Posted by: aminuddin | 23/03/2009

Umno : Sistem atau Ahli ?

Isu yang hangat terpampang di dada-dada akhbar dan kaca televisyen ketika ini tidak lain tidak bukan ialah isu pemilihan UMNO. Atau lebih tepat lagi isu politik wang dan kegagalan seorang calon untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden.
Bermacam-macam pandangan telah di beri dari pelbagai pihak samada ahli politik, penganalisa politit, para penyokong maupun orang kebanyakan. Ada yang meneyokong keputusan Lembaga Disiplin UMNO, ada yang tak boleh menerima dan ada juga yang berkecuali. Alakulihal ia menampakkan keceramukan kepada sebuah parti yang di anggap sebagai terbesar dan terkuat di negara ini bagi orang-orang Melayu. Ini memberikan imej yang sangat buruk kepada UMNO yang mana jika ia tidak segera di selesaikan maka tidak mustahil parti ini akan tinggal nama saja di satu hari nanti kerana rakyat sudah tidak ada keyakinan lagi kepada ketelusan parti berkenaan. Pihak wartawan dan penyiaran TV pula mengambil kesempatan ini sebaik mungkin bagi melariskan siaran atau rancangan mereka.

Apa yang berlaku kepada UMNO adalah sangat aneh di mana instutusi (Lembaga Disiplin) yang di ujudkan sendiri oleh mereka, kini mereka pula mempersoalkan intergriti institusi berkenaan. Ini semua berlaku apabila keputusan yang di buat di lihat tidak menyebelahi mereka. Ini menimbulkan seribu satu macam persoalan di dalam kepala rakyat. Adakah berlaku pilih kasih ? Adakah ahli Lembaga Disiplin tak wibawa ? Kenapa sekarang ? Kenapa itu..? Kenapa ini..? Dan bermacam-macam lagi.

Dalam satu rancangan diskusi politik di kaca TV malam tadi satu persoalan yang di timbulkan ialah; adakah sistem pemilihan UMNO itu harus di perbaiki atau ahli sendiri yang mesti berubah? Jawapan yang di berikan oleh panel kurang meyakinkan rakyat. Sebenarnya, pada pandangan saya, kedua-dua perkara itu penting tetapi persoalannya yang mana dulu. Sistem atau manusia?

Kalau kita lihat pendekatan R saw, kita akan dapati pengislahan itu berlaku pada diri manusia terlebih dahulu. Konsep-konsep Rabbaniyah itu di tanamkan terlebih dahulu didalam dada-dada para sahabat hingga mereka merasakan kehidupan mereka sentiasa di perhatikan oleh yang Maha Agung. Ini menjadi satu monitoring sistem yang sangat berkesan sehingga tidak ada para sahabat sanggup melakukan kemungkaran samada secara nyata maupun tersembunyi. Pemilihan kepimpinan di lihat berjalan dengan lancar walaupun terdapat sedikit perbezaan pendapat tetapi ia masih tetap boleh di kawal. Kita kena ingat, tanpa menidakkan kepentingan sistem, yang melaksanakan dan yang nak mematuhi sistem itu adalah manusia. Jadi manusialah yang harus di ubah minda dan hati nurani mereka.

Oleh itu pendekatan yang sama jugalah harus di ambil oleh mana-mana organisasi samada politik, NGO, badan kerajaan hatta swasta. Ini terbukti dengan apa yang berlaku di Amerika, yang di anggap guru dalam bidang pentadbiran, ekonomi, kewangan dan teknologi, kini semuanya ranap akibat perbuatan manusia sendiri. Amerika tidak seharusnya menjadi idola dunia lagi. Dalam satu laporan yang di keluarkan oleh sebuah majalah, perbankkan islam kini sedang pesat membangun di kota London dan New York. Ini kerana perbankan islam bersaskan realiti sebenar bukan hanya atas asas andaian. Yang anehnya di Amerika, majoriti pengguna sistem perbankan islam ini ialah orang-oran Yahudi dan Kristian !!!

Persoalannya; bersediakah orang-orang UMNO untuk berubah???

http://ismaweb.net/v2/Article960.html


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: