Posted by: aminuddin | 30/03/2009

Kalimah Keramat 2008

Tahun 2008 menyaksikan satu kalimah keramat yang membuatkan dunia amnya dan negara khususnya terpaku melihat pertukaran landskap politik di dunia dan negara. Perkataan ini telah membuatkan Barack Obama mencipta sejarah menjadi orang keturunan Afrika pertama menjadi Presiden Amerika Syarikat. Perkataan ini juga telah meletakkan Dato’ Seri Anwar Ibrahim kembali berada di landskap politik utama negara. Dan kalimah ini jugalah yang dilaung-laungkan oleh perwakilan didalam perhimpunan agung UMNO baru-baru ini. Perkataan itu ialah PERUBAHAN. Ya, perkataan ini telah berjaya meyakinkan rakyat negara untuk menerima kepimpinan parti pembangkang di lima (sekarang tinggal 4) negeri. Tidak pernah terjadi dalam sejarah politik negara dimana pembangkang mampu menewaskan BN dengan begitu meyakinkan semenjak tahun 1969. Dengan perkembangan teknologi dan sistem maklumat, rakyat kini tidak lagi boleh menerima politik satu hala ie hanya menerima maklumat. Tetapi generasi muda kini memerlukan perbincangan dua hala, ketelusan dan sifat keterbukaan. Istilah Demokrasi terpimpin yang membenarkan perbincangan dalam ruang lingkup terhad mungkin tidak lagi sesuai dengan era globalisasi kini.

Mendengar perbincangan-perbincangan politik sepanjang perhimpunan agung UMNO kita dapat merasakan ahli-ahli UMNO masih tercari-cari pengertian perubahan. Ada yang ingin merubah perlembagaan, ada yang ingin mengubah proses pemilihan, ada yang ingin mengubah pendekatan pada rakyat, ada yang ingin mengubah syahsiah, ada ingin mengubah skop kepimpinan dari Melayu kepada rakyat, ada yang meminta generasi muda diberikan lebih peranan dan lain-lain. Walaupun desakan perubahan itu bertiup kencang namun kita dapati elemen-elemen lama masih kuat mencengkam perwakilan UMNO. Apa tidaknya pembangkang masih dijadikan sasaran untuk melepas geram, liputan media tidak di benarkan seperti sebelumnya, kepimpinan yang dilantik di cop sebagai rasuah, akhbar pembangkang disekat. Jelas, UMNO agak terdesak untuk mencari formula perubahan yang dapat meyakinkan rakyat.

Kenyataan seorang pemimpin bahawa “apa guna jawatan dalam parti jika kita tidak memerintah” agak mengelirukan kita. Adakah ini bermakna jika kita bukan memimpin kerajaan maka isu perjuangan untuk rakyat (khususnya Melayu) tidak akan ada lagi? Kita bimbang kenyataan ini akan membawa satu sikap yang sangat negatif di mana sesebuah parti itu akan melakukan apa saja untuk memegang kekuasaan walaupun terpaksa menggadaikan prinsip perjuangan.

Inilah yang UMNO, selaku parti pemerintah dewasa ini, harus muhasabah secara serius. Pak Lah cuba membawa “sedikit” perubahan dengan membuka ruang ahli untuk bercakap. Akhirnya kita lihat beliau sendiri telah diminta berundur secara terbuka dan BN tewas dengan teruk dalam pihanraya ke 12 lepas. Inilah kenyataan sebenar yang menakutkan UMNO dan untuk itu kita jangkakan UMNO kembali “tertutup” dan akan lebih tegas dalam menangani kekuatan pembangkang. Jika ini benar maka ia amat malang kepada rakyat Malaysia yang sudah mula menampakkan kematangan dalam politik. Tidak mustahil jika ini berlaku, ahli UMNO sendiri akan mengakhiri hayatnya pada pilihanraya ke 13 nanti. UMNO perlu membuat “soul searching” untuk kekal relevan dalam arena politik negara.

Nah, di atas noktah yang sama kita juga harus memikirkan apakah gerakan Islam hari ini harus melakukan perubahan untuk menarik lebih ramai penglibatan masyarakat? Bagi saya, lontaran bahan-bahan fikrah bukan lagi menjadi isu utama kerana semuanya boleh didapati di layar-layar internet, bahan-bahan cetak, ceramah-ceramah dan lain-lain. Tetapi sebaliknya KAEDAH penyampaian yang harus ditekankan. Dari kajian yang dibuat oleh Pejabat Pendidikan sebuah daerah didapati pelajar-pelajar pintar amat sukar untuk membaca subjek-subjek yang melibatkan hafalan seperti sejarah dan geografi. Pihak guru telah mengesahkan dapatan tersebut yang menghadapi tekanan untuk meyakinkan pelajar menghafal fakta-fakta yang terkandung dalam subjek tersebut. Sebaliknya jika subjek matematik dan sains, mereka sangat senang untuk mengajarnya. Apatah lagi sifat orang Melayu yang memang di ketahui umum malas membaca. Ini realiti semasa.

Jadi dengan itu gerakan dakwah harus melakukan PERUBAHAN terhadap teknik penyampaian bahan-bahan fikrah untuk menarik minat lebih ramai belia di masa akan datang. Pendekatan dari muka surat ke muka surat mungkin sesuai kepada sebahagian kecil masyarakat saja namun majoriti tidak bersedia menerima bacaan buku-buku yang berjilid-jilid.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: