Posted by: aminuddin | 18/01/2009

Pilhanraya Kecil P 36

Kemenangan calon PAS Dato’ Abdul Wahid Endut di dalam pilihanraya kecil Kuala Trengganu dengan undi majoriti 2,631 memberikan tamparan yang sangat hebat kepada Barisan Nasional. PAS bukan saja berjaya merampas kembali kerusi yang pernah dimenanginya (oleh Dr Syed Azman pada PR tahun 1999), malah kemenangan ini mendapat majoriti yang lebih besar berbanding dengan PR ke 12 yang mana BN telah menang dengan majoriti. Jumlah peratus pengundi yang keluar mengundi berkurang sebanyak kepada 79.09% berbanding 81.92% pada PRU ke 12 Mac 2008 lepas. Ini mungkin menjadi antara faktor kekalahan BN. Penganalisis politik menyatakan bahawa mungkin kerana pilihanraya ini tidak akan membawa apa-apa perubahan di dalam pentadbiran negara, kerana BN masih menguasai majoriti di parlimen, maka ramai pengundi BN yang berada di luar tidak balik untuk mengundi.

Keputusan ini sudah tentu menjadi tamparan yang hebat kepada BN dan Najib khusunya. Selepas kekalahan pada PR ke 12 dan pilihanraya kecil di Permatang Pauh, BN seolah-olah masih tidak belajar dari kesilapan yang dilakukan. Ada penganalisis politik yang menyatakan BN sebenarnya sudah kehabisan modal untuk meyakinkan pengundi. Walaupun seluruh jentera BN, termasuk penglibatan terus Timbalan Perdana Menteri Dato’ Seri Najib, dikerahkan untuk berkempen namun ia masih gagal untuk meyakinkan pengundi. Malah dilaporkan ada menteri yang berkampung semenjak hari penamaan calon lagi di Kuala Terengganu tetapi masih tidak mampu menentang arus perubahan dikalangan pengundi.

Apa kesilapan BN ?

i. Isu Lama : BN sekali lagi cuba memainkan isu-isu yang di anggap lama dan tidak relevan lagi.

– Isu hudud yang di jangka mampu mempengaruhi pengundi terutama kaum Cina ternyata memakan diri sendiri. Mungkin BN terlupa bahawa PAS telah memerintah Terengganu pada PR ke 10 lepas dan isu ini sudah menjadi begitu jelas kepada pengundi Cina di Kuala Trengganu semasa di bawah pemerintahan PAS. Cina di Terengganu tidak sama dengan Cina di Lembah Kelang.

– BN juga cuba memainkan isu-isu seperti pembangunan, bantuan kewangan melalui pemberian royalti, membina pusat pendidikan seperti sekolah. Ini semua tidak lagi releven kerana pengundi sudah mula memahami dan menganggap itu tanggungjawab kerajaan pusat dan tidak seharusnya menjadi hujah kempen.

ii. BN juga gagal memahami kematangan yang ada pada para pengundi hari ini terutamanya di kalangan pengundi muda. Dengan kebanjiran maklumat melalui internet dan bloggers telah banyak mempengaruhi pemikiran pengundi dalam menilai isu yang diketengahkan semasa kempen. Ini termasuklah komen-komen negatif terhadap pentadbiran di dalam jabatan-jabatan kerajaan. Malah jika di lihat dari saluran-saluran undi di dapati kakitangan kerajaan juga telah menyokong pembakang.

iii. Antara punca besar kekalahan BN adalah kritikan dalaman umno sendiri. Ahli-ahli yang tidak puas hati menjadikan blog-blog mereka sebagai tempat untuk mencurahkan segala kritikan kepada kepimpinan BN terutama UMNO. Ketidakpuashatian ini telah diterjemahkan di dalam peti undi.

iv. Sejak dari awal lagi cakap-cakap sudah kedengaran bahawa calon BN tidak mempunyai hubungan baik dengan pengundi. Sikapnya yang kurang bergaul dan kurang mesra dengan penduduk tempatan menyebabkan beliau gagal untuk menarik sokongan mereka. Walaupun pihak media cuba mempamerkan calon BN sebagai seorang yang mesra rakyat tetapi ini tidak mengubah tanggapan pengundi terhadap beliau.

v. Serangan peribadi oleh BN terhadap pimpinan PR khususnya DSAI jelas telah memualkan pengundi. Sebaliknya BN gagal pula untuk menjawab persoalan-persoalan yang dilontarkan oleh DSAI mengenai rasuah, salah guna kuasa, penipuan dan lain-lain.

BN masih ada harapan ?

Walau bagaimanapun tidak semua yang BN hilang. Saluran undi di kawasan-kawasan bandar yang majoritinya adalah pengundi Cina masih menampakkan kaum Cina kekal memberikan mandat kepada BN. Ini jelas di lihat dengan kemenangan majoriti kepada calon BN sejumlah 457. Pertemuan tertutup Najib dengan persatuan-persatuan Cina semasa kempen mungkin menjadi faktor kaum Cina masih mengundi BN. Namun begitu BN masih jauh dari zon selesa kerana majoriti ini telah berkurang dari jumlah majoriti 1,142 semasa PR ke 12 lepas. Penganalsis politik melihat kekurangan pengundi muda Cina yang berada di luar untuk balik mengundi, kerana mahu menyimpan duit untuk tahun Baru Cina, menjadi punca PR tidak boleh menang di slauran ini. Walaupun begitu tanda-tanda sokongan kepada PR jelas semakin memberangsangkan apabila acara-acara yang di adakan di kawasan Cina ini mendapat sambutan yang mennggalakkan. Ini jelas apabila DAP dalam satu siri ceramahnya berjaya mengutip RM11,000 dan “standing ovation” yang di berikan oleh pengundi Cina kepada Nik Aziz selepas beliau habis memberikan ceramah.

Apa kata pemimpin mereka?

Ustaz Abdul Hadi buat pertama kalinya memuji ketelusan SPR dan berterima kasih terhadap pengendalian pilihanraya yang berjalan lancar. Beliau juga memuji sikap keterbukaan PM di dalam memastikan ketelusan. Mengulas lanjut tentang kemenangan PAS, Ustaz Abd Hadi menyatakan bahawa kemenangan ini menjadi bukti bahawa tiadanya berlaku perpecahan di dalam PR seperti yang didakwa oleh BN. Beliau juga menegaskan bahawa telah berlaku perubahan lanskap politik yang memberikan sinar kepada perubahan yang akan berlaku di negara ini.

Namun seperti biasa BN menyangkal dakwaan ini dan di dalam kenyataannya Dato’ Seri Najib mendakwa: “Kemenangan pembangkang tidak bermakna sokongan kepada pembangkang semakin kuat”. Manakala Tun Dr Mahathir menolak bahawa kekalahan BN kali ini adalah di sebabkan oleh faktor Najib, tetapi sebaliknya menuding jari kepada kelemahan kewibawaan calon BN yang di anggap beliau hanya sebagai proksi kepada PM. Kedua-dua pandangan ini di tolak oleh Tengku Razaleigh dengan mengatakan bahawa UMNO masih tidak berubah. Kalaulah BN tidak mampu untuk menang di kawasan yang majoritinya orang Melayu ini bermakna orang Melayu sendiri telah menolak UMNO. Dengan itu adakah UMNO masih relevan? Jika tidak relevan maka adakah MCA akan terus bersama2 dengan BN ? Inilah persolan yang harus di jawab oleh pimpinan BN terutamanya UMNO.

Masa Hadapan ?

Apakah kenyataan pemimpin-pemimpin ini benar? Inilah yang harus di fikirkan secara serius oleh pimpinan BN dan PR. Perkara yang sama juga di nyatakan oleh pihak pembangkang pada tahun 1999 ketika PAS mengambil alih Terengganu, namun pada tahun 2004 BN kembali memerintah. Walaupun tsunami politik di katakan telah berlaku pada PR ke 12 lepas dan ini di ikuti dengan kemenangan PR pada 2 pilihanraya kecil lepas, namun ia mungkin agak terlalu awal untuk mengatakan perubahan menyeluruh telah berlaku. Pengundi hari ini sudah semakin bijak dan mempunyai banyak maklumat. Mereka bukan lagi mengundi berdasarkan sentimen tetapi siapa yang di lihat lebih adil, telus dan terbuka. Jika PR terus menunjukkan sifat ketelusan dan keadilan mereka terutama kepada orang-orang Melayu, maka besar kemungkinan PR ke 13 depan akan menyaksikan perubahan kerajaan.

Bagi BN, kalaulah ini bukan menjadi signal yang sangat jelas, kita tidak tahu apa lagi yang BN nantikan. Jika tiada perubahan yang berlaku di dalam sistem pentadbiran negara, usaha yang serius terhadap penghapusan rasuah, sistem kehakiman yang telus dan pentadbiran ekonomi yang baik, maka sudah pasti BN akan menuju ke arah pengkebumiaan buat selamanya pada pilihanraya akan datang. BN harus sedar bahawa sekarang bukan lagi seperti tahun-tahun 60an yang mana pemerintah boleh memainkan isu dan mengelirukan pengundi, samada pengundi Melayu maupun Cina.

Apapun, kemenangan ini memberikan suntikan yang baru kepada PR bahawa arus perubahan yang mereka bawa masih berkesan dan di terima rakyat. Bagi Najib, cabaran untuk beliau melakukan perubahan sangat mendesak menjelang Mac depan. Jika dunia menantikan ‘CHANGE’ yang ingin di bawa oleh Obama, kita juga menunggu apakah perubahan yang akan Najib lakukan ? Sama-sama kita tunggu dan lihat.


Aminuddin Yahaya

http://ismaweb.net/v2/Article830.html


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: