Posted by: aminuddin | 04/06/2009

Politik Desperado

Melihat perkembangan politik yang berlaku di negara semenjak akhir-akhir ini memberikan gambaran bagaimana di dalam keadaan terdesak maka kedua-dua belah pihak samada pemerintah atau pembangkang boleh melakukan apa saja demi untuk mencapai kekuasaan. Tindakan-tindakan yang tidak berhati-hati boleh mengakibatkan kedudukan keistimewaan Bumiputera (orang Melayu terutamanya) boleh terhakis jika tidak di kawal. Yang membimbangkan kita bukan isu Melayu atau bukan Melayu tetapi yang lebih merisaukan ialah kemartabatan islam sebagai agama resmi negara boleh tergugat. Inilah point perbincangan.

Dari sudut pembangkang, isu kesamarataan antara semua kaum menjadi agenda kempen mereka di pilihanraya lepas dan mana-mana pilihanraya kecil yang telah di adakan. Konsep mereka; semua kaum haruslah di layan serupa tanpa membezakan kaum Melayu dengan bangsa lain. Pendekatan ini nampaknya sangat memberi kesan kepada pengundi terutama bukan Melayu sehingga mereka mampu menguasai 5 negeri (sekarang tinggal 4). Laungan kesamarataan ini semakin hari semakin kuat apatah lagi apabila kedudukan penting di dalam kerajaan di bawah jajahan mereka di pegang oleh bukan Melayu. Ideologi Malaysian Malaysia, agama semua sama (tiada keistimewaan kepada islam), bangsa semua serupa, kini semakin kuat di dengar dan ianya berlaku berterusan. Malangnya pihak pembangkang, ie. yang terdiri dari orang-orang islam, yang begitu desperate untuk mencapai kuasa pemerintahan negara pada pilihanraya ke 13 nanti di lihat agak “sejuk” apabila isu-isu ini di mainkan. Menyedari kemungkinan dominasi BN boleh di tumbangkan pada pilihanraya akan datang, mereka di lihat sangat bersungguh-sungguh untuk “megambil hati” pengundi bukan Melayu hingga membiarkan isu agama di mainkan. Mungkin juga kerana mereka terikat dengan perjanjian (pact) di dalam PR.

Di sudut pemerintah pula mereka juga tidak kurang desperatenya. Slogan 1Malaysia yang di utarakan oleh YAB PM di lihat sebagai saingan terhadap pembangkang. Kenyataan YAB PM yang mengatakan “tidak ada rakyat kelas ke 2” di dalam negara, “akan mendegar suara semua rakyat”, “rakyat di utamakan” dan lain-lain, juga di anggap strategi untuk mengambil hati pengundi bukan Melayu. Penghakisan sokongan di kalangan bukan Melayu terhadap parti pemerintah mengundang kerisauan yang amat sangat kepada mereka. Beberapa pilihanraya kecil yang diadakan membuktikan bahawa pengundi bukan Melayu tidak menyokong BN. Oleh kerana pengundi Melayu di anggap begitu sukar untuk berubah maka pengundi bukan Melayulah yang menjadi sasaran mereka. Kes yang berlaku di Perak adalah merupakan malapetaka yang menimpa BN yang ramai menyatakan jika berlaku pembubaran DUN maka amat mudah untuk PR mengalahkan BN. Umum mengetahui bahawa ADUN pembangkang di Perak di kuasai majoritinya oleh bukan Melayu dan ini sudah pasti akan menambahkan lagi kemarahan mereka terhadap BN. BN sangat terdesak (desperate).

Melihat kedua-dua senario ini, kita boleh membayangkan bagaimana kedua-dua pihak akan bertungkus lumus, di dalam keadaan desperate, untuk memenangi hati pengundi bukan Melayu. Walaupun mereka bukan golongan majoriti tetapi di sebabkan bangsa Melayu sendiri tidak bersatu maka penentu kemenangan adalah terletak kepada pengundi bukan Melayu. Akan banyak “kelonggaran-kelonggaran” akan di berikan kepada bukan Melayu hatta dalam masalah agama. Kejadian kes Redzuan Abdullah VS Indira Ghandi menampakkan bagaimana pihak kerajaan gagal menangani sehingga kedua-dua pihak mengalami stalemate. Keputusan mahkamah syarei tidak lagi di ambil kira sebaliknya keputusan mahkamah sivil yang di gemba-gemburkan atas desakan orang bukan Melayu. Kalau biasanya orang UMNO yang mengetuai mana-mana komiti di dalam BN tetapi kali ini YAB PM telah melantik Timb Presiden MCA sebagai ketua koorrdinasi BN. Politik ini saya istilahkan “Politik Desperado”.


Responses

  1. Itu adalah model politik dunia ,yang akan melakukan apa saja untuk berjaya,samada duit ,rasuah menipu dsb….Namun politik Islam ada nilai moralnya yang terpelihara,dan dipelihara oleh pewarisnya yang jujur


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: