Posted by: aminuddin | 04/07/2009

SUARA GUNUNG 3

Aku berasa sungguh tenang duduk di atas gunung yang tinggi ini. Kalau dulu aku sentiasa sibuk melakukan aktiviti harian  dan sentiasa di ganggu dengan rakan-rakan perniagaan, namun kini tiada lagi yang datang menganggu. Suasana yang hening ini aku gunakan sepenuhnya untuk beruzlah dan bermuhasabah diri. Sekali-sekala aku teringatkan kisah-kisah lampau.

Kepentingan Sejarah

Satu ketika guruku pernah berpesan supaya aku banyak membaca buku-buku sejarah tanahair supaya aku dapat lebih memahami apa yang berlaku hari ini. Beliau sering berkata “orang yang tidak tahu sejarah akan dihukum oleh sejarah itu sendiri”. Ini bermakna jika kita gagal memahami fakta sejarah maka tindakan dan keputusan-keputusan yang kita buat mungkin tidak tepat dan kita gagal mencapai tujuan yang di letakkan. Mungkin bagi anak-anak muda dewasa ini perayaan Hari Kemerdekaan tidak membawa banyak kesan kepada emosi mereka. Tetapi bagi mereka-mereka yang berjuang bermatia-matian dan melalui pelbagai masalah dalam negara nak mencapai kemerdekaan maka sambutan yang di lakukan saban tahun sudah pastinya memberi makna yang sangat besar.

Ketika ada pihak yang mencadangkan supaya bekas ketua komunis Malaya, Chin Peng, di benarkan pulang ke Malaysia ada pihak yang tidak setuju. Walaupun mereka yang mencadangkan itu memberi alasan bahawa negara sudah aman, tidak ada lagi komunis dan Chin Peng pun sudah tua, namun bagi bekas-bekas askar yang telah berjuang menyabung nyawa di dalam hutan puluhan tahun, ia bukan sesuatu yang mudah di lupakan. Cuba kita bayangkan, kalau sekirannya ibu, bapa atau saudara kita di bunuh komunis adakah ia tidak terkesan di dalam diri kita? Sudah pasti sedikit sebanyak timbul rasa marah kerana kita juga manusia biasa yang punyai perasaan.

Atas dasar itu baru-baru ini aku cuba menyingkap beberapa buku sejarah, maka terjumpalah aku sebuah buku yang bertajuk Malayan Union.Walaupun sebelum ini aku sudah biasa mendengar cerita tentang Malayan Union ini dan apa yang telah dituntut oleh penjajah Inggeris namun aku belum kesempatan membaca detik-detik peristiwa yang cemas itu hinggalah aku terbaca buku tersebut. Ringkasnya, atas desaakan dan taktik kotor yang di gunakan penjajah Inggeris seperti ugutan, rayuan, paksaan dan lain-lain, maka semua Raja-raja Melayu telah menandatangani persetujuan untuk membentuk Malayan Union. Antara tuntutannya ialah :-

  1. Menghapuskan kuasa Raja2 Melayu
  2. Mengawal & mengurangkan kuasa politik orang Melayu
  3. Hak kerakyatan sama taraf
  4. Menghapuskan keistimewaan orang2 Melayu termasuk Malay Reserve dan jawatan dalam kerajaan
  5. Sumbangan pendatang dalam aspek ekonomi di utamakan.
  6. Menjadikan Malaya tanah jajahan bukan naugan British.

Negara bernasib baik ketika itu kerana adanya pejuang-pejuang bangsa yang menentang Malayan Union ini. Beberapa jam sebelum Raja-raja Melayu menghadiri majlis pengisytiharan pembentukan Malayan Union ini Dato’ Onn, mewakili pertubuhan-pertubuhan Melayu ketika itu telah memujuk Raja-raja supaya tidak menghadiri upacara tersebut. Dengan nada penuh emosi beliau berkata :

”Sekiranya Tuanku sekelian turut menghadiri upacara perlantikan Gabenor Malayan Union itu, rakyat Tuanku sekalian tidak akan mengaku Tuanku sebgai Raja lagi. Rakyat Melayu menganggap bahawa menghadiri majlis istiadat perlantikan Gabenor Malayan Union ialah seolahmengusung jenazah Umat Malayu”

Kata-kata ini benar-benar telah mengusik hati Raja-raja menyebabkan mereka menitiskan airmata dan membatalkan niat untuk menghadiri majlis tersebut. Maka pada tahun 1946 Malayan Union telah di mansuhkan Inggeris hasil desakan Raja-raja Melayu. Aku tidak dapat membayangkan bagaimanakah nasib bangsaku kini jika sekiranya tidak ada pejuang-pejuang Melayu yang merasa izzah dengan bangsa mereka dan menentang kebiadaban penjajah Inggeris ketika itu.

Seruan kepada Daie,

Janganlah saudara hanya mengimbau seerah R saw tanpa mengendah sejarah bangsa sendiri. Mengetahui seerah R saw itu wajib untuk kita memahami islam sedangkan memahami sejarah bangsa dan tanah air sendiri sangat perlu untuk mengamalkan dakwah ke dalam alam realiti.

Matahari semakin naik, cuaca yang tadinya dingin kini mula terasa bahangnya. Aku bersandar di dinding gua yang padanya terdapat lubang-lubang kecil yang dengannya tiupan angin masuk. Terasa nyaman sungguh apabila udara gunung yang sejuk ini mengenai badanku umpama hawa dingin yang lembut.


Responses

  1. Sejarah versi Pekembar. Cuba baca sejarah versi Pekemam, Awas, Api, Barisan Tani tentu berbeza.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: