Posted by: aminuddin | 03/07/2009

Bekerja : Antara Perjuangan atau Mencari Makan

Melihat rakan-rakan muda yang bekerja samaada di pejabat kerajaan maupun di pejabat swasta, saya dapat merasakan betapa terdapat silap faham dalam melihat pekerjaan. Secara umumnya mereka menganggap bekerja tidak lebih dari sekadar mencari wang ringgit untuk menampung kehidupan. Bekerja juga di anggap menghalang mereka dari melakukan kerja-kerja dakwah yang banyak di luar sana. Keutamaan berdakwah di luar sentiasa di lihat melebihi dari pekerjaan di tempat kerja masing-masing. Sering kedengaran daie-daie muda ini mengeluh kepenatan kerja sehingga tidak ada masa unuk menumpukan kepada kerja-kerja lain. Secara ringkasnya mereka ini tidak ada satu matlamat yang jelas, kenapa mereka bangun pagi-pagi, naik kereta dan menuju ke tempat pekerjaan.  Tak kurang juga daie yang menegur anak buah kerana tak berapa “commit” dengan program-program dakwah kerana sibuk dengan pekerjaan. Alangkah silapnya kefahaman ini dan betapa rugi nya dakwah dalam jangkamasa yang panjang !

Kefahaman yang mengatakan bekerja hanya menghabiskan masa, menghalang kerja-kerja dakwah, bukan yang utama, hanya sekadar mencari makan dan lain-lain tanggapan negatif, perlu di ubah. Saya bimbang jika kefahaman ini terus di anuti maka akan lahir daie-daei yang hanya mampu menunjukkan prestasi yang mediocre di tempat masing-masing. Akhirnya dia bukan saja tidak di senangi oleh majikan malah akhirnya tidak mampu menguasai bidang yang di lakukan. Ini kerana dalam dunia yang penuh kompetitif ini hanya mereka yang menunjukkan komitmen kerja yang tinggi akan mampu menguasai bidang yang di ceburi dan mendapat kedudukan yang baik dalam organisasi syarikat mereka.

Sekali pandang mungkin ada yang mengatakan kenyataan saya ini keterlaluan dan salah kerana terlalu materialistik tanpa memahami kehendak dakwah. Tetapi jika di lihat selapis lagi maka kita akan sedar bahawa dalam jangka panjang jika kefahaman ini tidak di baiki ia akan menyukarkan daei utnuk bergerak. Kalau kita lihat di sekelililng maka kita akan mendapati bahawa hampir kesemua jawatan-jawatan penting  di kebanyakkan syarikat/institusi di kuasai oleh orang lain buka daei. Kenapa ini berlaku ? Adakah kerana mereka lebih cerdik atau lebih berkemampuan dari daie-daei muda ini ? Tidak sama sekali tetapi sebaliknya mereka menunjukkan komitmen kerja yang tinggi sehingga mereka di beri keyakinan oleh majikan untuk memegang jawatan-jawtan penting syarikat. Dan sudah tentu apabila mereka menguasai maka mereka akan membawa budaya yang tidak islamik. Siapa yang harus di persalahkan ? Akhirnya daei akan sentiasa menjadi orang suruhan dan merintih kerana di kongkong oleh budaya kerja syarikat. Yang lebih merugikan lagi ialah apabila ada peluang-peluang perniagaan maka ia akan di sapu oleh orang lain. Akhirnya mereka juga yang menjadi kaya raya sedangkan daie yang sibuk dengan dakwah hanya menjadi peminta sedekah kepada mereka. Mana maruah daie ???

Daie-daei muda harus mengikis fahaman ini tetapi sebaliknya menganggap bekerja adalah merupakan satu perjuanagn di mana mereka harus menimba sebanyak mungkin pengalaman dan pendedahan supaya 10 tahun akan datang dia akan menjadi seorang pakar dan menjadi rujukan orang sekelililng. Tidak mengapa jika terpaksa bekerja lebih masa dan tak dapat komit dengan sebahgian program kerana beliau mempunyai misi yang besar untuk masa depan dakwah. Dengan itu dia bukan saja di senangi oleh majikan malah akan dapat memegang jawatan-jawatan strategik dalam syarikat bagi menjalankan gerakan dakwah yang lebih tersusun kerana dia telah menguasai pentadbiran syarikat tersebut. Jika beliau mampu mendapat peluang-peluang perniagaan maka sudah tentu ia lebih baik  kerana ini akan dapat banyak membantu kewangan gerakan dakwah.


Responses

  1. […] Yahaya Setiausaha Agung Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) dipetik daripada laman web beliau, Suara Dari Gunung. […]

  2. Sabda Rasulullah s.a.w : ” Inna Allaha yuhibbu abdan iza amila amalan ayyutqinahu (Sesungguhnya Allah s.w.t menyukai seorang hamba yang apabila dia melakukan sesuatu amalan (kerja), dia melakukannya dengan tekun). “.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: