Posted by: aminuddin | 02/07/2009

Suara Dari Gunung 2

Berhampiran dengan gunung tempat tinggal ku ada beberapa sarang burung helang. Melihat burung helang ini terbang memang mengasyikkan dengan ketinggian dan kemegahan yang di pamerkan. Tidak hairan kalau burung-burung yang lain merasa takut dengan si helang yang gagah ini.  Bercakap tentang helang, aku teringat satu kisah yang di ceritakan oleh guruku tentang bagaimana seekor helang perlu membuat keputusan penting dalam hidupnya untuk terus kekal relevan.

Menurut kajian sains, seekor helang mempunyai usia yang sangat panjang hingga ada mencecah usia 70 tahun lebih. Apa yang berlaku ialah apabila mencecah usia selanjut itu seekor helang tidak lagi mempunyai paroh dan kuku yang kuat untuk menangkap mangsa. Dalam banyak hal ia selalu akan gagal menangkap mangsa untuk mendapat makanan. Ia juga akan sentiasa kalah dalam menghadapi saingan dengan helang-helang muda yang lain. Oleh itu demi untuk memastikan ia terus relevan dan dapat hidup bersaing si helang tua ini akan pergi ke sebuah bukit batu dan mula mematuk dan mencakar batu di bukit tersebut. Ini menyebabkan paroh dan kukunya berdarah dan patah dan mengakibatkan kesakitan yang sangat kepadanya. Namun selepas beberapa ketika paroh dan kuku baru yang kuat dan tajam akan tumbuh kembali dan membolehkan si helang terus mencengkam mangsanya dan mampu untuk bersaing dengan helang muda.

Nah, itulah pengorbanan helang untuk memastikan ia terus relevan di dalam komunitinya. Dalam menghadapi era globalisasi, liberalisasi dan perkembangan teknologi sudah tentu memerlukan banyak perubahan yang harus kita lakukan untuk terus relevan di dalam masyarakat. Kegagalan kita untuk menerima perubahan akan menyebabkan kita bukan saja tak relevan dengan masyarakat sekeliling malah mungkin akan di anggap beban. Mungkin perubahan ini akan menyebabkan kita tercalar di sana-sini tetapi itulah tuntutannya seperti seekor helang tadi. Contoh yang sangat senang ialah sikap suka membaca. Dalam zaman limpahan maklumat dewasa ini amat janggal untuk kita berbicara dengan masyarakat jika sekirannya kita tidak mengetahui maklumat.

Cuba kita tanya, berapa ramai antara kita yang tahu tentang perlembagaan Malaysia? Sejarah negara? Mat Rempit? Sistem Pelajaran? Dll. Jika ini kita tidak ketahui maka sembangan kita dengan masyarakat akan jadi tempang apatah lagi untuk “lead” mereka. Jadilah kita seperti seekor helang yang mendiami di gunung tempat aku tinggal.


Responses

  1. analogi yang penuh hikmah!!..

  2. ada orang tahu mendalam isu hanya untuk dipandang hebat
    ada orang memang ingin tahu kerana,kegunaan sendiri dan untuk meyampaikan.Anda dipihak mana?


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: