Posted by: aminuddin | 16/07/2009

Kalimah senang tetapi susah : “NO”

Dalam meniti perjalanan dakwah ini, semenjak hari pertama lagi aku telah di ajar supaya PATUH kepada guruku. Kalimah ini di tanam di dalam pemikiranku saban hari saban malam dengan di sertai hujjah-hujjah dan nas-nas yang syarei. Tidak cukup dengan itu, jika berlaku sedikit perbezaan pendapat saja dengan guruku maka aku akan di muhasabah dan di kritik bagai seorang pesalah yang melakukan dosa besar.

Selama puluhan tahun aku melalui suasana ini hingga menyebabkan kalimah ini begitu sebati dengan jiwaku sehingga setiap arahan yang di berikan aku akan patuh tanpa banyak soal. Walaupun kadangkala diri ini tidak mampu untuk melaksanakan tanggungjawab yang di berikan namun kerana ingin memenuhi tuntutan kalimah suci ini maka aku tetap teruskan juga. Sudah pasti dalam banyak hal, kesudahannya tidak seperti mana yang di hajatkan. Kerja akan banyak tertangguh dan tidak sesempurna yang di hajati. Aku hilang fokus sehingga tidak tahu yang mana hendak didahulukan. Aku keliru.

Melihat sekeliling, aku percaya sindrom ini juga berlaku kepada generasi muda  sekarang ini sehingga kepringkat aku lihat mereka seolah-olah kehilangan jati diri dan kretiviti. Perasaan takut membuat salah, yang mana akan di tuduh tidak faham, menambahkan kegerunan di dalam jiwa anak muda. Elemen hanya sekadar menurut arahan sangat menebal sedangkan dalam dunia yang serba canggih dan berteknologi ini memerlukan satu generasi yang cergas, tangkas dan kreatif. Ini tidak mungkin berlaku jika sindrom ini tidak di betulkan semula. Hanya ini yang akan membuatkan dakwah relevan di dalam masyarakat.

Bagi saya, generasi muda harus berani melakukan sesuatu yang baru dan di luar kotak kebiasaan. Mungkin hari ini manusia mentertawakan kita tetapi percayalah hari esok mereka akan mengikuti kita. Awal 90an tidak ada penasyid yang berani menyanyikan lagu dengan nada kotemporari sehinggalah timbulnya Raihan tetapi kini kita lihat kumpulan nasyid tumbuh mencacak. Nah, ini memerlukan keberanian. Berani membuat silap dan berani menghadapi risiko.

Ketidakmampuan berkata ”NO” menyebabkan ramai yang ”ovrloaded”. Kepenatan jelas terbayang di wajah hingga kadangkala sukar untuk membuka mata, di sebabkan tugasan yang terlalu banyak. Saya tidak boleh bayangkan apakah kualiti produk yang bakal di hasilkan dengan tenaga dan kederat yang terbatas ini untuk memikul kerja yang bertimbun? Dari satu sudut ia mungkin nampak baik kerana mampu melahirkan pengikut yang taat setia tetapi dari satu aspek lagi ia boleh menjejaskan motivasi diri seseorang daei.  Silap-silap reputasi organisasi berkenaan boleh terjejas jika apa yang di hasilkan hanya boleh di tertawakan oleh manusia lain.

Bagi saya kalimah ini perlu di kaji semula akan maksud dan penggunaannya dan semua kita harus belajar menyebut perkataan ”NO” jika di minta melakukan sesuatu tanggungjawab yang tidak mampu untuk kita lakukan. Mungkin ini sesuatu yang agak pelik tetapi pengalaman membuktikan, tidak semua yang ada di dalam buku boleh di doktrinkan tanpa melihat realiti kehidupan sebenar. Kepada para rakan daei, binalah jati diri dan gunakanlah potensi yang ada semaksima mungkin tanpa di hambat dengan tugasan yang pelbagai. Saudara adalah harimau yang mengaum bukan kijang yang lemah.


Responses

  1. Assalamualaikum wbt,

    Benar dan mendalam. Beberapa ketika terasa bersalah bila menghampakan permintaan rakan bila bertembung tugasan dan urusan. Namun, setelah segalanya selesai barulah hati terasa lega kerana segalanya tetap berjalan lancar.

    Pertama, harus berani mengatakan tidak bila yakin tidak mampu untuk menunaikan tanggungjawab.

    Kedua, harus yakin orang lain juga mampu menunaikan tanggungjawab dengan baik.

    Wallahua’lam.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: