Posted by: aminuddin | 10/03/2009

Bajet Rangsangan RM60B

Pengumuman Bajet Rangsangan oleh YAB TPM sangat dialu-alukan oleh rakyat Malaysia. Walaupun para ahli ekonomi menjangkakan jumlah RM60B tidak cukup untuk menangani keseluruhan masalah kemelesetan ekonomi yang melanda dunia hari ini, namun ia sedikit sebanyak memberikan kita harapan bahawa terdapat rancangan untuk mengelak negara dari terjerumus ke dalam inflasi. Paling tidaknya jumlah pekerjaan 163,000 yang dijangka akan di wujudkan memberikan nafas lega kepada pekerja-pekerja yang telah di berhentikan.

Peruntukan Subsidi RM674 juta untuk mengelak kenaikan harga barangan keperluan seperti gula, roti dan tepung dan RM480 juta untuk menampung kenaikan kadar tol memberikan ruang kepada rakyat untuk mula menabung. Namun persoalan yang sering timbul ialah langkah pihak kerajaan yang perlu diambil untuk mengawal kenaikkan harga ini. Dengan pengumuman ini tidak mustahil untuk peniaga mengambil kesempatan menaikkan harga barangan. Oleh itu kerajaan di esa bukan hanya sekadar mengumumkan pakej bantuan tetapi juga menguatkan agensi penguasa untuk memantau mengawal kenaikkan harga barangan asas ini. Dengan keadaan ekonomi yang meleset pihak pengusaha telah mengalami kerugian yang berlipat ganda, maka sudah tentu pengumuman bajet ransangan ini memberikan mereka ruang untuk mengaut keuntungan bagi menampung kerugian lalu.

Beberapa persoalan yang menjadi tanda tanya rakyat yang perlu dijelaskan oleh kerajaan termasuklah :-

1. Ke manakah perginya rangsangan pertama berjumlah RM7B yang telah diumumkan beberapa bulan lepas? Sehingga kini rakyat masih tidak dapat merasakan kesan terhadap tambahan kewangan tersebut. Bagi usahawan, pengumuman yang lepas tidak lebih hanya sekadar retorik semata kerana keadaan perniagaan mereka masih tidak berubah. Agensi-agensi kerajaan masih tidak membayar tuntutan mereka. Adakah perkara yang sama akan berulang lagi bagi bajet ransangan kedua ini?

2. Adakah kerajaan boleh menjamin tidak berlaku lagi ketirisan dalam perlaksanaan nanti? Pandangan umum mengangap bahawa sebanyak manapun jumlah yang di “inject” akan hanya memenafaatkan segolongan pihak bukan rakyat jelata amnya. Kerajaan di gesa untuk lebih telus dalam mengumumkan projek-projek yang akan dilaksanakan dan kesan perlaksanaan strategi tersebut samada berkesan atau tidak. Isu yang dibangkitkan oleh pembangkang mengenai kontrak yang di berikan secara “direct negotiation” masih berlaku walaupun kerajaan telah mengumumkan semua kontrak akan dibuat melalui tender.

3. Pengumuman kemudahan pinjaman untuk pengusaha projek pertanian sejumlah RM300juta memang di alu-alukan.Tetapi yang menjadi kerisauan pengusaha ialah, seperti pengalaman-pengalaman lepas, pihak bank sukar untuk meluluskan pembayaran dengan mengemukakan berbagai syarat. Satu sistem pemantauan perlu diwujudkan bagi memastikan dana ini sampai kepada pengusaha-pengusaha yang memerlukan.

4. Kerajaan perlu mengemukakan perancangan detail termasuklah tarikh untuk di laksanakan. Ini kerana setiap perlaksanaan akan memakan masa untuk memberi kesan. Apa yang di umumkan hari ini akan memakan masa 3-6 bulan untuk ia mengesani. Ini akan memudahkan rakyat untuk membuat perancangan masing-masing bagi menghadapi kemelsetan ekonomi yang di jangka akan lebih teruk dirasai di suku ketiga 2009.

Walau apapun komentar yang diberi, umumnya kita menyokong pengumuman Bajet Rangsangan Kedua ini dan mengharapkan kerajaan akan lebih serius untuk memantau perlaksanaannya dan mengemukakan hasil pencapaian di akhir perlaksanaan.

http://ismaweb.net/v2/Article949.html


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: