condong pd Islam…apa lg dia nak..hidup dgn kepompong umat arab islam dia jela…tinggal jela yg engkar2 tu…takyah dakwahkan mrk…

    Drpd dulu orang Islam sentiasa hidup dlm harmoni tanpa syak berlebihan pd non muslim…smp dmasukkn dlm kumpulan ketenteraan sekalipun…
    Nabi relaks je berdepan dgn yahudi dan hanya bertindak keras bila mrk melampau…

    Ambiks konteks malaysia…surat/ungkapan DAP/PKR kata nak hormati keistimewaan melayu, pemimpin PR orang islam, etc…tetap shj dikatakan mrk ni ada niat buruk sebenarnya…pandai betul baca niat orang…interaksi pun tak pernah! sekadar borak2 bukan interaksi yg sy maksudkan

    Tanganilah fiqh daulah dgn berkesan dan bijaksana penuh kelembutan dan hikmah…nabi tak pernah tunjuk sikap berperang dgn non muslim dlm madinah tu…

    Sarawak punya kes lagi la….orang islamnya 30-40% je…camne nak bawak aspirasi islam kalau sikap sendiri pun bengis memanjang je…Ya, kita 1 Malaysia, tp dlm berdepan dgn masyarakat (apalagi kalau east malaysia yg ada special privilege)…populasi Islam n bukan tu perlu diukur dlm realiti setempat dan bukan diaveragekan dgn jumlah rakyat 1 malaysia…so siapa yg majoriti disana sebenarnya? the only answer to bring aspirasi islam there is to dakwah the non to islam…

    Senang betul cop orang yg cenderung dgn parti DAP (yg ada muslim dlmnya – yg ni nak kategori sbg manusia apa yer?) sbg orang cetek wawasan dan tak cerdik perkiraan politik…kita rasa orang semua jalani hidup ni semberono ke? takde akal ke?

    Senang betul kita cop orang lain engkar…org muslim tak engkar ayat Allah…dakwah dah jadi pusing2 dan makin tak clear as the sunlight ray…owhhh peniinggg dgn dakwah isma ni

    p.s: byk sy belajar bila baca buku fiqh daulah yusuf Q

    • Budak Baru, takkan sikit berbahaspun dah pening. Macamana nak berjuang ni.

      Ini jawapan saya :-
      1. Artikel saya hanya fokus pd Sarawak; antara Bian Baru V Taib. Jangan pergi lebih jauh
      2. Benar saya tak bergaul rapat dgn DAP tetapi saya membaca sejarah, perlembagaan, kenyataan2, resolusi2 yg mereka buat. Jelas mereka memperjuangkan sosialis dan akan mempertahankannya. Mereka memperjuangkan kesamarataan antara kaum termasuk agama. Adakah saudara boleh terima ini?
      3. Sikap yg dibawa oleh R saw itu benar dan itulah seharusnya berlaku hubungan antara islam dan bukan islam. Tetapi non muslim ketika itu tunduk dan taat pd pemerintah islam. Mereka tak menyamakan agama mereka dgn islam. Kerjasama tak ada masalah TETAPI bukan menyamakan agama.
      4. Isu org islam sikit atau tidak di Sarawak, tak timbul. Kenapa Taib boleh jadi KM kalau betul Melayu tak boleh sebab bilangannya sedikit? Kalau betul pimpinan Melayu dalam PR kuat maka sudah tentu dia mencalonkan orang Melayu jadi KM. Bila dia calon orang lain, ini bermakna dia tak kuat dan terpaksa beri pd orang lain. Ini soal pimpinan yg sangat penting bukan soal2 teknikal yang boleh di kerjasamkan.

      • Salam Akhi,

        DAP “Mereka memperjuangkan kesamarataan antara kaum termasuk agama.”

        DAP, PAS dan PKR telah tandatangan Dokumen PR Dec 2009 tentang penerimaan islam sebagai agama rasmi dan hak istimewa Melayu.

        Jadi saya rasa kerisauan akhi Amin itu boleh diredakan dengan dokumen Dec 2009 tu.

        W.A.

      • “Mereka memperjuangkan KESAMARATAAN antara kaum termasuk agama.” – Ini yg jadii masaalhnya kerana mereka menyamakan semua agama.

        DAP, PAS dan PKR telah tandatangan Dokumen PR Dec 2009 tentang penerimaan islam sebagai agama rasmi dan hak istimewa Melayu. Ini juga salah dari segi perlembagaan kerana islam bukan setakat agama resmi, dalam acara2 resmi, tetapi agama negara. Agama2 lain duduk di bawah.

        Tidakkah Nazri nampak conflict antara “MEMPERJUANGKAN KESAMARATAAN” dan “HAK ISTIMEWA ORANG MELAYU” ?

        Macamana saya tak risau kerana saya amat yakin DAP takkan benarkan perlaksanaan islam di negara ini. Tengok saja kes2 arak, judi, bible, murtad, penghapusan bangsa, melayu pendatang, hiburan dll. Kecuali kalau Saudara Nazri selesa dgn hanya sekadar pergi sembahyang ke mesjid, dapat puasa, dapat pergi haji dll. Kalau begitu tidak ada beza pandangan ini dgn apa yg berlaku di Melayu Singapura. Jika kita redha dgn keadaan spt itu maka ertinya hilanglah segala roh perjuangan. Tidak mungkin seorang islam yg memahami tuntutannya akan redha dgn keadaan spt ini.

        Saudara Nazri mesti mengkaji sejarah dan perjuangan DAP. Apa asas perjuangan mereka dan apa kenyataan2 pimpinan mereka.

      • Belum BACA lg dokumen tu kot nazri….apa2pun niat sebenar mrk kita dah tahu….dokumen pun tak makan….

        Dah ada sesetengah tu cap DAP/PKR kafir lakhnatullah kat website dah…nak buat apa lg dgn mrk…kecuali istihar perang laa…laknat la bukan mad’u la…

        Isu dilantik KM Melayu kat perak dikalangan MP cina pun dianggap sbenar ada niat udang sebalik mee….niat dilantik KM Cina kat PP dilantik w/pun ramai MP melayu yg pegang masa zaman BN takde pulak ulasan…mungkin niat sincere kerana perjanjian sesama komponen BN kot…so takpe yg ni

      • Tengok saja kes2 arak, judi, bible, murtad, penghapusan bangsa, melayu pendatang, hiburan dll. Kecuali kalau Saudara Nazri selesa dgn hanya sekadar pergi sembahyang ke mesjid, dapat puasa, dapat pergi haji dll.

        Skrg pun rasa2nya camtu jer keadaannya…paper je tak sensasikan keburukan2 kes2 yg dinyatakan supaya imej BN sentiasa terjaga

        Tuan Amin pun selesa dgn keadaan ini kot

  5. correction
    —————-

    Antara yg engkar dgn ayat Allah dan yang tidak engkar tapi banyak buat dosa; yg mana satu lebih zalim?

    Nabi bila dah dapat kepimpinan madinah, masy yg condong pd Islam…apa lg dia nak..hidup dgn kepompong umat arab islam dia jela…tinggal jela yg engkar2 tu…takyah dakwahkan mrk…

    macam tu kaa???

    ————————-

    • Tak faham.

      • ni correction utk perenggan atas.

        fahimta?

  6. Atau pemimpin itu tetap dengan kezalimannya, namun Allah menganugerahkan rahmat-Nya kepada rakyat sehingga mereka tetap hidup harmonis. Anugerah ini bukan kerana pemimpin tetapi kerana sikap rakyat yang wala’ kepada pemimpin zalim yang tetap mentauhidkan-Nya.”

    —–> mmg kita tak menghukum seorang muslim itu kafir…tp orang yg mentauhidkanNya itu boleh diukur dan nampak dgn sikap dan rasional dlm keputusan pentadbirannya…

    Jadi…kalau ada dua kelompok…yang dua2nya ada de facto leader yg muslim…kita tengok mana satu yg beramal dgn kehidupan mentauhidkanNya dlm dirinya dan keluarganya

    tauhid x = to solat…sy rasa saudara amin tau ni….

    ke gimana???

    • Saya membicarakan antara islam V kafir BUKAN Islam V Islam. Harap jgn keliru.

  7. Umat Islam kena bersatu. Tak bersatu parti tak apa. Mungkin mustahil pun buat masa sekarang. Tetapi sekurang-kurangnya bersepakat dalam isu-isu umat dan dalam konteks Malaysia isu Melayu.

    http://inijalanku.wordpress.com/2011/04/07/perpecahan-sentiasa-mengundang-musuh/

  8. saya ingin bertanya, sekiranya terdapat dua orang calon, ke dua2 muslim, sorg melayu islam yang corrupt, lg seorg cina islam yg soleh.. apakah pendirian saudara?

    • Please jgn bg senario sebegini….dah terang lg bersuluh jwpnnya…

      W/pun sy banyak berkomentar…sy cuba tidak beretorik kosong and be as clear as possible dgn hujah (w/pun ada akak tu kata sy dah kehabisan hujah…dia ingat hujah kena dtg dgn nas/ayat sendiri…berhujah utk menunjukkan ayat2 berbelit yg di depan kita juga kira hujah apa!?)

      Jgn2 yer saudara…w/pun kita sama kem :)

      Mungkin senario ni kita bg…..DAP lwn MCA…mana yg dipilih

      tak pilih langsung kot jwpnnya….huhuhu

      Bila kita amati Demokrat di indonesia mempunyai polisi yg bukan islami, tp bila dtg election presiden indonesia…tetap shj diarahkan ahli & penyokong mengundi Susilo….haaa…nanti ada yg jawab “SBY tu islam takpe laa”….aduh…please faham essense sy berhujah ni….ada kalangan sini cam blh baca niat DAP yg jahat tu dan label terus takde harapan….walhal DAP pun ada muslim dlmnya… mrk mungkin muslim dot dot dot kot ….dlm Demokrat lagila haru….mungkin pimpinan PKS ni buta nak kuasa kot (mrk berkoalisi dgn demokrat utk bentuk kerajaan) agak2nyala

      • correction:

        Bila kita amati Demokrat di indonesia mempunyai polisi yg bukan islami, tp bila dtg election presiden indonesia…tetap shj diarahkan ahli & penyokong PKS mengundi Susilo

      • Jawapannya mudah je.

        Keburukan v keburukan = pilih yg kurang mudharatnya
        Baik V Baik = pilih yg terbaik

      • Blhla kalau komennya dtg drpd orang di luar padang yg cakap….

        Ni org dlm medan (PKS) bercakap…bukan NGO….apesal dia (PKS) tak calonkan diri mrk utk presiden…mrkkan lebih layak dan lebih baik….knp takut dgn kekalahan…kan bagus integriti terjaga baik jika tidak bersama kemudaratan walaupun kalah…

        Masih nak bersekongkol dgn keburukan ke mrk tu?

        Di sini pulak anda beria suruh PAS keluar drpd bersekongkol dgn keburukan DAP/PKR…

        mcm mana tu?

    • Apabila bertembung dua kebaikkan, pilihlah yg terbaik.

  9. http://satuperkongsian.wordpress.com/2010/04/27/kekufuran-menjadikannya-adil-2/

    artikel sokongan dari JKP ISMA bagi membantu sesiapa yg ingin memahami artikel ini

  10. Kalau saya..akan pilih cina islam yg soleh..tp cina DAP,GERAKAN,MCA bukan islam..tu yg masalahnya..

    Baca fiqh daulah sj tak jadi gak..kena berguru jg kalau tak dak jadiii

    • Sy bersangka baik….”budak baru” tu pun ada berguru jugak….abu ukasyah je ke yg baca buku islam bertalaqqi di sini?

      • amrar ni agak mantap. walaupun tak tulis blog tp kalu dihimpunkan komentar beliau bole jd blog yg senantiasa up-to-date. tahniah, bila kita semua bole jumpa anda secara live, memahami fikrah dan gerak kerja anda?

        tahniah akhi amin, anda membawa nas yg kuat, dalil qur’an serta perbincangan ulama. jd jika ada org cuba menolak hujah anda, dia sebenarnya menolak hujah ulama dan qur’an (hujah dlm artikel di atas shj). cuba datangkan dalil qur’an @ perbincangan ulama berkenaan ayat qur’an yg akhi amin bawa jika nak berbahas. sekadar main2 kalam, perli2 tak berdiri atas syarak pun. jd sememangnya bole ditolak :(

        amrar anda terbaik! :)

      • Aikk…x ribut tak apa…ada yg tergoncang iman ke?

        Bila pulak sy menghujam dalil2 en amin dlm komentar sy dlm thread ni (yg sy komen atas nama sendiri 1 jer pun – 23/04/2011
        at 5:38 PM)…apa pun… dalil can be preceive differently (dlm konteks yg salah) atau tidak kena dengan realiti yg berlaku….verstehen Sie?

        Again….ada masalah ke sy berkomentar disini…tuan rumah xde pa2 pun…ada je teman2 yg x sudi…jd bodyguard en amin ke??

        Aihhh….contoh sy bawak tu dtg dr pengalaman orang/gerakan Islam yg lain….yela…orang lain tak berdiri atas syarak gerakkerja mrk…ISMA je kot yer….

        ahmad….anda mmg ahli ISMA yg terbaik!!! (tak pyh nak nafilah…dah terang bersuluh dah dlm komen dulu, kini ?dan selamanya?)

      • ha..ha syeikh, yg perenggan first tu mmg ana tuju pd enta, tp perenggan kedua umum tak terbaca pulak komentar enta. tp drpd setiap post encik amin, kelihatan enta terlalu menyerlah. :) tak salah pun…he..he

        cuma gaya enta membaca tulisan ana dn tulisan encik amin, enta telah letak persepsi sebelum kami cakap apa2.

        ni contoh kalam anda yg anda bole fikirkan matang @ tak :

        jd bodyguard en amin ke??
        yela…orang lain tak berdiri atas syarak gerakkerja mrk…ISMA je kot yer….
        anda mmg ahli ISMA yg terbaik!!! (tak pyh nak nafilah…dah terang bersuluh dah dlm komen dulu, kini ?dan selamanya?)

        “sesiapa yg beriman dgn Allah dan hari akhirat, maka berkata baik @ diam…” riyadus salihin

      • Sedara telah menuju komen dgn sebut nama sy scr direct..jd sy anggap tulisan itu mmg tuju ke saya…sorrylah kalau sy komen perenggan kedua tu out of context…

        Lain kali tulis biar bg jelas….sbb tu keluar ayat2 tu…kalau pikir dalam2 mungkin blh nmpk la kat mana matang@tak tulisan tu….ia cuma disetarakan dgn tulisan sedara…

        Kalau x nmpk xpe la….a non issue yg malas sy panjang2kan..

        Apa2 pun perenggan ke4 mmg sy bawakkan supaya sedara balik pikir balik ur statement…x semua orang kata disini patut ditolak…dan tak semua kata patut diterima…
        Jgn kondem, kata orang lain tak tahu apa yg dikatakan…talking nonsense…cuma orang tertentu aje yg memberi mutiara kata….

  11. terima kasih atas jawapan..tapi saya fikir, kalaulah kerajaan negara sedar akan stand ISMA, yg mana memegang, sekiranya ada 2 calon, muslim fasik & kafir, mereka akan confirm memilih muslim fasik tersebut, ini akan memberikan green light utk kerajaan corrupt utk melakukan lebih banyak kezaliman

    mrk akan fikir ” oh takpa..aku makan rasuah ke, ambil tanah rakyat ke..depa akan sokong aku jgk..sbb aku ni melayu islam”

    macamana ya?

  12. proud 2 be muslim,

    walopon kerajaan muslim yg corrup brfikiran mcm tu, memilih n0nmuslim sbg pemimpin lg mudarat….

    better rujuk komen2 di atas semula.. soalan yg anda keluarkan sudah trjawab..

    • apa2 pun kalau bersekongkol dgn pemimpin zalim xkira dia muslim atau tak, dosa pemimpin tu kita tanggung skali.. yg ni mmg confirm

      kalau ada yg sanggup tanggung dosa pemimpin corrupt atas sebab nk perjuang bangsa & agama..itu terpulang kpd masing2..tapi tak confirm lagi Islam akan tertegak betul2 kalau kita pilih pemimpin corrupt ni..dh 54tahun parti so called Melayu ni kita bg peluang..isu halal haram pun masih xselesai.. isu keadilan pun xselesai..

    • Nampaknya berputar di kawasan yang sama. Rasanya dah kupas isu zalim, antara dua mudharat dsb.

  13. [Telahan saya]

    #1- Jika ada calon Muslim PKR vs Muslim UMNO bertanding.. ISMA akan pilih UMNO – sbb bagi ISMA, PKR tidak memiliki ‘bargain power’ dalam PR utk memenangkan ISLAM…

    #2- Jika ada calon NonMuslim BN vs Muslim PKR.. ISMA juga akan pilih BN sbb bagi ISMA, calon PKR ini tetap tiada kuasa wewenang kalau bentuk kerajaan, krn kena kompromi dgn DAP..

    #3 – Agaknya camna kalau PAS letak calon NonMuslim vs NonMuslim BN, mungkin akan pilih BN juga.. sbb PAS pun bukan kuat dlam PR…

    Harap betulkan telahan saya kalu tersilap & mohon maaf… :)

    • Jangan pukal buat keputusan untuk semua ahli ISMA. Ni saya:

      #1- Tengok yang mana punyai peribadi & akhlak yang baik. Tak kira bendera mana yang dia bawa, kalau akhlak buruk tak jadi juga, kata-kata pun susah nak percaya. Jika kedua-dua sama baik, baru ambil kira faktor lain.

      #2- Akan pilih Muslim. Sebab kufur adalah zalim yang paling besar.

      #3- Ini pilihan antara dua mudharat. Akan pilih yang kurang mudharat.

      Parti mana bukan kayu ukur utama (saya) untuk mengundi. Tetapi peribadi calon dan kepentingan umat. Tapi yang paling pasti kufur adalah kezaliman yang paling besar.

      Semua kumpulan adalah wasilah untuk mencapai redha Allah. Saya tak taksub dengan mana-mana kumpulan sampai semua benda yang kumpulan tersebut kata saya cedok. Sudah tentu nilai dulu & bertanya, kalau hati tenang baru terima.

    • Saya akan pilih yg terbaik utk islam

  14. assalamualaikum..
    saya ingin tanya..

    Melayu sepakat Islam berdaulat

    apakah bangsa mendaulat kn agama?

    apkah kepentingan dalam memperjuangankn bangsa tp pd masa yang sama menolak perjuangan agama?

    • Kenyataan saudara betul jika orang Melayu itu bukan islam tetapi Melayu dan islam itu sinonim. Memperjuangkan Melayu ertinya juga memperjuangkan islam. Siapa nak tegakkan islam kalau bukan Melayu? DAP, MCA, MIC, Gerakan? PAS tu bukan Melayu? Saya tak nafikan ada byk kelemahan pd org Melayu tetapi mereka tetap kasih kpd islam.

  15. Melihat komen2 diatas jelas ramai orang Islam kini telah keliru akan pokok perkara sebenar…iaitu dalam kita membuat pilihan….latarbelakangnya ialah ISLAM PERLU DOMINAN!!
    Ramai orang Islam yang keliru…..oleh kerana TERLALU marah pada UMNO maka tidak mengapa menyokong DAP!! Pada golongan ini saya membayangkan mereka ni akhirnya akan jadi macam Melayu Singapura…..Lee Kuan Yew tidak rasuah….kerajaan maju….rakyat kaya…..tapi cuba lihat nasib ummat Islam….dipinggirkan…anak2 Islam disekolah kerajaan tak boleh pakai tudung….Islam yang nak diamalkan mesti ikut acuan pemerintah….dan sebagainya….Pokok Perkara Adakah ISLAM DOMINAN !!

    Saya bukanlah penyokong UMNO malah banyak yang UMNO buat saya rasa menyebabkan Islam menjadi buruk dimata pandangan oranG lain. TAPI BANYAK JUGA YANG UMNO BUAT MEMBERI MANAFAAT KEPADA ORANG ISLAM…CONTOHNYA MEMBINA MESJID, (SAYA PERCAYA KALAU DAP MEMERINTAH TAKKAN SAMA DALAM HAL NI), MELAKSANAKAN DASAR AFFIRMATIVE UNTUK ORANG MELAYU…..KALAU DULU PROFESIONAL MELAYU TAK SAMPAI 2%, KINI SUDAH MELEBIHI 40% (MALANGNYA PROFESIONAL MELAYU INI JUGALAH KONONNYA ATAS NAMA ISLAM MENIKAM BALIK UMNO KERANA KATANYA TERLALU KORUP DAN KITA PATUT BAGI KERAJAAN PADA DAP) Dasar-dasar Islam UMNO yang dikatakan KORUP ini juga seperti mengujudkan Sistem Kewangan Islam, Universiti Islam dan lain2 di kagumi oleh negara2 Islam yang lain sebagai jauh kedepan dibandingkan dengan mereka. Pada saya APALAH SALAHNYA KITA MENGAKUI BENDA2 NI BAIK UNTUK ISLAM DAN KITA SAMA2 BERUSAHA MENGUKUHKANNYA LAGI SUPAYA MALAYSIA AKAN MENJADI NEGARA ISLAM YANG KUAT YANG AKAN DAPAT MEMIMPIN NEGARA2 ISLAM YANG LAIN MENJADI LEBIH KUAT. Ini tak habis2 pagi petang siang dan malam nak menjatuhkan dengan menggunakan DAP sebagai modal untuk menggantikan…..INILAH PAK KADOK MODEN YANG SEBENAR!! MENANG SORAK KAMPONG TERGADAI!!

    • salam, saya tak setuju ramai org islam lain pilih dap utk menggantikan.. parti alternatif ada 3, pas, pkr, dap.. kenapa risau sgt dap akan ambil alih pemerintahan kalau pakatan rakyat menang?bukankan pas dan pkr tu parti yg diketuai melayu islam juga? saya yakin majoriti org islam yg berhaluan alternatif ni akan sokong pas/pkr..

      saya ingin tahu, kenapa eqwan/ orang lama tak nak balas komen sy di atas – tentang memberikan green light dalam perkara2 mungkar parti kerajaan.

      terima kasih

      • Sebab saya tak menyokong perbuatan mungkar & saya tak nafikan perbuatan-perbuatan mungkar yang sesetengah pihak lakukan.

        & saya yakin jika mereka yang zalim terus memilih untuk zalim dan tidak ingin berubah, mereka tidak akan dapat kekal sebab itu sunnatullah.

        Cuma isunya sekarang (bagi saya) yang mana lagi zalim.

        Jika mereka tahu pendirian ISMA tidak mengapa malah lagi bagus. Kerana pendirian ISMA bukan berlegar di sekitar politik saja, ISMA inginkan pembangunan yang menyeluruh masyarakat. Jika mereka tetap ingin pada takuk lama, itu pilihan mereka. Tetapi dakwah akan berterusan, Insya Allah rakyat semakin baik dan suatu hari Insya Allah, yang hak akan menang dan jika mereka tetap berdegil, pilihan merekalah. Ini hakikat yang mereka perlu sedar juga. Harap-harap orang yang zalim belajar daripada sejarah.

  16. Rasanya kita kena berhenti main “the game”.

    “the game” kata untuk satu pihak menang, satu pihak kena jatuh.

    Kebanyakan orang Malaysia terjebak dengan “the game”. “Untuk kita menang, yang satu lagi kena jatuh”.

    Walhal untuk kita menang, kita tak perlu main pun permainan tu. Kalau kita join game orang, orang mainkan kita.

    Kalau kita keluar daripada permainan tersebut, yang berusaha nak permainkan kita mesti terpinga-pinga.

  17. “Dan siapakah yang lebih zalim daripada orang-orang yang mengada-adakan kedustaan terhadap Allah atau mendustakan yang hak tatkala yang hak itu datang kepadanya ? Bukankah dalam neraka Jahannam itu ada tempat bagi orang-orang yang kafir ?” (QS. 29:68)

    Dakwah kepada non-muslim perlu diteruskan. Kerana mereka hanya dikira zalim setelah kebenaran telah disampaikan kepada mereka. Kufur adalah zalim yang besar.

    • Islah kepada muslim juga perlu diutamakan kerana Muslim hari ini, tidak faham sebenar-benarnya Islam, hatta kalimah syahadah – Syahadatul Haq

  18. Setelah ana baca segala komen di atas, ana rasakan ada satu masalah utama yang ada pada kita semua iaitu : CARA FIKIR.

    Satu cara fikir asas yang Rasullah dan Islam sendiri ajar pada kita semua adalah cara fikir “imbangan” atau dalam bahasa arab tawazun. Cara fikir ini mungkin mudah untuk kita sebut tapi sangat susah untuk diaplikasikan.
    Namun bila hilangnya kita pada cara fikir ini maka ianya akan membawa kita kepada jumud atau tertutup. Contoh apabila kita ada budaya tawazun ini maka A tidak akan selamanya A mungkin sampai satu masa atau ketika B adalah yang betul berdasarkan penilaian kita menggunakan tawazun!

    Ok habis pebincangan teori, camna nak praktikalkan? Mudah saja, pertama sekali kita letakkan maslahat islam sebagai asas penimbangan/nilaian kita atau tujuan utama kita. Kemudian masukkanlah apa-apa peristiwa atau perkara yang memerlukan penimbangan, contoh isu kafir vs muslim, isu politik semasa, isu meayu, isu pas dap dan kita tengok mana yang lebih memberi maslahat pada umat islam malaysia maka itulah stand kita.

    Masalahnya sekarang ni apabila asas nilaian kita tidak sama, ada yang berkepentingan politik, ada yang berkepentingan diri maka terjadilah seperti mana yang terjadi sekarang.

    Dalam masa yang sama cuba kita hormati apa-apa pandangan orang lain dengan syarat dia telah membuat cara tawazun ini.

    Meletakkan maslahat umat islam di hadapan maka itulah langkah pertama kita dalam meng”islah” umat ini..

    WaAllahu a’lam

  19. dosa terbahagi kepada dua – dosa dengan Allah & dosa dgn makhluk

    utk kafir yg adil – dosa syirik adalah dosa besar tp ia antara dia dgn Allah tp sekiranya dia adil kpd rakyat, dia tidak berdosa kpd makhluk

    tp utk muslim fasik yg menjadi pemerintah, bnyk dosa besar dilakukan kpd makhluk lain. contohnya rasuah, zalim, khianat, riba, fitnah, mencari kesalahan org lain, menuduh zina & liwat, penipuan, berat sebelah. adakah 10 dosa besar ini lebih baik dari 1 dosa besar?

    plus kita berckp dlm konteks pemerintah dgn rakyat..jadi perlu ambil kira dosa kpd makhluk bkn dosa kpd Allah..dosa syirik Allah boleh ampunkan kalau seseorang bertaubat terus kpd Allah, tp dosa kpd makhluk lain, kena minta maaf dulu kpd makhluk, baru Allah ampunkan

    • “sesungguhnya syirik itu kezaliman yg besar”
      Allah sebut jelas dlm quran,Allah x sebut merompak,zina,khianat,rasuah itu kezaliman yg besar sprt Allah sebut SYIRIK..

  20. Proud to be muslim….Harap2 anda baca berkali2 tafsir ayat yg di bawa oleh saudara Ahmad…itu ayat dalam surah Luqman ayat yg ke 13.

    Baca juga tafsir ayat ke 22 sirah al-Sajadah.

    Baca juga tafsir ayat ke 7,8,9 surah al-Sof..

    Saranan terakhir saya anda baca tafsir ayat ke 29 surah al-Fath

    Sebaiknya anda baca tafsir Syed Qutb…

    Saya doakan agar hati anda lebih lembut untuk menerima saudara seIslam anda daripada kafir yg terang2 menolak Islam…Kalau tak baca, saya rasa tak perlu anda komen tajuk2 artikel sebegini.

    Afwan jika terkasar bahasa.

  21. Assalamu’alaikum tuan.
    Syabas dan terima kasih atas penjelasan yang mudah dan ringkas.
    Saya mungkin berbeza pandangan dan pendekatan dengan tuan Aminuddin dari segi aplikasinya dalam suasana di Malaysia tetapi asas konsep al-Wala’ dan al-Bara’ sepertimana yang dijelaskan oleh beliau adalah tepat dan perlu difahami dan diyakini oleh kita semua.
    Wallahua’lam.

  22. Penulis sendiri menyatakan mcm ini:

    keburukan v keburukan = pilih yg kurang mudhoratnya
    Baik V Baik = pilih yg terbaik

    1.(a) Kerajaan BN : terang2 menolak ISLAM
    (b) Pembangkang DAP : terang2 menolak ISLAM
    (c) Pembangkang Keadilan : Pemimpinnya lebih cenderung kpd ISLAM
    (d) Pembangkang PAS : Perjuangannya kearah ISLAM yg Nyata..

    mana yg kurang mudhorat? mana yg terbaik?

    • Salam,

      1.(a) Kerajaan BN : terang2 menolak ISLAM – saya tak setuju tapi saya setuju bahawa mereka muslim yg lemah
      (b) Pembangkang DAP : terang2 menolak ISLAM – setuju
      (c) Pembangkang Keadilan : Pemimpinnya lebih cenderung kpd ISLAM – boleh dibahaskan kerana ramai pimpinannya bukan islam.
      (d) Pembangkang PAS : Perjuangannya kearah ISLAM yg Nyata.. – setuju

      Yg terbaik adalah PAS dan lebih terbaik ialah PAS bergabung dgn UMNO. Dgn itu matlamat LEBIH JELAS DAN TERANG TERSULUH.

      Sdr setuju?

  23. Pertanyaan saya: mana kurang mudhorat? dan mana yg terbaik?

  24. Harap saudara fhm apa yg cuba sy smpaikan.. saudara sendiri setuju yg PAS perjuangan nya ke arah ISLAM yg nyata, dan itu adalah yg terbaik.. Saudara pilih yg kurang mudhoratnya ataupun yg terbaik? .. Kepimpinan PAS bkn terdiri drpd org yg jahil, mereka sudah berjuang berpuluh tahun lamanya di Malaysia ni demi menegakkan agama Allah.. Setiap keputusan yg mereka lakukan pun atas dalil dan dasar2 yg teramat sesuai dgn situasi yg berlaku..

    • Saya nyatakan dgn tegas memang PAS yg terbaik. Saya tak nafikan perjuangan PAS yg puluhan tahun. Saya tak nafikan juga PAS ada ulamak2 yg hebat2. Cuma saya kurang setuju dgn tahalluf PAS dgn DAP. Saya kurang setuju PAS dalam banyak hal mengalah dgn DAP. Saya kurang setuju PAS menolak bergabung dgn UMNO. Saya kurang setuju PAS menanamkan kebencian sesama muslim dan memupuk kasih sayang dgn bukan islam. Saya tak jelas mana wala dan barra PAS. Saya kurang setuju PAS dilihat menjadi pak turut dalam PR sedangkan PAS adalah parti paling kuat.

      Bagi saya PAS mampu membawa agenda tersendiri tanpa PKR dan DAP. Saya sangat yakin sokongan masyarakat Melayu islam pd PAS akan melonjak jika PAS menyatakan pendiriannya dgn tegas tanpa terikat dgn PKR dan DAP. Kalau DAP boleh nyatakan pendiriannya dgn tegas dan kelaur dari APU bila mereka nampak tak selari dgn PAS, kenapa tidak PAS?

      Itu pandangan saya.

  25. Saudara, mengapa tidak bersetuju dgn tahalluf PAS dan DAP? Apa kesalahan dr segi syaraknya?..mengenai kenyataan PAS dalam banyak hal mengalah dgn DAP. Itu fitnah besar semata-mata saudara, malah PAS sgt bertindak tegas apa-apa yg berkaitan dgn ISLAM khususnya, contoh: PAS menentang sambutan Hari Kekasih (Valentine’s Day) oleh umat Islam terutamanya di Malaysia.. Ini lg satu hal, saudara.. ketahui sejarah dulu.. sejarah politik antara PAS dan UMNO.. cukuplah jika saudara sendiri sy tnya.. mana lebih saudara suka berkawan antara Gopal (kafir) yg hormat akan agama,keluarga dan diri saudara sendiri ataupun Ali (islam tp pada nama shj) yg hormat akan agama tetapi tidak pada keluarga malah menzalimi diri saudara pula..?

  26. Sekali lg sy bertanya pada saudara..
    mana kurang mudhorat? dan mana yg terbaik?

    saudara masih tak menjawab lg..

  27. @aminuddin, sy nk mencelah disini sbb tetiba jd hangat pula.

    PAS mengalah dengan DAP: mengalah tu subjektif, sy tak fikir mengalah dgn menghalalkan yg haram, mengalah dr segi perdebatan demi menjaga perhubungan antara Islam & bkn Islam apa salahnya?
    Apa salahnya PAS dgn DAP, kalo kt nk berdakwah, boleh ke dengan tidak mendekati bkn Islam? berdakwah perlulah mendekatinya. setidak2nya, dgn mendekatinya, mrk tahu adab bersama org Islam seperti halal/haram puasa dsb. apa terjadi pada negara jika Islam dan bkn Islam buat hal sendiri, tak bergaul dan tak mengenali antara satu sama lain? Jd besar manakah isu bersama dgn bkn Islam ni salah?

    Penyata “PAS menolak bergabung dgn UMNO” tidak perlu dipandang negatif kerana jgn berhenti berfikir disitu, tapi pk kenapa pengabungan itu tak berjaya! dptkn lg kenapa, kenapa & kenapa jd begitu sehingga punca asal (root cause) isu itu. Malahan penyataan itu sudah tentu drp UMNO. Jgn menilai drp sebelah pihak sahaja. Jwpnnya terletak pada kegagalan pengabungan sebelum itu…Jika anda ada rakan kurang rapat, dan mula cuba utk merapatkan dr, kemudian dgn sengaja dia cuba meletakkan syarat, buat cerita & mengapi2kn keadaan (tak kesah la apa, yg pntg) sehingga hilang kepercayaan trhdp kwn tu, selepas itu, apakah peluang utk menjadi sahabat sejati?

    “pak turut” itu adalah penyataan dr UMNO, penilaian yg sgt cetek. cuba anda berada bersama rakan2 BKN Islam yg sedang minum arak, adakah anda sedaya-upaya, berhempas-pulas menghalangnya dr minum demi menegakkan arak itu haram atau sekadar membuat dia faham utk menghormati anda?

    Sy tak npk hubungan yg lebih baik antara parti2 komponent dlm PR. Perselisihan faham antara perkara2 kecil tu biasalah, tp pada dasarnya mrk menghormati & cuba lebih menghormati ant satu sama lain dan bkn seperti Islam/Melayu adalah tuan utk mrk tunduk.

    Sy tak npk PAS bnyk “menanam kebencian sesama muslim”. Sy tak pasti perkara ini anda dpt drpd kesimpulan hasil maklumat dr kenyataan PAS terutama daripada akhbarnya Harakah sndri atau hanya membaca kenyataan UMNO! Sebaliknya cuba fikirkan bagaimana pula isu asal adalah UMNO cuba meyakinkan kt PAS “menanam kebencian sesama muslim” walaupn perkara itu tidak benar?

    “PAS mampu membawa agenda tersendiri tanpa PKR dan DAP”. PAS tak mampu berjalan sendiri tanpa PKR dan DAP kerana tak ke anda tau system perlembagaan kt memerlukan majority? mereka perlu bersatu utk berjaya. dlm context ini bkn sahaja agama tp berjaya mendirikan kerajaan yg menjalankan amanahnya bkn sahaja dr segi agama malah bnyk lg kalau nk diceritakan. Bkn hanya majority semata2, malah bnyk lg masalah dlm kerajaan & negara kt yg sgt kritikal sehingga memaksa mrk berjuang.

    Untuk mengenali seseorg itu, kt perlu mendekatinya dan bukan mendengar ceritanya dr pihak ke tiga.

    Untuk memilih parti, kt bkn pandang apa yg parti bleh buat utk kt, tp pilih dgn pk dr sudut pandangan seorang pemimpin apakah yg parti bleh buat utk semua demi agama dan negara dan masa depan generasi akn dtg.

  28. jikalau terpaksa memilih antara org islam seprti kamal Attatuk dan bukan islam seprti Najashi.. adakah kita akan memilih Kamal Attatuk sebagai penyelamat Islam, Nabi S.A.W memilih Raja najashi utk jaga org2 islam…

    saudara juga ada berkata : Memang, muslim yang jahat mungkin akan memerintah dengan zalim dan berbuat kezaliman. Namun jangan kita lupa kepada kekuasaan Allah yang mampu “membolak-balikkan hati dengan dua jari-Nya” sehingga boleh saja Allah menukar pemimpin itu dari sikap jahat kepada baik.

    kita juga jangan lupa kepada kekuasaan Allah yg boleh memberi hidayah kepada org bukan Islam.. percaya sungguh2

  29. tolong ignore comment pertama tkt ade yg xpaham soalan

  30. jikalau terpaksa memilih antara org islam seprti kamal Attatuk dan bukan islam seprti Raja Najashi.. adakah kita akan memilih Kamal Attatuk sebagai penyelamat Islam,
    Nabi S.A.W boleh memilih org bukan islam iaitu Raja najashi utk jaga org2 islam…ketika awal pemerintahan yg sgt kritikal

    saudara juga ada berkata : Memang, muslim yang jahat mungkin akan memerintah dengan zalim dan berbuat kezaliman. Namun jangan kita lupa kepada kekuasaan Allah yang mampu “membolak-balikkan hati dengan dua jari-Nya” sehingga boleh saja Allah menukar pemimpin itu dari sikap jahat kepada baik.

    kita juga jangan lupa kepada kekuasaan Allah yg boleh memberi hidayah kepada org bukan Islam.. percaya sungguh2


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

Ikut

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 74 other followers

%d bloggers like this: