Posted by: aminuddin | 10/08/2009

Fikrah, Adat & Adab

Satu perkara yang harus di sedari oleh pendakwah ialah memahami dan mengikuti adat sesuatu bangsa bukanlah semuanya salah. Malah dalam sesetengah aspek ia merupakan satu tuntutan kerana ia memberi kesan dan pengaruh kepada masyarakat. Ia akan melambangkan akhlak seseorang, ia akan membentuk imej.

Beberapa kali saya menghadiri majlis samaada majlis yang besar maupun kecil, saya dapati ramai yang tidak mengendahkan adab-adab majlis, terutama dari segi pakaian. Ini mungkin kerana mereka beranggapan ingin di lihat sebagai seorang yang simple dan bersahaja atau tidak mahu di anggap menunjuk-nunjuk. Maka akan terserlah kesahajaan mereka dengan memakai pakaian yang tidak sesuai seperti selipar, T-Shirt, seluar sukan ke majlis-majlis berkenaan. Saya bertanya kepada diri sendiri, kenapa ini boleh berlaku kepada pendakwah sedangkan orang lain berpakaian segak? Di mana silapnya? Adakah islam menegah ummatnya mematuhi adat dan adab Melayu? Adakah dengan berpakaian bersahaja ini pendakwah akan lebih di lihat terserlah atau tawaduk? Atau memang pendakwah ini memang tak faham adat Melayu?

Seperkara lagi, saya juga berasa sesetengah pendakwah harakah sangat lemah dalam beradab dengan orang yang lebih tua dari mereka. Mungkin kerana mereka merasakan mereka lebih hebat dan banyak berdakwah maka dengan itu mereka lebih mulia. Ini menjadikan mereka kadangkala bercakap dengan orang yang lebih tua dari mereka seperti bercakap dengan kawan mereka saja. Bahasa dan gurauan yang di gunakan juga tidak menampakkan penghormatan kepada mereka yang lebih tua. Walaupun saya yakin golongan tua ini tidak menuntut penghormatan tetapi tidakkah itu akhlak yang sangat mulia? Tidakkah itu akan menyebabkan dakwah kita akan lebih terserlah dan masyarakat akan nampak keindahan dakwah ini? Penghormatan juga harus di berikan kepada mereka yang memegang jawatan tertentu walaupun mungkin kita semua sebaya tetapi menghormati seseorang kerana jawatan juga merupakan satu akhlak dalam islam. Ini kerana jawatan dalam sesebuah gerakan tidak sama dengan jawatan dalam mana-mana organisasi kerana pemilihannya adalah berdasarkan iltizamnya kepada islam bukan atas dasar nafsu.

Nah, perkara ini semestinya di fikir secara serius oleh pendakwah semua. Jangan kita hanya sekadar hebat berdakwah tetapi di lihat tidak pandai menghormati majlis atau menghormati orang yang lebih tua kerana bagi orang-orang Melayu itu sesuatu yang “basic”. Tunjukkan bahawa pendakwah lebih kemas dan segak dari orang lain. (Saya tak bermaksud mengenakan pakaian yang mahal tetapi kemas dan rapi). Buktikan dakwah ini sangat prihatin dan menghormati orang yang lebih tua dari kita. Alangkah indahnya akhlak daei jika semua ini terserlah dalam kehidupan mereka. Saya amat yakin dakwah akan lebih mudah di terima oleh masyarakat.


Responses

  1. salam. apa khabar Pakcik Amin?
    Harap sekeluarga dalam keadaan sehat dan sejahtera.

    Pada pandangan ana, kebiasaan yang berlaku apabila seorang da’ie itu gagal dlm menghormati yg tua dan gagal dalam menjaga etika pemakaian dan kerja adalah kerana kurangnya keseimbangan antara tarbiyah bilmahdhan(dalam kelompok) dan bittahadi(didalam medan).

    Ia akan lebih ketara apabila sejarah tarbiyah akh tersebut banyak menghabiskan masa didalam kelompok tarbiyah dan kurang bergaul dengan masyarakat luar.

    sekadar pandangan dari seorang yang sedang ditarbiah.

    harap membantu
    wallahu a’alam

    • khabar baik. di doakan suhail sekeluarga juga sentiasa di rahmati Allah. Setuju dgn komen Suhail.

  2. salam terima kasih..
    banyak memberi peringatan pada diri ini..


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: