Posted by: aminuddin | 23/03/2009

PPSMI – Inilah Mesej ISMA….

Kalau saya masih ingat, punca utama kenapa sistem PPSMI ini di laksanakan adalah ingin menanamkan elemen bahasa inggeris dikalangan para pelajar. Kelemahan bangsa Melayu terhadap penguasaan bahasa inggeris menjadi kebimbangan sesetengah pihak, dalam negara ingin bersaing di peringkat antarabangsa. PPSMI
Dengan sistem komunikasi yang dikuasai barat yang menggunakan bahasa inggeris sebagai bahasa utama, sudah tentu penguasaan bahasa inggeris akan di lihat memberikan kelebihan kepada rakyat Malaysia. Akhirnya rakyat Malaysia di harap bukan saja akan mampu bersaing di peringkat antarabangsa malah akan di lihat tinggi oleh pihak barat. Mungkin kenyataan ini ada kebenarannya….???

Namun beberapa hari lepas saya ada mendengar temuramah di sebuah radio tempatan dengan Tun Mahathir di mana beliau telah memberikan satu pandangan yang amat menarik dan berlainan dengan apa yang telah beliau lakukan selama ini. Apabila di tanya tentang bangsa Melayu, Tun menyatakan bahawa satu cara untuk meningkatkan martabat orang-orang Melayu ialah dengan MEMBENTUK SYAKSIAH yang mulia di dalam diri mereka. Bukan lagi dengan membina kekuatan ekonomi atau pembangunan teknologi. Ini bermaksud segala elemen-elemen yang negatif seperti rasuah, lemah, malas, dengki dan lain-lain harus di benteras dan di beri keutamaan, bukan aspek-aspek lain seperti ekonomi, teknologi maklumat dll. Dengan itu orang Melayu akan di hormati dan di pandang tinggi oleh bangsa asing walaupun bilangan kita kecil. Selagi elemen syaksiah ini tidak benar-benar di rubah maka orang Melayu akan terus di pandang hina dan di anggap boleh di main-mainkan.

Saya katakan pandangan Tun ini menarik kerana selama ini kita tahu bagaimana Tun telah berusaha bersunggu-sungguh selama 22 tahun untuk menaikkan ekonomi orang Melayu. Tun, semasa itu, beranggapan bahawa dengan kemajuan ekonomi ia akan dapat melonjakkkan bengasa Melyau di mata dunia. Projek pembentukan syaksiah di berikan penekanan yang sangat sedikit malah hampir “negligible”. Namun usaha ini jelas menampakkan kegagalan. Kalau di teliti komen-komen para penganalisis ekonomi negara, keengganan para pelabur asing datang ke Malaysia antara puncanya ialah kerana mereka tidak yakin dengan ketelusan dipihak kerajaan di dalam mengendalikan projek-projek mega. Ini kerana adanya sikap mengambil komisen dan capurtangan politik di dalam memberikan projek kepada syarikat-syrikat yang tidak layak yang mengecewakan mereka. Secara ringkasnya, intergriti kerajaan tidak di yakini.

Krisis akhlak ini juga di lihat oleh dunia sudah menular di dalam sebuah parti utama negara ie UMNO. Gejala mencari kekayaan dan mengenepikan isu-isu moral begitu ketara berlaku di dalam UMNO. Menjelang pemilihan UMNO pada hujung bulan ini sudah riuh rendah berita tentang bagaimana calon-calon yang terlibat telah di siasat dengan isu politik wang. Sudah pasti ini sangat mengecewakan Tun dan tidak salah jika ini juga merupakan punca perubahan pemikiran ini Tun dalam melihat isu pembangunan bangsa Melayu. Agenda Melayu yang di perjuangkan oleh UMNO sudah lama mati tetapi sebaliknya setiap ahli kini hanya memperkatakan tentang habuan yang mereka akan dapat jika mereka memegang kekuasaan. Kenaikkan jawatan seseorang ahli UMNO bukan lagi atas asas kewibawaan beliau tetpai sebaliknya sebanyak mana beliau mampu menghulurkan wang.

Pandangan Tun ini juga membayangkan, secara tidak langsung, Tun mengaku bahawa penguasaan bahasa inggeris bukan lagimenjadi penentu utama bangsa Melayu di hormati oleh bangsa asing. Sebaliknya kemantapan syaksiah lah yang akan melonjakkan bangsa Melayu. Jika syaksiah ini benar-benar dapat di bentuk ia akan memberikan imej yang menonjol kepada dunia. Dunia akan memandang bahawa orang Melayu merupakan satu kaum yang sangat disiplin, amanah dan berintergirti.

Tun juga pernah berkata pada tahun 1997, iaitu ketika Malaysia menghadapi kemelesetan ekonomi dan kejatuhan matawang, bahawa “jika kita tidak mampu untuk bermain dengan barat maka kita jangan masuk permainan mereka”. Maka Tun telah laksanakan “pegging” kadar pertukaran wang ringgit. Akhirnya pendekatan ini telah di akui oleh barat sebagai satu pendekatan terbaik dalam menangani krisis matawang hingga menjadikan Malaysia satu-satunya negara yang tidak bergantung kepada Tabung Wang Antarabangsa (IMF).

Menggunakan pendekatan yang sama, pihak kerajaan harus melihat pembentukan syaksiah sebagai agenda yang mesti di berikan keutamaan untuk menghadapi cabaran masa hadapan. Orang Melayu tidak harus bersaing dengan pendekatan ekonomi dan teknologi kerana ia sangat sukar untuk bersaing dengan pihak barat kerana mereka sudah berpuluh tahun kehadapan. Tetapi sebaliknyakerajaan harus mengutamakan penerapan secara efektif nilai-nilai murni seperti disiplin, amanah, rajin, berdikari di kalangan orang-orang Melayu hatta di peringkat sekolah lagi. Semua ini sebenarnya terkandung di dalam ajaran islam. Pihak kerajaan mesti memberikan penilaian semula keberkesanan perlaksanaannya sistem pembelajaran agama di sekolah-sekolah supaya generasi yang lahir nanti mampu menghayati nilai-nilai murni ini. Kita kena ingat sejarah kejatuhan Khalifah Otmaniah bukanlah kerana umat islam lemah dari segi ekonomi atau teknologi tetapi apabila umat islam sudah tidak lagi berpegang kepada nilai murni ini.

ISMA yakin kebangkitan bangsa Melayu akan hanya tercapai apabila perubahan syaksiah ini berjaya di lakukan hingga negara dapat melahirkan pentadbir dan ahli politik negara yang bersyaksiah mulia. Sebenarnya, inilah mesej ISMA…..

http://ismaweb.net/v2/Article961.html


Responses

  1. aku rela buang keseluruhan kemelayuanku dari membuang walau satu juzuk islamku

  2. Sy kagum dgn tun yg membw bgsa agama n ngra ke mata dunia. Syg, mlyu mudh lupa. Kseronokn memegang hrta mgikis sifat2 murni melayu n melunturkn pgangan islami mrk, n krn mlyu plg rmai dlm umno, mka klhtan mlyu umno bgtu skali korupnya. Bersih cekap dan amanah, kta tun m, msa itu, sy knak2 skolah lg. Kmbli ke pgkal jaln smua mlyu dan org islam. Jgn ambil n beri rasuah. ambil projek, Ukurkn bju dibdan sdri. Brharta, memberilah..jgn smp tgn kiri tau. Berkuasa, bantulah.. Hulurkn joran, umpan. Tak berada, brusaha n berdoa lah.. Bkn cuma tadah tangan..
    (Maaf ya jika ada trlbh trkurg budi bhsa, bicara atau buah fkrn)


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: