Posted by: aminuddin | 11/08/2009

Taat atau Takut ?

Satu dilema yang sering di hadapi oleh semua orang ialah sukarnya untuk menentukan perbezaan antara perkara yang patut di patuh dan apa yang tidak perlu apabila sesuatu arahan di beri oleh pemimpin. Kekeliruan ini menyebabkan ramai yang terpaksa memendam perasaan terhadap kepimpinan terhadap arahan-arahan yang tidak di rasakan sesuai tetapi terpaksa ikut atas dasar taat dan patuh.

Ketaatan kepada pemimpin adalah wajib dalam perkara yang menyentuh polisi atau dasar organisasi tetapi selain dari itu apa-apa yang berbentuk teknikal ia tidak mewajibkan ketaatan. Ini harus di fahami oleh pemimpin dan yang di pimpin supaya ia tidak menjejaskan hubungan. Seorang pemimpin yang baik tidak akan banyak mengeluarkan arahan terutama yang berentuk teknikal. Seorang pengikut yang baik pula tidak bergantung segalanya kepada arahan kerana ini akan mematikan kreativti dan initiatif. Seorang pemimpin itu tidak maksum dan seorang pengikut pula tidak harus jumud. Berani mengemukakan pandangan dan mampu berhujah sangat di tuntut namun hakikatnya ia sangat jarang berlaku dalam realiti terutama di kalangan orang Melayu. Kadangkala kita tidak pasti adakah seseorang itu melaksanakan arahan kerana yakin dengan arahan tersebut atau hanya kerana takut di marahi oleh ketua.

Apa yang di bimbangkan banyak perkara yang di lakukan hanya kerana takut di anggap tidak taat dan di pandang negatif oleh rakan lain. Akhirnya akan timbul cakap-cakap di belakang terhadap pemimpin hingga membawa perpecahan yang sukar di bendung. Dalam hal ini saya merasakan seorang pemimpin harus membuka seluas-luaanya ruang ijtihad di kalangan ahlinya tanpa banyak memutuskan sesuatu perkara atas kerana dia seorang pemimpin. Ini akan menyuburkan idea dan kretiviti di kalangan pengikut. Kesilapan, jika ia terjadi, bukan bermakna kelemahan tetapi hakikat yang sentiasa berlaku kepada orang-orang yang bekerja. Sebuah organisasi yang baik harus mampu melahirkan mereka yang berani membawa perubahan bukan melahirkan pengikut yang sekadar hebat dalam ketaatan mereka.

Nah, untuk membawa perubahan ia memerlukan keberanian; berani berakap, berani berhujjah dan berani menanggung risiko.


Responses

  1. salam akhi,

    ana kira ini satu tulisan yang baik, sebagai renungan buat qiyadah dan jundiyy. persoalan ana, bagaimana pula dengan jenis yang seperti pemahat dengan tukul?

    • perlu di bincangkan. jangan biarkan sindrom ini berlarutan

      • jzkk akhi =) salam dari sydney

  2. Pengajian Kitab bersama Sheikh Muhamad Fuad Kamaluddin
    Pengajian Kitab bersama Sheikh Muhamad Fuad Kamaluddin
    Hari ini di Surau Kemensah Heights
    Muslimin & Muslimat semua dijemput hadir,
    Tarikh : 11 Ogos 2009 (SELASA – MALAM INI)
    Masa : Lepas Solat Maghrib & Bacaan Ratib Al-Haddad
    Tempat : Surau Kemensah Height, belakang Zoo Negara.

    http://pondokhabib.wordpress. com

  3. Assalamu’alaykum wbt

    Abang Amin, jazakallahukhair kerana menulis artikel yang sangat bagus.

    Satu perkara yang mungkin boleh diperbaiki adalah berkenaan ‘kata kerja’

    Contohnya,
    1. dimarahi (bukan ‘di marahi’)
    2. dilakukan (bukan di lakukan)

    Keseluruhannya, saya sangat suka dengan artikel Abang Amin.

    • insyaallah akan di baiki

  4. E -Book terbaru percuma Meniti Kesempurnaan Iman oleh Habib Munzir al-Musawa – Majelis Rasulullah

    Klik untuk download : http://pondokhabib.files.wordpress.com/2009/08/meniti_kesempurnaan_iman.pdf

  5. salam oh..
    x pernah terfikir..
    bolelah ana guna kreativiti ana lpas ni..


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: