Posted by: aminuddin | 04/06/2009

Balik Kampung

Sudah menjadi satu tradisi bagi pelajar-pelajar IPT untuk balik kampong apabila saja ada cuti samaada cuti panjang maupun cuti pendek. Ianya sudah menjadi budaya yang begitu menebal kepada pelajar sehinggakan masing-masing sentiasa berlumba untuk balik kampong apabila saja cuti menjelang. Di sesetengah tempat yang melibatkan ramai pelajar-pelajar IPT maka kepulangan mereka ini ke kampong masing2 bermakna tertangguhlah semua program2 yang ada. Ramailah daie-daei yang “bergembira” kerana dapat berihat. Saya tidak pasti berapa kali IPT di Malaysia ini cuti. Mungkin kalau di kira boleh menjangkau kepada 3 bulan setahun.

Dari satu aspek memang tidak salah untuk balik kampong kerana boleh tolong ibu dan ayah terutama kalau kedua orang tua kita bukanlah orang yang berada. Sudah tentu kehadiran anak2 di sisi akan meringankan beban kerja di rumah. Paling tidak, sebagai seorang bapa atau emak, melihat anak2 sajapun sudah cukup melegakan perasaan.


Namun jika di tinjau dari aspek penimbaan ilmu dan jati diri maka senario balik kampong ini perlu di nilai semula sejauh mana keperluannya. Saya tidak boleh bayangkan apa yang pelajar buat di kampong jika cuti sampai sebulan ? Betulkah mereka ini bekerja dan menolong keluarga ataupun hanya banyak makan dan tidur sahaja. Bagi yang benar2 menolong kedua ibubapa mereka saya ucapkan tahniah tetapi bagi yang banyak duduk diam di rumah dan menonton TV maka ini sudah tentu projek yang sangat nerugikan diri dan agama.

Bagi saya alam pelajar ini adalah zaman keemasan yang mana tidak ada tanggungan yang perlu di biayai, masa rehat banyak, kawan-kawan ramai, sesetengahnya dapat kemudahan kenderaan dan handphone dari keluarga. Inilah zaman yang seharusnya pelajar kita menimba ilmu sebanyak mungkin, samaada ilmu teknikal maupun ilmu agama, sebagai bekalan apabila menempuh alam pekerjaan yang serba mencabar nanti. Biasiswa yang di perolehi tidak seharusnya habis dengan membeli kad prepaid ataupun di belanja begitu saja.

Sebenarnya terlalu banyak perkara yang boleh di lakukan oleh pelajar semasa cuti ini, antaranya yang saya ingin cadangkan ialah supaya pelajar2 semua mengumpul duit dari biasiswa ynag di perolehi dan kemudian apabila cuti tiba, pergilah mengembara dengan kawan-kawan di universiti. Bagi yang tidak berapa banyak duit boleh mengembara di dalam negeri tetapi bagi yang ada lebihan yang agak banyak boleh mengembara ke luar negara seperti Singapura, Brunei, Filipina, Indonesia dan Thailand.Tambang kapalterbang sekarang ni dah murah dengan adanya Air Asia. Berjumpalah dengan teman-teman pendakwah di negeri atau negara-negara berkenaan dan berbincanglah dengan mereka tentang pengalaman yang mereka lalui. Saya amat yakin ini akan dapat mengembangkan idea pelajar semua dan menaikkan semangat untuk terus berdakwah di universiti masing-masing.

Jadilah kita seorang pengembara (As sa ihuun) dan lupakan ”Balik Kampong” seketika. Bak kata pepatah ”Jauh berjalan luas pemandangan banyak pengalaman”. Saya yakin pelajar semua akan menjadi manusia yang berbeza.


Responses

  1. setuju sangat dgn cadangan ni.

    kena jadikan kempen ni.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: