Posted by: aminuddin | 27/10/2008

Oh Negaraku !!!

Selepas saya meninggalkan bangku sekolah hampir 30 tahun lalu, saya tidak ingat bila kali terakhir saya menyanyikan lagu Negaraku. Tetapi baru-baru ini ketika saya menghadiri satu majlis rasmi semua peserta di minta menyanyikan lagu Negaraku. Entah kenapa saya hampir menitiskan airmata apabila memulakan nyanyian itu. Terasa di dalam hati betapa sayangnya saya kepada negara tercinta ini tempat saya di lahirkan dan di besarkan. Kadang-kadang oleh kerana terlalu bersemangat dengan slogan-slogan perjuangan dakwah yang bercirikan antarabangsa (alami) hingga terlupa akan betapa seakan-akan saya ini bukan rakyat Malaysia. Kita melihat negara Arab sebagai idola ajaran islam hingga terlupa kemuliaan dan keangungan negara sendiri. Bagi yang biasa merantau melihat negara asing akan pasti dapat merasakan betapa bertuahnya kita menjadi rakyat Malaysia dengan kemakmuran dan keamanan yang ada.

Saya juga terasa bagaimana LAGU sangat memainkan peranan di dalam membentuk jiwa dan perasaan. Tak sukarlah untuk di fahami kenapa setiap negara menjadikan lagu ini satu cara untuk melahirkan sifat kecintaan kepada sesebuah negara.

Lagu juga boleh menaikkan semangat perjuangan, maka tidak hairanlah lagu juga sering di nyanyikan di dalam medan pertempuran.

Lagu juga boleh melahirkan keinsafan seorang hamba kepada PENCIPTAnya, maka tidak hairanlah jika para ahli-ahli suluk sentiasa bersyair dengan rangkapan yang indah memuji kebesaran Ilahi.

Kini saya mula memahami kenapa Rasulullah saw sentiasa kenangkan Mekah walaupun duduk berjauhan di Madinah.

Ayuh nyanyikanlah negaraku. Rasakanlah bahang kecintaan kepada bumi Malaysia ini. Pertahankanlah kesuciannya dari sebarang musuh yang sentiasa ingin merobek keindahannya. Tidak kah itu satu kemuliaan perjuangan ?

Aminuddin Yahaya

http://ismaweb.net/v2/Article693.html


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: