Posted by: aminuddin | 23/03/2009

Kerajaan Campuran

Saranan Ustaz Abd Hadi, Presiden PAS, untuk membentuk kerajaan campuran antara BN dan PR baru-baru ini mengundang berbagai reaksi dari ahli politik. Tan Sri Mahyudin menyambut baik cadangan tersebut dan meminta penjelasan yang lebih detail tentang cadangan itu. Manakala Tuan Guru Nik Aziz dari awal-awal lagi menolak cadangan tersebut dengan alasan bahawa pengalaman PAS semasa bergabung dengan UMNO di zaman Tun Razak dan membentuk kerajaan campuran membawa kesan yang sangat negatif kepada PAS.
Bukan saja PAS akhirnya ti “tendang” keluar malah PAS mengahdapi masalah besar untuk meariah kembalai keyakinan ahli parti kepada kepimpinan. Jadi tidak hairan jika Tuan Guri Nik Aziz tidak menampakkan reaksi positif. Bagi pihak DAP, Setiausaha Agungnya, YB Lim Guan Eng pula meminta Ustaz Hadi menjelaskan perkara ini di dalam perbincangan peringkat tertinggi kepimpinan PR. Ini kerana ia akan memberikan impak yang besar kepada gabungan PR dan jika silap langkah ia boleh menghancurkan pakatan tersebut.

Walau bagaimanapun, idea ini sangat menarik kerana ia bukan saja menampakkan keterbukaan parti PAS untuk menerima perubahan malah ia boleh memecahkan kebuntuan suasana politik sekarang ini terutama untuk politik orang-orang Melayu yang di anggap oleh Tun Mahathir berada di saat yang sangat kritikal. Dengan pengalaman yang telah di lalui sebelum ini, bukan mudah untuk pimpinan PAS mengeluarkan kenyataan yang sebegitu rupa terhadap parti yang dianggap mereka selama ini tidak islamik. Apatah lagi untuk mereka berdepan dengan rakan-rakan di dalam PR, PKR dan DAP, yang melabelkan UMNO sebagai parti yang telah korup dan menuju zaman kehancuran. Namun bak kata pepatah, di dalam politik tidak ada yang mustahil, lawan hari ini boleh menjadi kawan di hari esok dan begitulah sebaliknya. Mungkin juga pimpinan PAS mengambil iktibar dari negara jiran, Indonesia, apabila Pak Habibi telah berjaya membentuk kerajaan campuran setelah kejatuhan Suharto. Kerajaan campuran ini telah berjaya membuka ruang demokrasi yang lebih luas di mana kini semua pihak boleh mengemukakan pandangan dan teguran kepada pimpinan negara tanpa ada rasa takut. Sebaran media tumbuh bagaikan cendawan dalam memberikan maklumat kepada rakyat. Belengu takut kepada pihak berkuasa sudah berlalu.

Kita menyokong penuh terhadap saranan ini kerana kita melihat ia menjangkaui polilimik politik yang sempit yang hanya mementingkan kedudukan dan kuasa semata dari kepentingan rakyat. Kalau kita lihat, semenjak 8 Mac 2008 yang lalu hingga kehari ini isu politik dan perebutan kuasa sentiasa menjadi tajuk utama di dada-dada akhbar. Manakala kesengasaraan rakyat jelata yang menghadapi krisis ekonomi yang meleset dengan kehilangan pekerjaan tidak sangat di ambil perhatian. Yang menyedihkan lagi ia nasib orang Melayu semakin tertekan. Yang berebut orang Melayu dan yang rugipun orang Melayu. Dan yang lebih membimbangkan lagi ialah apabila agama islam pula mula mahu di kompromikan oleh pihak-pihak tertentu. Rakyat sangat mengharapkan kedua-dua belah pihak bersedia untuk ”Give & Take” dan benar-benar ikhlas bagi nak mencapai kata sepakat. Kita sedar ia bukan satu yang mudah kerana terlalu banyak yang harus di ambil kira. Namun dengan peralihan kuasa pimpinan negara kepada YAB Dato’ Seri Najib Tun Razak, rakyat mengharapakan beliau berani membuat perubahan besar ini demi untuk rakyat. Dalam kenyataan beliau sendiri, semasa di temubual oleh pihak media, beliau menjelaskan bahawa beliau perlu membuat perubahan untuk mendapatkan kembali keyakinan rakyat.

Kita menyokong penuh cadangan pihak PAS ini demi untuk kemaslahatan rakyat. Namun di sana kita menyarankan beberapa landasan yang di rasakan perlu untuk memastikan kerjasama yang adil untuk semua pihak :-

1. ISLAM selaku agama resmi mesti di terima oleh semua pihak tanpa persoalan. Apabila kita kata sebagai agama resmi ia membawa erti bahawa semua pihak mesti menerima prinsip-prinsip islam yang jelas dan nyata, terutama tentang isu kenegaraan, perundangan dan prinsip keadilan beragama. Projek penerapan nilai-nilai murni islam harus menjadi agenda utama kerajaan campuran untuk mengislah masyarakat. Penjelasan yang terperinci harus di berikan kepada yang bukan islam terhadap keharmonian agama ini.

2. Satu ”Syura” di peringkat tertinggi yang di anggotai oleh orang-orang yang beragama islam perlu di bentuk bagi memutuskan perkara-perkara polisi yang menyentuh soal keagamaan. Ini untuk memastikan kedudukan islam sentiasa kekal sebagai agama resmi dan penghayatan oleh rakyat negara ini. Polisi perlaksanaan aspek pentadbiran pula di bincang di dalam ”syura” eksekutif yang di anggotai oleh semua kaum dari pelbagai agama.

3. Pemilihan kepimpinan di dalam kerajaan harus berdasarkan kepada kemampuan individu dari semua parti namun keutamaan harus di beri kepada etnik yang mewakili komposisi terbesar rakyat ie orang Melayu. Dalam amalan demokrasi di mana-mana negara, kuasa memerintah terletak kepada kuasa majoriti. Memandangkan Bumiputera, khususnya orang Melayu yang di jangka merangkumi 70% dari jumlah penduduk negara menjelang 2020, maka adalah natural kepimpinan harus di terajui oleh mereka.

4. Dasar Ekonomi Baru harus di lihat semula dengan mengambilkira semua etnik tanpa berlaku peminggiran mana-mana pihak. Perlaksnaan dasar DEB harus di pantau dan lapuran terperinci dari segi pencapaian dari masa ke semasa harus di kemukakan kepada rakyat.

http://ismaweb.net/v2/Article959.html


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: