Posted by: aminuddin | 04/09/2011

Peristiwa Bukit Kepong – Akibat Melayu Tidak Bersatu

Peristiwa Bukit Kepong kini hangat diperkatakan. Ini natijah dari kenyataan seorang pemimpin Melayu islam dalam satu ceramah. Saya mendengar ceramah tersebut melalui youtube. Saya tidak berhajat untuk menuduh pihak mana yang betul dan mana yang salah kerana saya sendiri tidak membuat kajian terperinci kejadian ini. Namun bagi saya ini membuktikan bagaimana akibatnya apabila orang Melayu tidak bersatu. Satu pihak dikatakan  diguna oleh pihak British, satu pihak lagi diguna oleh pihak Cina Komunis.

Akibatnya, Melayu berbunuh sesama mereka. British terus memerintah, komunis lari ke Cina.

Haruskah kita membiarkannya berulang?

Ikutilah coretan ringkas peristiwa Bukit Kepong yang menyayat hati ini.

Peristiwa Bukit Kepong adalah kesan kekejaman pengganas komunis semasa keadaan darurat selepas Perang Dunia II. Dalam kejadian tersebut balai polis Bukit Kepong diserang oleh segerombolan 180 orang pengganas komunis bermula sekitar jam 5.00 pagi pada 23 Februari 1950.

Dalam kejadian tersebut, para anggota polis berjuang habis-habisan sehingga seorang demi seorang gugur. Dua orang isteri anggota polis marin turut mengangkat senjata apabila mendapati suami mereka terkorban dan mereka terus bertempur bersama anggota-anggota lain sehingga kehabisan peluru.

Dalam mempertahankan balai polis Bukit Kepong, 17 orang anggota telah terkorban.

Permulaan

Kejadian Bukit Kepong adalah pertempuran bersenjata yang bersejarah yang berlaku pada 23 Februari 1950 antara pihak polis dan Parti Komunis Malaya semasa sebelum kemerdekaan Tanah Melayu. Pertempuran ini berlaku di kawasan sekeliling balai polis Bukit Kepong di Bukit Kepong. Balai polis yang diperbuat daripada kayu ini terletak ditebing sungai Muar, sekitar 59 km dari bandar Muar, Johor, Malaysia.

Kejadian ini bermula sebelum subuh apabila pihak Komunis melancarkan serangan gerila ke balai polis. Ia berakhir dengan tragik dalam penyembelihan berdarah dengan penyerang membunuh hampir kesemua pegawai polis yang bertugas di situ. Pihak komunis hendak menjadikan contoh dari serangan itu tentang apa yang akan terjadi kepada mereka yang menentang perjuangan Komunis. Apabila mereka memulakan pengepongan, pihak penyerang percaya bahawa mereka akan dapat mengalahkan polis dan mengawal stesen polis tersebut dalam tempoh yang singkat. Ini disebabkan beberapa faktor yang menyebelahi mereka:

Kelebihan senjata dan jumlah keanggotaan
Keadaan balai polis yang terpencil
Balai Polis Bukit Kepong terletak diselekoh sungai Muar, sebuah perkampungan kecil yang terpencil dengan sekitar dua puluh buah rumah dan kedai. Menjelang awal 1950, ia merupakan tumpuan pergerakan pihak komunis di situ. Ketika itu balai polis itu diketuai oleh Ketua Polis Balai (KPB) Sarjan Ray Dancey, yang pernah berkhidmat di Palestin. Ketika serangan ke atas balai tersebut, beliau telah lama ditukarkan dan jawatannya diambil alih oleh Sarjan Jamil Mohd Shah, kemungkinannya perkara yang diketahui oleh penyerang komunis.

Selain itu terdapat platun campuran 15 anggota polis Tugas Am dan Konstabel Polis Marin pimpinan Sarjan Jamil sendiri. Ketika itu pasukan ini turut diperkukuhkan oleh tiga konstabal polis khas dan empat Polis Tambahan bagi tugas mengawal dan lain-lain, yang menjadikan 22 orang anggota kesemuanya.

Tiga belas isteri dan anak-anak anggota tinggal di berek kelamin di sebelah belakang Balai. Sistem perhubungan yang sukar adalah sebab utama penempatan pasukan polis marin di situ.

Serangan Komunis

Menurut saksi, terdapat sekitar 200 orang pengganas komunis daripada Kompeni Bebas ke-4 yang menyerang dan dipercayai diketuai oleh Muhammad Indera, Komunis Melayu yang diperdaya oleh pihak komunis Cina, di mana pada awal rancanganya Muhammad Indera dimaklumkan bahawa serangan itu sebagai amaran sahja, bagaimanapun ia bertukar menjadi tragedi buruk, ia juga disertai oleh Komisser Goh Peng Tun. Pihak komunis mengepong balai Polis dengan separuh di bahagian hadapan, bakinya mengelilingi balai polis tersebut. Pertempuran bermula sekitar 04.15 pagi. Apabila Konstabel Jaffar bin Hassan mencabar dan menembak mati seorang pengganas komunis yang sedang memotong kawat duri balai tersebut. Pihak komunis kemudiannya menyerang dari segenap sudut, terutamanya dari bahagian hadapan. Mereka berharap serangan ini mengejutkan pihak polis tetapi kini berhadapan dengan tentangan hebat anggota-anggota polis tersebut, terutamanya daripada dua kedudukan Bren Gun yang terletak di dalam kubu di bawah bilik Kawalan. Sungguhpun lebih sedikit, pihak polis yang diketuai oleh Sgt Jamil Mohd Shah, enggan menyerah, walaupun berkali-kali diseru oleh komunis agar mereka menyerah. Satu persatu anggota gugur apabila pertempuran berterusan dan dua orang isteri polis yang bertahan turut serta berjuang apabila mendapati suami mereka terkorban semasa pertempuran. [1]

Sekitar pukul 5 pagi pasukan Polis Bantuan beserta sekumpulan penduduk kampung yang lengkap bersenjatakan raifal dan senapang patah digerakkan di Kampong Jawa di bawah pimpinan penghulu Ali bin Mustaffa, dan bergerak untuk membantu. Mereka diserang hendap oleh komunis yang ditugaskan untuk menghalang sebarang bantuan dari luar dan beberapa orang kampung serta pihak komunis juga turut terkorban dalam pertempuran dikawasan itu. Sekitar masa ini, kedua-dua kedudukan Sten Gun turut dimusnahkan komunis.

Sekitar pukul 7 pagi, pihak komunis menawan seorang isteri polis Mariam Ibrahim, isteri kepada Konstebel Mohamad Jaafar. Dikhabarkan, ketua kumpulan komunis, Mat Indera memaksa Mariam merayu agar pihak polis menyerah tetapi tidak diendahkan oleh Jamil sendiri. Pada masa ini Fatimah Yaaba dan anaknya Hassan turut ditawan dan dipaksa menyeru pihak polis menyerah. Mereka yang bertahan enggan berbuat demikian dan terus berjuang habis-habisan. Apabila mereka enggan menyerah, Mariam dicederakan dan Fatimah dibunuh. Suami Fatimah, Konstabel Abu Bakar Daud yang bertugas sebagai pemandu bot di sungai Muar, turut berjuang menentang pihak komunis sehingga cedera setelah ditembak di dada dan tangan, ketika mempertahankan botnya.

Dalam detik terakhir pertempuran hebat itu, komunis membakar berek kelamin dan baai polis. Dua wanita dan anak-anak mereka terbakar hangus dalam berek pasangan kawin. Pada ketika itu hanya 3 orang anggota polis dan seorang pengawal kampung yang masih hidup. Mereka meluru keluar dari balai yang terbakar dan merempuh kedudukan komunis, membunuh sekurang-kurangnya tiga dari kumpulan pengganas yang cuba menghalang mereka. Pihak komunis terus menembak mereka yang cuba lari daripada balai polis yang sedang terbakar itu. Ketika ini penduduk kampung Durian Chondong disebelah barat menghantar bot ke Lenga untuk memberitahu pihak berkuasa mengenai serangan ini.

Hanya selepas lima jam bertempur, baru pihak komunis berjaya menawan balai polis dan membakar balai tersebut. Mereka kemudian berundur kedalam hutan, meninggalkan kesan kemusnahan dan kematian. Pihak komunis turut melontar mereka yang tercedera dan mayat mereka yang terkorban ke dalam api. Antaranya termasuk Hassan bin Abu Bakar anak kepada Konstebal Abu Bakar yang dicampak hidup-hidup kedalam api.

14 anggota polis termasuk Sarjan Jamil, 4 pengawal kampung, 3 polis bantuan, isteri Abu Bakar Daud (adalah seorang polis yang terselamat) dan tiga anak mereka terbunuh dalam kejadian tersebut. Jumlah kematian adalah 25 orang. Mereka yang terselamat pertempuran maut itu adalah 4 anggota polis dan 9 ahli keluarga termasuk isteri dan anak mereka.

Bantuan dari perkampungan berdekatan

Semasa serangan tersebut, bantuan dihantar dari Kampung Tui semasa pertempuran bergema kebeberapa kampung berdekatan. Sekumpulan penduduk yang diketuai oleh Penghulu Kampung Ali Mustafa dari Kampung Tui diiringi oleh 13 AP/HG (Polis Bantuan – Auxiliary Police/Pengawal Kampung – Home Guard). Mereka diserang hendap oleh komunis dalam perjalanan sekitar setengah kilometer dari stesen pokis Bukit Kepung. Mereka kekurangan senjata berbanding komunis yang menggunakan senjata automatik berbanding raifal dan senapang patah yang dibekalkan kepada penduduk kampung. Beberapa pengawal kampung tercedera dan terbunuh. Walaupun tersekat, kehadiran mereka mengurangkan tekanan kepada pasukan bertahan di Bukit Kepung dan memaksa pengunduran umum komunis.

Disebabkan keadaan tidak seimbangan, Ali Mustafa mengarah pengawalnya berundur sementara yang lain diarah mempertahankan kawasan sekeliling bandar Bukit Kepong. Pihak komunis akhirnya berundur selepas membakar pejabat kampung dan merompak beberapa kedai.

Pada masa yang sama, sekumpulan pegawal kampung lain dari Kampung Durian Chondong menggunakan sampan berkayuh kearah Bukit Kepong bagi memberi bantuan. Dalam perjalanan, mereka turut diserang hendap oleh komunis. Hanya separuh daripada 7 penduduk dalam kumpulan tersebut terselamat untuk terus ke Lenga. Mereka sampai kesana pada 10am dan ketika itu berita mengenai serangan keatas balai polis Bukit Kepong disampaikan.

Selanjutnya

Apabila pengawal kampung memasuki kampung Bukit Kepung, mereka dapat melihat kemusnahan akibat serangan kejam tersebut. Ketua kampung mengambil alih pentakbiran pos luar tersebut sehingga diganti oleh pasukan polis dari Muar. Pertempuran Bukit Kepong dianggap sebagai kekalahan tragik yang bagaimanapu mengukuhkan lagi semangat kerajaan dan penduduk untuk memerangi pengganas komunis. Sepasukan kecil berjuang menentang pasukan yang jauh lebih besar meningkatkan semangat dan moral dalam perjuangan menentang komunis. Terdapat pendapat yang menyamai peristiwa Bukit Kepong dengan Alamo, di mana anggota polis Bukit Kepong sama seperti penduduk (Texans) berhadapan dengan cabaran yang hebat dan berjuang sehingga ketitisan darah terakhir.

Mereka yang terselamat

Anggota Polis

Konstabel Othman Yusoff (meninggal);
Konstabel Marin Abu Bakar Daud (meninggal);
Konstabel Tambahan Ahmad Khalid (meninggal);
Sarjan Haji Yusoff Rono (78 tahun pada tahun 2000, meninggal dunia pada tahun 2005)

Ahli keluarga anggota

Mariam Ibrahim – balu Konstabal Muhamad Jaafar
Zainun Muhamad – anak perempuan Konstabel Muhamad Jaafar
Abu Samah Muhammad – anak lelaki Konstabel Muhamad Jaafar
Zaleha – anak perempuan Konstable Muhamad Jaafar
Jamilah – anak perempuan Konstabel Marin Abu Bakar Daud
Hussain – anak lelaki Konstabel Marin Abu Bakar Daud
Fatimah Abdul Manan @ Timah Lawa – isteri Konstabel Hassan Osman
Pon Khalid – isteri Konstabel Marin Awang Ali


Responses

  1. Begitu simplistik awalan perenggan tuan….

    Bg saya dua2 salah…Siapa kata semua dipergunakan orang lain.Saya cukup tersinggung mengatakan semua polis digunakan british….semua gerila digunakan komunis….

    Kalau tak kaji, jgn cakap lebih2 nanti menyakitkan hati orang sahaja

    Sumber bukit kepong ni ambik mana tuan? it is ok to tell this part…tp apa part yg berlaku di hutan? takde jalan ceritanya ke??

    Agaknya jalan sepakat yg bagaimana yg diinginkan tuan? sama2 semua masuk jadi polis? atau semua masuk jadi gerila? atau camne?? bawa kelompok sendiri (mesti ni jwpn yg selalu isma nak canang2kan)….jangan silap ye…kelompok sendiri pun tetap akan pilih side operandi, duduk di polis atau gerila (kalau nak dicadang satu kaedah lain, sy nak tanya tuan tahu ke suasana sosio-politik time tu utk mengatakan ada option lain?)

    Again, sy sama sekali tak ingin menyakini SEMUA orang yg pilih side adalah terpengaruh dgn british atau komunis sepenuhnya..Sy bangga dgn semua melayu sama ada yg benar atau tersilap langkah ijtihadnya…asalkan mrk bukan dikalangan oportunis yg benar2 dibentuk oleh boss2 mrk.

    • Kepada Budak Baru, saya ingin jelaskan
      1. bukan saya yg kata orang Melayu diguna komunis atau British tetapi itulah yg dikatakan oleh pemimpin2 politik samada PAS maupun UMNO.
      2. Persepakatan yg kita inginkan bukanlah semua org jadi polis atau semua jadi komunis. Begitu juga bukan semua orang masuk PAS atau semua masuk UMNO. Itu tidak mungkin dan mustahil berlaku. Yg kita inginkan ialah orang Melayu islam tahu batas2 pertembungan. Jangan kerana perbezaan fahaman membuatkan kita sanggup bunuh membunuh, hina menghina tanpa ada batasan.

      • Salam akh Amin,

        Daripada maklumat yang timbul drp isu ini –

        Yang kata Mat Indera komunis;
        – British
        -Abdullah CD-Pemimpin Melayu komunis

        Yang kata Mat Indera bukan komunis;
        – Ismail Adnan-penulis artikel Mat Indera dalam buku biografi tokoh pejuang Johor
        – penyunting buku biografi tokoh pejuang Johor Prof Datuk
        Abu Bakar A Hamid.
        -Adik Mat Indera.

        Saya rasa elok kita berpegang kepada cerita orang-orang Johor
        yang lebih kenal Mat Indera.

        TPM Muhyudin masa baru isu suruh Mat Sabu taubat, sekarang
        diam je bila timbul isu Mat Indera anak didik bapanya Kiai Yassin.

        Apa-apa pun kita tunggu penjelasan TPM.

      • Ini yg uniknya ilmu sejarah. Ia bergantung dari perspektif mana yg dilihat.

        Saya setuju dgn kerajaan Johor yg Mat Indera memang ASALnya pejuang kemerdekaan. Tidak ada khilaf. Banyak sejarawan juga bersetuju. Malah ada antara mereka adalah guru2 agama. Boleh baca buku Syamsiah Fakeh dan Kamaruzaman Teh. Kedua2 buku ini menjelaskan bagaimana permulaan PKMM kemudian PKM dan juga perubahan hala tuju pejuang2 ini disaat2 akhir.

        Tetapi mereka juga tak menolak yg Mat Indera dan beberapa nama lagi yg kemudiannya telah di pengaruhi komunis. Sebab itu mereka mendapat treatment VIP di Cina. Salah seorang dari mereka adalah sepupu saya. Sehingga kini masih hidup di Beijing dan saya sempat berjumpa beliau beberapa tahun lepas ketika beliau dibenar balik ke Malaysia bersama Syamsiah Fakeh dan Musa Ahmad.

      • Sy kata TAK SEMUA diguna komunis mahupun british…

        Ada yg jujur berjuang dalam lapangan mereka…

        itu point saya terhadap point anda

  2. Salam,

    Kekadang saya tertanya2…kemana abang Mat Sabu kita nak bawa perjuangan PAS selepas ini….banyak perkara2 lain yang boleh di timbulkan bagi memberi manafaat kepada rakyat tapi abang Mat memilih menjolok sarang tebuan…..
    Agaknya jika anggota2 polis yang terkorban dek serangan kominis itu adalah suku sakat abang Mat mungkin lain cara fikirnya….tau menjaga perasaan orang…..maklumlah keluarga sendiri….tapi mereka semua orang lain….penyokong UMNO agaknya…maka peduli apa perasaan mereka….Kerana sejarah negara dikatakan versi UMNO maka abang Mat kita mesti mau bangkang walaupun kelihatannya seperti MENYOKONG KEKEJAMAN KOMINIS YANG ANTI TUHAN TU!!

    Dunia…dunia…!!

    • Salam orang lama,

      Yang tuduh Mat Indera tu komunis tu British.

      Yang serang dan bakar balai polis Bukit Kepong tu komunis Cina

      Mat Indera tu kata adiknya bukan komunis.

      Mat indera ahli parti PKMM Partai Kebangsaan Melayu Malaya .

      PKMM ditubuhkan 1945 dahulu setahun daripada UMNO

      selepas tu PKMM diharamkan.

      Parti Hizbul Muslimin pimpinan Ustaz Abu Bakar Bakir pun diharamkan.

      Pemimpin PKMM banyak lari masuk hutan sebab British cari diorang

      Rasanya elok tunggu penjelasan TPM Muhyuddin sebab Mat Indera tu
      pernah jadi anak murid Kiai Yassin , bapa TPM.

      • Sdr Nazri,

        Sebenarnya saya malas nak bahaskan hal2 yang dah berlalu ni sebab kita mungkin tak begitu memahami konteks apa yang berlaku pada masa itu. Tapi apa yang pasti begitu ramai nyawa anggota polis Melayu/Islam yang terkorban akibat serangan kominis ini. Apa motif sebenar Mat Indera ini menyerang mereka hanya Allah SWT dan Mat Indera saja yang tau. Tapi fakta yang tidak dapat ditolah adalah pembunuhan pasukan keselamatan yang berkhidmat bagi menjaga keselamatan negara. Mungkin saudara boleh kata mereka berkhidmat untuk British…..tapi jangan lupa mereka juga berkhidmat untuk Sultan yang memerintah pada waktu itu. Dalam konteks ini British bukanlah penjajah dalam artikata yang sebenarnya kerana mereka berperanan sebagai penasihat Sultan.
        Sedangkan kominis berjuang menentang British untuk mengujudkan kerajaan Kominis di Malaya pada ketika itu. Jadi pusing ikut mana pun tak ada sempurnanya konteks kehendak orang seperti Abg Mat Sabu…itulah pilhan yang ada pada ketka itu. Jadi jika PAS dan kuncu2nya nak menegakkan benang basah dalam isu ini…nak kaji balik sejarah dan sebagainya sambil melukakan hati ramai orang2 yang terkorban dalam peristiwa itu bagi saya adalah seperti orang yang tak ada kerja lain selain melihat apa saja yang datang dari UMNO maka adalah salah belaka dan ajib ditentang.
        Sdr Nazri,

        Ini bab2 nak kaitkan Mat Indera dengan Kiai Yassin bapa TPM bagi saya hanyalah akademik saja…nak menyedapkan cerita….maka jadi bahan cerita utama Malaysiakini/MalaysianIsider…tukang kipas utama api permusuhan orang Melayu sekarang. Kerana apa yang telah berlaku tetap berlaku dan begitu pahit ditelan oleh orang2 Melayu.

    • Salam orang lama,

      Mat sabu dan pimpinan PAS tak pernah menyokong komunis.

      Tapi isunya di sini adalah kenapa perjuangan PKMM cuba dikecilkan

      Hanya nampak sumbangan UMNO saja dalam kemerdekaan.

      Mat Indera adalah pejuang PKMM.

      Ghafar baba dan Aishah Ghani juga adalah ahli dan pimpinan PKMM.

      Selepas PKMM diharamkan, mereka berdua masuk UMNO.

      Sekarang di zaman internet, ramai orang tahu cerita sebenar tentang
      PUTERA-AMPJA, Hari hartal dan banyak lagi.

      • Sdr Nazri, memang benar Mat Indera ahli PKMM. Tetapi bila parti itu diharamkan beliau telah memilih jalan peperangan manakala Ghafar dan Aisyah Ghani pilih jalan perundingan. Asalnya bleiau memang seorang nasionlis tetapi bila dia masuk hutan beliau akhirnya terpengaruh dgn ideologi komunis dan berjuang membebaskan negara supaya komunis dapat ditegakkan. Perkara yang sama berlaku kepada Syamsiah Fakeh, Rashid Maidin, Musa Ahmad dan lain2. Mereka semua ini asalnya memang nasionalis tetapi disaat2 akhir terpengaruh dgn ideologi komunis. Bila kalah mereka semua lari ke Cina dan mendapat perlindungan istimewa disana.

        Kalau tengok sejarah pusat aktiviti mereka banyak berllaku sekitar Lubuk Kawah, Temerloh. Itulah kampung saya.

      • Ada bukti ke kata Mat Indera ni komunis…??

        Saya ingatkan ahli isma berpandangan sebegini spt yang dinukil nazri:

        “Tertarik dengan tulisan Ustaz Abdullah di bawah; memang mantap.

        Isu sejarah adalah kenyataan masa lampau dan kita berdoa supaya mereka yang terlibat diberi ganjaran mengikut ijtihad mereka. Semua pihak telah memberi sumbangan untuk mempertahankan negara dan berjuang dengan cara masing-masing ke arah kemerdekaan dan kedaulatan negara.”

        Ni bukan doa lagi dah…ni dah condemn “asalnya memang nasionalis tetapi disaat2 akhir terpengaruh dgn ideologi komunis.”

        So, sy nak tanya ada bukti ke psl mat indera ni? dia pergi China jugak ke?

      • Ada, rujuk buku2 yg saya nyatakan. Juga kenyataan ramai sejarawan. Beliau x sempat ke China kerana d tangkap awal.

      • My point is bgmn buku2 yg kata otherwise…

        Yg kata dia komunis bukan ker british

        So jgn mengecop awal…sebaliknya mendoakan dan telusuri semua jalan sejarah dlm mengambil pengajaran…

        Bukan begitu sepatutnya ke?

  3. Tak habis2…polemik UMNO-PAS…itu jer yg dinampak…itu yg isma nampak…

    Dah mmg nama pun Mat Sabu politician…tp jgnlah kelabu mata akan hakikat…kalau tak…sudahlah…. jgn nak mengata orang jer berpolitik…kome pun sama jer

    Tidak nmpk perkara pokok yang dibawa akan kepelikan sejarah dan bgmn sejarah ini terjadi…

    Dahla yang menulis tidak menonton youtubenya…yg berkomentar pulak berlebihan mengatakan mat sabu ni menghina perasaan keluarga polis (walhal telah terbukti ahli waris tak dapat pencen pun….siapa yg tak peduli hati sebenarnya…lepas polimik ni baru dapat…haiii)…walhal yg disentuh cuma peristiwa 1950 tu….kita dah merdeka ke time tu?…polis tu mmg kerja dgn british pun….yg didebatkan cara potray cerita bukit kepong tu….apesal nak tersinggung berlebihnya….bila kita bercerita kisah muawiyah kita kira menghina keturunannya secara berterusan ker? atau kisah2 sejarah lain…ambik ikut konteks la dan keadaan pengajaran yang ingin dipelajari…

    Agak2nya seolah2 menghina keluarga mat indera ini mungkin takpe kot sebab dia seorang je melayu agaknya …tak kisahla dia orang yg baik ke ulama ke….

    Alasan senang jer agaknya….dia join komunis….yg polis2 ni ada yg tonggang arak takpe sbb diorang tak join komunis (=orang baik)…yela, melayu ni islamla kan…asalkan tak join komunis cukup…mrk patut dipuja…

    Sbb tu agak2nyala….bila melayu bersama DAP (=komunis) buruk gila….haha

    Nak buat camne….cara orang tua mmg camtu…terlalu emosional tak tentu pasal….nak burukkan lagi asyik nak berpolitik UMNO jer….bukan nak tengok mana kebenaran….

    p.s: hebat UMNO dpt tundukkan british di meja rundingan….buat sy terfikir…betul ke naratif cerita ini jugak? hehe

    • Sorry….

      Dahla yang menulis tidak menonton youtubenya…yg berkomentar pulak berlebihan….

      Sy ingin tulis

      Dahla yang menulis tidak mengkaji secara terperinci…yg berkomentar pulak berlebihan

      • Sebab itu tulisan saya tidak menuding jari pada pihak mana yang salah atau benar kerana sejarah ini ada pelbagai versi. Saya cuma menarik perhatian akibat apabila orang Melayu tidak bersatu. Akhirnya berbunuh sesama sendiri. British tak apa2 dan Cina juga tak apa2.

    • apa yg berlaku di meja rundingan mmg betol2 berlaku. bukan tunku sorang yg berunding, orang kite yg pergi bukan calang2 orang, tinggi ilmu dunia akhirat. kuasa Allah berkat doa orang yg bertakwa, rundingan tu berjaya.

  4. nak tau cerita sebenar kenalah cari orang yang pernah hidup dizaman tu yang tidak ada apa-apa kepentingan melainkan mencari kebenaran . Kalau ada yang masih hidup tu pastikan mereka adalah orang yang dipercayai dan dapat mengingati dengan tepat apa yang berlaku .
    selain tu tengok juga dokumen-dokumen yang terdapat dalam arkib di london dan juga kes perbicaraan di mahkamah dimana mat indera dibicarakan . tengok jugak siapa hakimnya , apa pertuduhannya . tengok juga apa punca sebenar atau peristiwa yang menyebabkan Mat indera boleh joint serangan di bukit kepong .
    selain tu kena teliti kenapa ramai orang melayu yang masuk ke hutan masa tu . kalau dah ramai yang joint oerganisasi PKMM , AWAS , API , BATAS yang ditang kap dan digantung oleh British takkan yang lain-lain akan dok serah kepala kepada polis dan tentera british yang terdiri dari melayu sikh , gurkha fiji dan lain lain .
    takkan lah masuk hutan nak duduk diam-diam aje sambil menunggu british celah .

  5. British adalah penjajah . mana ada penjajah yang baik . portugis , belanda , perancis semuanya masuk negara orang dengan tujuan nak rompak kekayaan wilayah yang dijajah . sapa yang melawan akan ditangkap bunuh penjara . kalau sanggup taubat dan jadi hamba baru dilepas . yang degil terima hukuman . tak kiralah yang melawan tu dari golongan agama , nasionalis , sosialis , komunis .
    kalau yang boleh dibela oleh penjajah dan menjadi hamba akan diberi jawatan tertntu untuk mengawal warga yang dijajah . bila british nak belah orang nilah yang diangkat menjadi pemimpin yang menjaga segala kepentingan ekonomi dan politik british , sama seperti yang dibuat oleh perancis di libya , tunisia . sepanyol di filifina dan lain-lain. cubalah tengok cerita umar mokhtar di libya , red indian di benua belah barat atlantik , syeikh ahmad yasin di palestin ,Imam bonjol di indonesia semuanya dituduh sebagai pengganas , barbarian , penagih darah manusia . sedang hakikatnya mereka bertekad membebaskan bumi mereka dari penjajahan .

  6. Salam,

    Betul cakap akh Amin,

    Tertarik dengan tulisan Ustaz Abdullah di bawah; memang mantap.

    Isu sejarah adalah kenyataan masa lampau dan kita berdoa supaya mereka yang terlibat diberi ganjaran mengikut ijtihad mereka. Semua pihak telah memberi sumbangan untuk mempertahankan negara dan berjuang dengan cara masing-masing ke arah kemerdekaan dan kedaulatan negara.

    ISMA mengambil pendekatan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pejuang-pejuang Melayu masa lampau dan memohon keampunan atas kesilapan yang berlaku hasil daripada ijtihad masing-masing.

    Firman Allah di dalam Surah Al-Hasyr, ayat ke-10:

    والذين جاءوا من بعدهم يقولون ربنا اغفرلنا ولإخواننا الذين سبقونا بالإيمان ولا تجعل في قلوبنا غلا للذين ءامنوا رينا إنك رءوف رحيم

    “Dan orang-orang (Islam) yang datang kemudian daripada mereka (berdoa dengan) berkata: Wahai Tuhan kami! Ampunkanlah dosa kami dan dosa saudara-saudara kami yang mendahului kami dalam iman, dan janganlah Engkau jadikan dalam hati perasaan hasad dengki dan dendam terhadap orang-orang yang beriman. Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya Engkau amat melimpah belas kasihan dan rahmatMu”.

    • Sdr Nazri,

      Kalaulah begitu kenyataannya, saya tidak nampak rasionalnya Abg Mat Sabu kita menimbulkan isu2 begini sekarang walaupun saya tidak menafikan sepenuhnya apa yang beliau timbulkan. Tapi apa yang kita lihat kesannya ialah, polimik yang tak berkesudahan, melukakan hati orang, cabar mencabar antara orang Melayu, memecahbelahkan orang Melayu….dan berbagai lagi mafsadah yang timbul.
      Ini yang saya nak persoalkan….inikah sebenarnya perjuangan PAS bawah Abg Mat Sabu ni?
      Setahu saya perjuangan Islam membawa perpaduan, permuafakatan, kesejahteraan dan berbagai perkara positif dan tidak sebaliknya…
      Cukup2 lah…dah terlalu lama umat Melayu ini berpecah belah….orang lain bertepuk tangan!!

      • Salam orang lama,

        Utusan yang menghebohkan dan spinning the issue.

        PAS dan UMNO nak bagi tenang supaya orang Melayu tak bergelora kena ada 3rd force.

        3rd force bukan badan politik. NGO-NGO Islam kena main peranan.

        Cuma tengok orang Cina depa MCA dan DAP tak bergaduh teruk-teruk sebab 3rd force dia kuat.

        Orang India jangan ikut bergaduh samapai bertumbuk, tembak pun ada kerana politik.

      • Setuju

      • Saya setuju dgn Orang Lama. Isu2 lepas tidak harus dibangkitkan dan menuduh sesiapa. Inilah yang saya cuba nak highlightkan, perpecahan orang Melayu. Akibatnya orang lain yg untung. Pemimpin2 Melayu tidak perlu mencongkel apa2 isu semata2 nak cari hujah politik utk menjatuhkan orang lain.

      • Sdr Nazri,

        Sdr jgn nampak utusan saja yg spin…tapi kena adil jugak….portal2 malaysiakini/masianinsider turut mengipas isu2 ini supaya jadi panas….utusan nak bela versi UMNO…Harakah bela versi PAS tapi portal2 tu takde keje lain nak mengipas bagi orang Melayu bermusuhan….kena sedar tu!!

      • “Isu2 lepas tidak harus dibangkitkan dan menuduh sesiapa.”

        Adakah bila kita membaca seerah muawiyah…there is no stance to what he did…although kita tak mengecam dia dan memburuk2kan dia.

        Adakah salah untuk membaca sejarah yang betul?

        Blh cerahkan apa yg saya kelirukan tu?

        Isu ni jadi sensasi sbb mat sabu melolong dan utusan spin scr terang2 (bukan mcm malaysiakini etc yg kalau nak kata spin pun tak terang2an) -sbb tu bodohla orang yg termakan spin utusan ni- akan kenyataan mat sabu tu. Nmpk sgt2 gunakan kata2 yang tak diungkapkan di youtube…

        Habis isu sebenar nak letak mana? ie membaca sejarah dgn adil dan terang…nak simpan dalam almari ke? Asyik termakan dgn sentimen…ni orang umno cakap….ni orang pas cakap….

        Boleh explain further?

      • Saya nak tanyalah….

        Adakah diskusi ilmiah itu tidak boleh dilakukan disebabkan takut emosi tersentuh, pelbagai pemikiran terkusut…

        Kalau camtu tak perlulah ada ulama fiqh yg pelbagai….pakai satu kepala jer…

        Alhamdulillah umat Islam ni tak macam umat melayu

        Saya dambakan umat Islam melayu….

  7. Orang kita cepat melatah. Elok-elok subjek Sejarah dulu Tawarikh di sekolah diubah kepentingannya. La apa macam?

    Ada apa dengan Bukit Kepong? Orang Melayu dibawah payung Raja-Raja Melayu dah lama berjuang menolak British di Tanah Melayu. Dato’ Bahaman, Mat Kilau, Tok Janggut, Tok Kenali, Tok Ku Paloh tak pernah duduk diam mengekang niat jahat British. Malangnya tok nenek kita ni kita akur dengan tuduhan British yang kononnya mereka petualang negara. Peranan Raja-Raja Melayu juga dalam menentang British di Tanah Melayu juga tak diketengahkan…….

    Tok Janggut digantung kepala ke bawah
    Dato Maharajalela digantung dipanah
    Senapang meledak merobek berkecai jiwa dimamah
    Angkara kita berpecah belah
    Debat muafakat berdebah ditegah disanggah
    Sengketa bangsa usah dihebah
    Walau gejolak rasa dan resah
    Sekam membakar usah disimbah
    kelak membawa padah rebah
    Resam Padi Menunduk Bumi
    Resam Jebat mengikut hati
    Resam Tuah menjunjung Duli

  8. Tolak tepilah mat sabu yg keluarkan….

    Skrg saya nak keluarkan pula (dgn argumentasi akademiknya)….dgn mengatakan Parameswara dan kerajaan Melaka adalah kerajaan kecil yang mendapat naungan dan perlindungan China melalui laksamana muslimnya Cheng Ho…sehingga akhirnya menjadi empayar unggul….Sama sekali kerajaan Melayu ini tidak pernah kuat pada asalnya secara sendiri…kerana itulah sifat dan suasana negara dunia waktu tu…Sudah menjadi peraturan pada zaman itu kedaulatan sesebuah negeri hanyalah dengan pengiktirafan sebuah kuasa luar yang kuat dan berpengaruh….satu transformasi telah tercetus oleh sebuah kuasa besar dunia yang berpusat di Tanah Besar Asia iaitu China yang meletakkan dirinya sebagai ‘The Middle Kingdom’ yang bertanggungjawab untuk mendatangkan kemakmuran kepada dunia luar. Delegasi-delegasi dikirim ke sebarang laut di bawah pimpinan Cheng Ho, seorang muslim berasal dari Yunnan (wilayah Cina Selatan) dari keturunan Han (yang beragama Islam). Dia datang mengunjungi Melaka dan menyampaikan pesan Maharaja Yung Le dari Dinasti Ming. Parameswara dijemput ke kota terlarang (the forbidden city – Beijing pada hari ini) untuk mengadap Maharaja Yung Le untuk diberi beberapa darjah dan lambang-lambang kebesaran selayaknya kepada seorang pemimpin bagi sebuah negara yang berdaulat.

    Ada yang tak boleh terima ini mungkin kerana mengangkat Parameswara sbg super raja…melalui cerita jawanya…hang tuah dan patih gajah mada

    Adakah salah disisi undang2 emosi sy membawa fakta sebegini?

    • Budak baru,

      Pada awalnya saya tak mau respon komen2 anda sebab saya rasa komen2 itu macam tak masuk track….tapi makin banyak anda komen makin ternampak dangkalnya cara pemikiran anda…maaf saya saya terpaksa kata begitu walaupun pahit.
      Saudara banyak kali ulang2 pasal tak tengok youtube…..masalahnya jika balik pada pokok pangkal isunya ialah kenyataan Abang Mat Sabu kita yang mengatakan Mat Indera patut dianggap hero dalam peristiwa Bukit Kepong dan polis2 yang mati tu bukan hero sebenarnya sebab mereka berkhidmat untuk British yang merupakan penjajah!! Bukan begitu?????

      Apakah kamu nak nafikan Mat Indera terlibat dalam menyerang balai polis tersebut? Jika kamu tidak nafikan…..apakah kamu boleh terima perbuatan gerombolan komunis yang diikuti bersama oleh Mat Indera itu menyerang pasukan keselamatan Polis sebagai satu tindakan yang heroic sebagaimana dikatakan oleh Mat Sabu semata2 kerana mereka dianggap bekerja dengan British??

      Apa pandangan kamu bahawa pihak Komunis mempunyai agenda untuk menubuhkan Kerajaan di Malaya pada ketika itu…janganlah melencong jauh ketempat lain….tolong jawab dulu lepas tu baru saya akan respon kembali…

      • Sy tak nafikan….dan ada plot tersendiri bgmn dan kenapa ini berlaku….

        Adakah anda nak katakan bahawa mat indera ni pemabuk darah sampai mmg niatnya mmg nak bunuh polis semata

        Adakah anda nak katakan bahawa sejarah cerita dlm hutan ni tak penting…yang patut dikaji dan diketahui cuma sejarah dalam pondok polis itu sahaja.

        Adakah anda nak persoalkan ijtihad orang2 yang mati terdahulu? Kalau anda persoalkan orang yg bersama2 komunis…adakah anda meredhai orang yang bersama2 kapitalis? Yg saya nampak kata diusulkan jangan kita hina dan bangkitkan pilihan2 orang yang telah mati…tak baik…tp dlm kes mat indera ni, mcm nak kata, ijtihad dia salah dan tepesong….boleh pulak kita mengkritik ijtihad saudara kita ni yer?

        Adakah anda nak katakan bahawa orang yang bersama2 komunis itu semuanya komunis….tak pernah dengar ke: my enemy’s enemy is my friend…

        Kalau itu yang anda katakan….meaning anda adalah seorang yang tidak adil pd sejarah dan orang terdahulu

        Apa yg saya nak hi-lightkan….belajar sejarah secara holisitik bukan utk mengecam tp utk mengambil pengajaran…masalahnya sejarah itu tidak ditonjolkan secara holistik, jadi bgmn nak belajar scr holistik….

        p.s: ada yang mengatakan sejarah melaka bermula dgn empayar yg hebat sehingga china di bawahnya…TULAH DAULAT sultan melaka terkena pd maharaja china…itu versi opposite cerita saya…terpulanglah nak terima versi mana…asalkan ia diceritakan…. that is my point…faham?

        p.s: yang diangkat hero adalah isu besar dlm how you potray sejarah…hero itu boleh berlaku dlm 2 pihak (jika mrk beraqidah yang satu)…sebab tulah ali n muawiyah are heros in the own right and perspective…susah nak akui benda sebegini ke?

      • Satu lagi…adakah kita sudah tahu jalan cerita mat indera bersama komunis ini dan apa sikapnya dan aksinya sewaktu serangan….

        Apa saya tahu ceritanya sungguh indah dan baik….cuma kesudahannya sahaja nasi telah menjadi bubur…itu kisah bukit kepong

        Apa2 pun..saya nak quote hal ni dr tulisan pengkaji pasal mat indera:

        pengkaji telah menyimpulkan Mat Indera sebagai golongan elit agama iaitu “Islam pada agamanya, demokrasi pada prinsipnya, nasionalis pada fahamannya, radikal dalam perjuangannya dan militant mengikut tindakannya.”

        Selain itu, tambah beliau Ayub Kassim juga pada mukasurat 71 menyimpulkan bahawa Mat Indera adalah seorang nasionalis bukannya komunis, yang bergerila bersama komunis.

        Katanya lagi, kajian ilmiah itu juga menyebut bahawa pendirian agama Mat Indera banyak dipengaruhi oleh dua orang gurunya iaitu Ibrahim Jubah dan Muhammad Yassin Muhammad iaitu bapa Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin.

        Kedua-dua guru Mat Indera itu, tambahnya dikatakan seorang yang kritis terhadap perkembangan politik ketika itu.

        Malah katanya, menurut pengkaji lagi pada muka surat 30, Muhammad Yassin begitu kritis dengan perkembangan politik tanah air, dan kalaulah ucapan-ucapannya dilakukan di atas pentas politik nescaya ia akan dilihat berunsurkan subversif.

        Menurut kajian ini juga, Mat Indera pernah dilantik sebagai Ketua Cucuk Tanam anjuran Jepun semasa Perang Dunia Kedua.

        “Fakta ini sekali gus menafikan dakwaan banyak pihak yang bersumberkan Memoir Abdullah CD bahawa Mat Indera telah menjadi komunis sejak Perang Dunia Kedua lagi,” ujarnya.

        Menurutnya, semasa Perang Dunia Kedua ini komunis mengambil sikap berperang dengan Jepun melalui pertubuhan MPAJA sedangkan golongan nasionalis Melayu terutama ahli-ahli Kesatuan Melayu Muda (KMM) mengambil sikap yang lebih lunak dengan Jepun.

        Katanya, kecenderungan Mat Indera ini jelas bertentangan dengan dakwaan Abdullah C. D. dalam memoirnya.

        Berdasarkan kajian ilmiah tersebut, katanya, Pusat Penyelidikan PAS berpandangan Mat Indera bukanlah komunis tetapi seorang nasionalis radikal.

        p.s: sy boleh terma komentar sebegini….nak kata saya ni sentimen kePASan terpulanglah…nak buat camne lagi yerk…

        p.s: a very interesting point to ponder: emasa Perang Dunia Kedua ini komunis mengambil sikap berperang dengan Jepun melalui pertubuhan MPAJA sedangkan golongan nasionalis Melayu terutama ahli-ahli Kesatuan Melayu Muda (KMM) mengambil sikap yang lebih lunak dengan Jepun..- tp bila ada gabungan Putera-MPAJA…kita nak senang2 cop melayu2 Putera ni komunis ke?

      • Terima kasih budak baru kerana respon pertanyaan saya, maka confirmlah saudara menyokong versi PAS aka Mat Sabu yang menganggap Mat Indera hero….

        Suka saya ‘cut and paste’ sebahagian tulisan terkini Dr Ridhuan Tee yang bertajuk : Sindrom Mahu Jadi Pakar ;

        Saya amat terusik dengan pesanan akhir Dato Dr Hassan Ahmad, kerajaan akan jatuh jika tidak mendengar suara ilmuan. Siapakah ilmuan tersebut? Ilmuan tersebut adalah mereka yang pakar dalam bidang masing-masing, jujur dengan ilmu dan bertindak berpaksikan Quran dan Sunnah serta perlembagaan negara. Bukannya mereka yang bukan sahaja tidak pakar, tetapi sekadar bergantung nasib atas nama suami bergelar datuk. Kepakarannya entah ke mana. Alahai malang sungguh.

        Sama juga isu yang menganggap komunis ini sebagai pejuang. Bacalah dahulu sejarah komunis dari awal hingga akhir daripada pelbagai sumber. Jangan hanya membaca satu sumber sahaja atau sebelah pihak sahaja, kerana ada kepentingan atau mahu mengambil hati rakan dan taulan. Selepas itu, barulah boleh memberikan komen dan pandangan. Barulah terserlah kepakarannya. Berkata benar, walaupun amat pahit, kerana itulah yang terbaik, kerana kebenaran pasti akan menang, walaupun kalah buat sementara waktu.

        Saya sempat membaca buku berkaitan perjuangan komunis oleh Rashid Maidin, Tunku Abdul Rahman, Hanrahan, Purcell, Thompson dan sebagainya. Saya tidak menafikan sumbangan komunis memang ada, tetapi tidaklah boleh meletakkan mereka setaraf dengan pejuang kemerdekaan. Perjuangan komunis yang kononnya dikatakan menentang penjajah British amat jauh berbeza dengan perjuangan Tok Janggut dan Dato Maharaja Lela menentang penjajah British. Pejuang-pejuang Melayu hanya mahu menghalau penjajah, berbanding dengan perjuangan komunis yang mahu menguasai Malaya melalui teori dominonya.

        Adalah tidak rasional menolak kebaikan seorang, hanya kerana mungkin dia musuh kita atau tidak bersefahaman dengan kita. Dalam kes Mat Indera, beliau adalah seorang pejuang, cuma platformnya salah, kerana bersama komunis. Perlu diingat, walaupun komunis telah berjaya dihapuskan, pemikiran komunis masih lagi tidak lekang dalam sanubari segelintir rakyat di negara ini. Masih ada lagi yang menyanjung Bintang Tiga (MPAJA), Chin Peng, Rashid Maidin, Abdullah CD, dan sebagainya. Tindakan membina tugu MPAJA menunjukkan bahawa perjuangan komunis masih lagi bertapak di negara ini.

        Saya nak tambah sikit….la ni sindrom ni berleluasa sampaikan ada yang tak bersetuju dengan Prof Khoo Kay Kim pakar sejarah maka dilabel Prof Kangkung.

        Inilah realiti masyarakat Malaysia sekarang ni!!

      • Aduh….sy mengikuti perbincangan dgn mengharapkan komentar yang adil, tepat dan berwibawa….

        Dr awal2 lg dah deviate orang lama ni…

        Sejak bila dalam youtube tu mat sabu angkat komunis? yg diangkat mat indera…

        Sejak bila orang2 kontra tu mengangkat ilmuan yg takde kepakaran….bukan ke mrk juga quote dr pengkaji2 yg meletakkan mat indera bukan komunis

        Anda nak katakan yg budak baru ni quote profesor kangkung jugak ke??

        Sudah2 laa…..sy jd pening baca pemikiran orang tua ini

        Seolah2 merendah2kan pandangan yg juga intelectual drpd orang lain….yela ijtihad dan pandangan anda je yg tepat…

        Sy suka quote budak baru: your enemy’s enemy is your friend…itu sedikit sbyk menceritakan suasana disulamkan dgn penemuan2 tu…..

        Kalau nak dikatakan salah….jgn kita sama sekali bersahabat dgn komunis dulu kini dan selamanya….

        Sygnya komunis tu tak hidup selepas merdeka…kalau mrk hidup lepas merdeka, agak2nya orang melayu ni bergabung dgn mrk ke tidak yer….entahla mana ada jwpnnya…tp sesetengah makhluk allah ni suka sangat mengutuk mayat2 ini (walapun timb mufti cakap jgn hina mayat….)….haha…tak tetap pendirian punya orang

  9. jgn lupa.. mat sabu komunis?? UMNO telah MOU dengan Parti Komunis China.. skang nie ye.. sape yg komunis ye?

  10. Salam,

    Untuk pembaca semua,….saya cut and pastekan satu artikel yang bagi saya amat menarik ditulis oleh sheikh kickdefella:

    Selamat Membaca;

    Dari Negara Islam Kepada Negara Berkebajikan Dan Akhirnya Jadi Negara Komunis
    11.09.2011
    Sewaktu permulaan gerakan bersenjata oleh pengganas Cina di awal darurat, kalimah yang sering didengari dikalangan nasionalis Melayu dan tercatat di dalam buku-buku berhubung dengan dekad tersebut ialah, “jika pengganas Cina mengambil alih Tanah Melayu, ke mana orang Melayu hendak pergi? Sebaliknya jika pengganas Cina ditumpaskan, orang Cina yang tidak suka tinggal di Tanah Melayu boleh pilih untuk kembali ke Negara Cina dan orang India juga boleh kembali ke India”.

    Apabila keamanan di Tanah Melayu semakin meruncing, hampir kesemua pertubuhan-pertubuhan nasionalis Melayu berhaluan kiri di haramkan, antaranya termasuklah Angkatan Wanita Sedar dan Angkatan Pemuda Insaf yang ada diantara pimpinan dan pengikutnya memilih untuk menyertai gerakan militan bagi menentang pentadbiran di Tanah Melayu ketika itu dan Malaysia selepas itu.

    Di Pahang, sebuah rejimen gerila Melayu yang diberi nama Rejimen Ke 10 Parti Komunis Malaya di tubuhkan. Ia dianggotai oleh nama-nama besar tempatan dan nasional dalam politik Melayu. Songkok merupakan sebahagian daripada uniform rejimen tersebut. Tetapi kerana PKM berpendapat songkok tidak sesuai untuk perjuangan mereka, maka ia diketepikan.

    Catatan daripada naskah diari yang dirampas dari seorang bekas anggota polis yang menyertai gerakan gerila tersebut menceritakan bagaimana bukan sahaja songkok yang terpaksa diketepikan, perjuangan gerila di dalam hutan belantara dengan seribu satu kesempitan menyebabkan pelbagai nilai-nilai lain juga diabaikan dan termasuklah terpaksa memakan daging babi bagi mengisi perut.

    Di dalam bukunya bertajuk “The Communist Party of Malaya – The Inside Story” oleh Aloysius Chin, saya menemui dokumentasi paling lengkap berhubung penubuhan Rejimen Ke 10 berbanding dengan tulisan-tulisan yang ditulis oleh sejarahwan mahupun anggota rejimen itu sendiri.

    Pada bulan Mei 1949, sebuah pertemuan sulit telah diadakan di hutan berdekatan Kerdau, Pahang yang di sertai oleh Che Det Abdullah (Abdullah CD), Wahi Annuar, Musa Ahmad dan Chin Peng. Di dalam pertemuan ini Chin Peng memaklumkan bahawa Parti Komunis Malaya telah menubuhkan beberapa rejimen yang terdiri daripada hanya kaum Cina dan Chin Peng menyatakan hasrat untuk menubuhkan sebuah rejimen yang hanya dianggotai oleh orang Melayu. Rejimen tersebut akan diketuai oleh Abdullah CD sebagai komander dan Wahi Annuar sebagai Timbalan Komander. Musa Ahmad pula sebagai Pegawai Politik. Chin Peng bersetuju dengan cadangan menamakan rejimen itu sebagai Rejimen Ke 10 bersempena dengan tarikh 10 Zulhijjah dalam kalender Islam yang merupakan hari sambutan Aidil Adha sebagai simbol pengorbanan dan dedikasi muslimin terhadap perjuangannya.

    Pemimpin PKM berketurunan Melayu mengusulkan cadangan-cadangan berikut,

    (i) Songkok dijadikan sebahagian daripada uniform mereka.

    (ii) Rejimen Ke 10 di beri kuasa mutlak dalam menghubungi unit-unit gerila Melayu yang beroperasi di negeri-negeri lain.

    (iii) Propaganda PKM terhadap kaum Melayu hanya boleh dilakukan oleh Rejimen Ke 10 sahaja.

    Chin Peng bagaimanapun menolak secara mutlak cadangan-cadangan berikut kerana alasan khuatir akan menggugat perpaduan kaum dalam PKM.

    Pada 21 May 1949, satu temasya diadakan di Kem Kerdau, Pahang di mana Chong Chin Nam @ Haji Hashim mengumumkan penubuhan Rejimen ke 10. Dalam tempoh 3 bulan, 500 ahli Tentera Tani (peasants Army) yang kesemuanya Melayu diserapkan ke dalam rejimen tersebut.

    Organisasi Rejimen Ke 10 adalah seperti berikut,

    (i) Abdullah CD – Komander dan Komiser Politik.

    (ii) Wahi Annuar – Timbalan Komander.

    (iii) Musa Ahmad – Pegawai Politik Rejimen.

    (iv) Ahmad @ Che Gu Salleh – Komander Pengkalan.

    (v) Abu Samah – Pegawai Politik Pengkalan.

    (vi) Mat Jelita – Komander Platoon Pertama.

    (vii) Mohd Amin – Timbalan Komander Platoon Pertama.

    (viii) Ibrahim – Pegawai Politik Platoon Ke Pertama.

    (ix) Manaf Jepun – Komander Platoon Ke Dua.

    (x) Abdul Latif – Komander Platoon Ke Tiga.

    (xi) Johan (China) – Pegawai Politik Platoon Ke Dua.

    (xii) Asmara – Komander Platoon Ke Tiga.

    (xiii) Rokas – Timbalan Komander Platoon Ke Tiga.

    (xiv) Ibrahim Mohamed – Pegawai Politik Platoon Ke Tiga.

    (xv) Idris Majid – Komander Platoon Ke Empat.

    (xvi) Ahmad Razali – Timbalan Komander Platoon Ke Empat.

    (xvii) Dahaman – Pegawai Politik Platoon Ke Empat.

    (xviii) Hassan – Komander Platoon Ke Lima.

    (xix) Udin – Timbalan Komander Platoon Ke Lima.

    (xx) Sulaiman Johar – Pegawai Politik Platoon Ke Lima.

    (xxi) Zainab Mahmud – Ketua Seksyen Wanita.

    Di penghujung 1949, Abdullah CD, Musa Ahmad dan Wahi Annuar telah bertemu Chin Peng di atas arahan Chin Peng di mana mereka dimaklumkan PKM merancang untuk mara ke utara iaitu ke ‘Liberated Area’. Mereka di arahkan supaya membesarkan jumlah gerila di dalam rejimen tersebut. Bagaimanapun, mereka tidak pernah tiba ke Liberated Area yang dimaksudkan iaitu Gua Musang di mana PKM pernah menawan selama satu hari dan dikuasai oleh pimpinan Cina dalam PKM. Sebaliknya 1951, Rejimen Ke 10 mula menerima arahan untuk berundur ke Betong, di Sempadan Thailand yang merupakan sebahagian daripada rangka pengunduran PKM ke Selatan Thailand.
    Pada awal 1954, Rejimen Ke 10 menubuhkan pengkalan mereka di Kampung Hala, dalam Wilayah Betong di Thailand.

    Saya pernah bertemu sendiri dengan Aloysius Chin dan menebual beliau pada tahun 2001. Ketika itu Bekas Timbalan Pengarah Cawangan Khas Polis DiRaja Malaysia mengalami penyakit Parkinson. Namun begitu beliau dapat menjelaskan secara terperinci kepada saya beberapa maklumat yang terpaksa dikeluarkan daripada buku tersebut atas sebab-sebab tertentu.

    Aloysius Chin menggariskan beberapa sebab utama kegagalan Rejimen Ke 10,

    (i) Ketiadaan sokongan massa orang keturunan Melayu terhadap fahaman komunisme.

    (ii) Diskriminasi oleh kaum Cina dalam PKM terhadap Rejimen Ke 10 termasuklah di dalam isu pembelian bekalan senjata api dan makanan.

    (iii) Halangan anggota Rejimen 10 dari bergerak bebas ke kem-kem gerila komunis PKM berketurunan cina sedangkan arahan membenarkan gerila-gerila cina masuk ke mana-mana kem Rejimen Ke 10.

    Ini mengingatkan saya kepada perhubungan di antara DAP dan PAS di dalam agenda politik Malaysia hari ini. Kesamaan wujud di dalam cara PAS di layan di dalam Pakatan Rakyat, samalah seperti Rejimen Ke 10 di layan di dalam Parti Komunis Malaya.

    Apabila Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu berceramah pada 21 Ogos 2011 di Tasik Gelugor dia sebenarnya tidak menyangka ia akan menimbulkan kontroversi yang sebegini hebat. Mungkin bagi Mat Sabu, ceramahnya pada malam itu samalah seperti ratusan ceramahnya sebelum ini, naik ke pentas, beri secukup hiburan kepada hadirin dengan diselitkan cacian dan maki hamun yang menggembirakan penonton dan selepas itu, ambil duit derma bahagiannya dan balik.

    Tetapi dia mungkin masih belum biasa dengan statusnya sebagai Timbalan Presiden PAS. Maka habis seluruh jentera PAS terpaksa di kerah untuk ‘damage control’ dan ‘spin’ bagi menyelamatkan parti tersebut.

    Tidak pelik ada yang mengagungkan perjuangan komunisme. Bahkan ramai anak muda hari ini menyanjung tinggi tokoh seperti Allahyarham Rashid Maidin yang menjadi lagenda yang diselubungi pelbagai kisah mistikal.

    Tetapi kebanyakan mereka tidak pernah merasa hidup di zaman darurat dan zaman insurgensi.

    Sewaktu insurgensi pula, dakyah komunis bergerak dari surau ke surau di Kelantan. Menyedari aktiviti militan itu cuba dianjurkan menerusi pergerakan Islam, maka pihak perisikan tentera dan cawangan khas Polis DiRaja Malaysia juga mengadakan infiltrasinya ke dalam gerakan itu dengan berselindung disebalik identiti ustaz dan imam.

    Sewaktu insurgensi juga beberapa butir bom yang dihantar ke Pejabat Ketua Polis Negara dan Bukit Aman di kenalpasti diposkan dari Negeri Kelantan.

    Dengan cuba mengangkat wira kelabu Melayu dan komunis, Mat Sabu mengambil langkah populis di kalangan orang-orang muda hari ini bagaimanapun, ia juga membawa partinya meniti di atas gentian yang amat halus. Segenap media alternatif yang bersekongkol dengan parti PAS terpaksa menulis isu ini bagi menyelamatkan parti tersebut hari terhumban ke lembah yang bisa mencederakan.

    Terdapat ramai pejuang Melayu pre Merdeka mengangkat senjata menentang Penasihat Inggeris di Negeri-Negeri Tanah Melayu. Walaupun ada kalanya pada ketika itu mereka dianggap juga sebagai pengkhianat kepada Raja Melayu dan perlu dihapuskan, tetapi mutlaknya kita menerima mereka sebagai pejuang bangsa.

    Pejuang bangsa walaupun dalam keadaan menentang penjajah, tidak akan sekali-kali membunuh, mencedera atau menyiksakan anak bangsa mereka sendiri. Apakah pejuang yang membunuh anak bangsa sendiri dan bersetongkol dengan fahaman yang menolak Islam itu adalah pejuang bangsa?

    Kita mengiktiraf kesemua nasionalis Melayu, Cina, India, Kadazan, Bajau, Iban, Dayak dan lain-lain tetapi apabila mereka memilih untuk mengangkat senjata menentang penjajah dan membunuh siapa sahaja termasuk anak bangsa mereka sendiri, sumbangan mereka selepas itu tidak lagi boleh diiktiraf sebagai untuk bangsa mereka. Apalagi jika mereka meneruskan penentangan mereka bila negara sudah merdeka.

    Di dalam keghairahan PAS dan Mat Sabu memperbaiki imej mereka yang tercalar, mereka harus sedar, kaum paling trauma akibat jenayah gerila komunis bukanlah kaum Melayu tetapi kaum Cina yang undi mereka sedang digilai PAS.

    Anak-anak muda berketurunan Cina hari ini samalah seperti anak-anak Melayu tidak mewarisi trauma tersebut. Tetapi kaum Cinalah yang paling ramai dibunuh dan diseksa oleh gerila komunis. Kaum Cinalah yang paling terseksa dan tersepit akibat kebangkitan gerakan bersenjata Parti Komunis Malaya. Generasi tersebut masih ada hari ini dan masih mampu membuang undi.

    Akhir sekali, saya selitkan jumlah pecahan anggota Parti Komunis Malaya yang meletakan senjata selepas perjanjian Hadyai pada 2 Disember 1989 di Lee Gardens Hotel ialah,

    (A) Mengikut kerakyatan

    (i) Thai 670 orang

    (ii) Malaysia 494 orang

    (iii) Singapura 21 orang

    (iv) Jepun 2 orang

    (v) Indonesia 1 orang

    (B) Mengikut keturunan

    (i) Melayu Thai 479 orang

    (ii) Cina Thai 184 orang

    (iii) Siam 7 orang

    (iv) Cina Malaysia 402 orang

    (v) Melayu Malaysia 77 orang

    (vi) Singapura (Tak dimaklum keturunan) 21 orang

    (vii) Jepun 2 orang

    (viii) Indonesia (tak dimaklum keturunan) 1 orang

    (ix) Orang asli 13 orang

    (x) India Malaysia 2 orang

    (xi) Tak diketahui 3 orang

    Di dalam bukunya, Major General Kitty Ratanajaya, dari pihak Thailand yang terlibat didalam rundingan itu mencatatkan, diantara tuntutan yang dibuat oleh Parti Komunis Malaya sewaktu rundingan perjanjian tersebut ialah,

    (i) Parti Komunis Malaya dan ahlinya di angkat sebagai Pejuang Kemerdekaan.

    (ii) Tugu Negara sekarang dimusnahkan di patung anggota PKM diletak seiring dengan Angkatan Tentera Malaysia sebagai peringatan perjuangan mereka.

    (iii) PKM dibenarkan bergerak aktif termasuk terlibat di dalam politik Malaysia sama ada menyertai parti politik sedia ada, bergabung dengan parti politik sedia ada atau menyertai sebagai individu.

    (iv) Anggota PKM tidak dikenakan sekatan bertanding di dalam pilihanraya umum di Malaysia pada bila-bila masa.

    (v) Pampasan kewangan yang lumayan dan tanah diberikan sebagai menghargai perjuangan mereka memerdekakan Malaysia.

    (vi) Jaminan bahawa Akta Keselamatan Dalam Negeri atau lain-lain akta tidak digunakan untuk menahan ahli PKM bagi proses ‘turning over’ sebelum mereka diserapkan kembali ke dalam masyarakat.

    (vii) Fahaman komunisme di terima dan sah didalam Negara Malaysia.

    Sama-samalah kita berfikir dan menghayati apa yang telah berlaku kebelakangan ini. Semoga negara kita sentiasa dibawah lindunganNya. Janganlah hendaknya kita dibajiri politik murahan sebegini lagi.

  11. لو كان بيننا الحبيب

  12. Komunis mmg jahat….ada sesiapa yg mengangkatnya ke???

    Sy tak

    Sy tak nampak yg lain pun

    Orang lama nak tujukan ke sesiapa ke artikel ni??

    • Sdr Amrar yang budiman,

      Jangan kamu kenali al-haq kerana orangnya, kenalilah al-haq itu dulu, nescaya kamu akan kenal orangnya!!

      • Jom kita cakap orang muslim penyokong nazi jugak….sebab mufti palestin dan muslim bosnia dan even kerajaan turki pernah bersekongkol dgn nazi hitler….gambar mufti jumpa hitler pun ada!

        Jom2 sebab bukti foto perjumpaan dah ada ni..apa lagi! Bukan penting pun faham kenapa mrk bertindak begitu….

        Mrk tak bunuh muslim..mrk tlg bunuh british jer (tak mcm indra) Jadi kerana itu kita tak boleh kata mrk sekejam nazi disebabkan asosiasi ini. Mrk lebih tulen berjuang sebab yg kita ukur mrk tak bunuh orang muslim sooo…tak kiralah dgn siapa mrk berkerjasama pun

        Camtu ke perspektif kita terhadap kes camni orang lama??

        Bagi saya, mrk tak sekejam nazi krn faktor lain (bukan yg dinyatakan diatas). Tapi mungkin orang lama boleh cerahkan saya kenapa saya perlu redha (jgn salah faham yer…sy mmg redha pun…cuma sy nak dengar cara argumentasi orang lama supaya sy redha hal ni) kerjasama orang muslim dalam kes sebegini dibolehkan.

        p.s: siapalah agaknya yg angkat komunis pejuang pujaan yer…betul kata amrar

      • Sdr budak baru,

        Rasanya kalau saudara baca balik artikel diatas amat jelas maksudnya argumen saya tentang isu Mat Indera ni….Saya nak ulang balik….Mat Sabu kata Mat Indera adalah hero sebenar, sedangkan anggota polis yang diserang oleh Mat Indera bersama gerombolan komunis itu tidak dianggap hero kerana mereka berkhidmat untuk British yang dikatakan penjajah.

        Bagaimana saudara nak nafikan bahawa kenyataan Mat Sabu diatas tidak menyokong komunis kerana gerombolan komunislah yang menyerang anggota keselamatan tersebut.

        Kalau Mat Sabu nak nafikan dia menyokong serangan itu….maka wajarlah dia meminta maaf kerana tersalah cakap, berfikiran pendek….habis cerita.!!

        Ini tak…nak pertahankan juga….maka pusing cerita sejarah kita berat sebelah….hanya versi UMNO, sampaikan Mat Sabu main cerita “KALAU” …..kalau diadakan referendum pasti Dr Burhanudin lebih popular dari Tunku Abdul Rahman dan Tunku tak akan jadi PM. Bagi saya kenyataan2 begini adalah kenyataan yang tak sepatutnya keluar dari orang No 2 PAS. Kenyataan begini menyakitkan hati ramai orang…..kalau nak cerita bab “KALAU” ni banyak lagi “KALAU-KALAU” yang boleh ditimbulkan oleh pihak lain. Apa nak susah…semua KALAU belaka.
        Saya secara peribadi berpendapat tokoh2 seperti Dr Burhanudin, Dr Zulkifli Mohamad, dan yang lain2 yang sealiran dengan mereka patut diletakkan ditempatnya yang sesuai didalam catatan sejarah tanahair.

        Saya sangat percaya perkara ini boleh berlaku jika orang Melayu Bersatu….PAS bekerjasama dengan UMNO ….sudah pasti versi sejarah kita akan lebih lunak dari yang ada sekarang.

        Sebab itulah bagi saya sikap Mat Sabu dan penyokong2nya seperti budak baru dan amrar yang menentang apa saja dari UMNO adalah menjadi antara punca masalah2 yang berlaku didalam negara kita sekarang. Sedangkan UMNO berkuasa maka sudah pastilah versi sejarahnya akan mirip kepada UMNO….Kalaulah komunis berjaya memerintah negara ini…tak mungkin sejarah negara akan sama seperti yang ada sekarang.
        Begitu juga kalau DAP memerintah…tentu lain ceritanya….mungkin saudara budak baru dan amrar tercatat sebagai penokong kuatnya hehe

        Jadi sdr budak baru…nak pusing2 cerita sampai ke nazi ni tak payah lah…..Bagi saya wajar Mat Sabu tarik balik cakapnya….dan bawalah hal2 yang lain yang lebih dharuri buat ummat untuk diperjuangkan!!

      • Dah2 la tu…my conscious is clear

        Nak kata…saya ni pencacai penyokong kuat DAP suka ati engkau la

        Alhamdulillah pengkaji sejarah islam tak sebegini…menceritakan both side muawiyah dan ali tanpa sorok…sy bangga sbg muslim yg hebat keislamannya…sy malu dgn melayu yg tak jujur keislamannya….sy rindu pd muslim melayu…

        Rasanya tak pernah sesiapa menghina polis2 tu secara individu (hatta mat sabu pun), yang dibawa hi-light adalah siapa pengkhianat siapa pejuang yg kita terus menerus tonjolkan…balik2 merdeka bukit kepong, tragedi 16 mei bukit kepong, ada isu besar je main bukit kepong…secara institusi, mmg polis tahun 1950 tu kepunyaan british bukan kepunyaan melayu pun (unless ada yg mengaku kita tak pernah dijajah…sy surrenderlah..tp “pandai betul” statemnet ni hehe)…sebab tu klipnya tak berhenti sampai indera…tp ada sentuh tok janggut…

        Sy tak nampak unsur nak naikkan komunis…kalau didengar dgn lapang dada…dia katakan siapa yg lawan british penjajah akan dicop sbg pengkhianat…mmg tu pun mrk buat…

        Tu psl sy bawakan nazi-mufti tu….faham tak orang lama? ke tak nampak2 lagi..Kalau anda dgn berani dan penuh keyakinan nak cop mat indera ni komunis terserahlah…saya bawakan case saya sahaja

        Kalau nak dikatakan polemik PAS-UMNO cuma berlaku masa mat sabu tu sindir jins samsudin ahli umno yg buat cerita bkt kepong tu…sy tak pandang pun tu…orang lama terasa ke ayat tu? biarlah dia, sy tak terikut2 dgn dia pun (meaning, kalau sy ber”ceramah”…sy takkan kata bkt kepong tak patut kita agung2kan sbb jins sam yg arah…kalau saya buat camtu saya ni bodoh dan terbawa2 la sy dgn polemik mrk)….

        Tp mcm biasa…orang lama nampak diri dia jer yg hebat dan neutral…dan orang lain taklid buta…

        Kadang2 orang yg so call kata nak “satukan melayu” ni entah adil ke tidak…balik2 judge orang dgn tanpa usul periksa…betullah telahan sbhgn org…asyik dgn polemik PAS-UMNO jer…depa polemik tu biarlah..isu yg dibawa itu yg difahami

        Tak payahlah nak putar mcm utusan bila berkomentar oiii…

      • “Kalaulah komunis berjaya memerintah negara ini…tak mungkin sejarah negara akan sama seperti yang ada sekarang.”

        So…anda sebagai muslim nak biarkan ke atau nak berceramah membetulkan fakta dan menginsafkan umat.

        Adakah ayat ini bermaksud…relakan jela…siapa yg kita nak naik siapa yg kita nak jatuh/bunuh karakter/hina/etc.

        Saya tak fahamlah…kalau orang lama hidup dlm dunia komunis menang, bgmn anda beroperasi yer…redha dan pasrah je ke dgn cerita karangan mrk?

  13. info yang menarik

  14. Why people still use to read news papers when in this technological globe all is existing
    on web?

  15. saya berasal dari sri medan, batu pahat. johor. tempat mat indera ditangkap. saya belum lg hidup mase kejadian tu. dan sepanjang saya hidup dan sekolah disana, tak pernah pun orang2 tua ditempat saya (baik PAS atau UMNO) yang mengatakan mat indera dan komunis tu pejuang. Masing2 bile citer pasal zaman darurat akan cerita betapa kejamnya komunis, betapa susahnya masa zaman komunis dahulu. Dan mengikut apa yang diceritakan pada saya, time tu takde pun isu2 politik PAS-UMNO nih. tapi orang melayu masing-masing bersatu lawan komunis. Guru besar sekolah agama saya dulu adalah orang kuat PAS. Tak pernah dia bagitau yang Mat Indera adalah pejuang/hero, tapi dianggapnya sebagai seortang petualang yang sesat (kerana mempunyai banyak ilmun hitam yang syirik dari segi hukum syarak). Dan hari ni, dengan keadaan politik melayu yang saya anggap tak stabil dan huru-hara, ditambah isu mat indera/komunis di Bukit Kepong sebagai hero………saya rasa makin hancurlah politik melayu. Sebab ramai anak muda yang terima bulat-bulat kenyataan itu tanpa mengetahui fakta sebenar. Dan adakah datuk2 kami di sri medan ni adalah pengkhianat negara? Kerana kebanyakan mereka dulu menentang komunis (yang sekarang ni telah dianggap sebagai hero/wira).


Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 74 other followers

%d bloggers like this: