Posted by: aminuddin | 17/08/2009

Iman VS Realiti

Ketika saya mula balik dari luar negara sekitar 20 tahun lepas, saya telah bekerja dengan sebuah syarikat swasta. Masa itu ekonomi Malaysia masih dalam keadaan meleset di mana siswazah menganggur agak ramai. Saya masih ingat gaji saya pada ketika itu hanyalah RM550 sebulan. Dengan keadaan hidup di Kuala Lumpur yang serba tinggi kosnya sudah tentulah saya bukan termasuk dalam golongan yang selesa dari segi kewangan. Cuba bayangkan, apa yang saya boleh buat dengan gaji sebanyak itu ? Minyak motor, sewa rumah, belanja makan harian, simpanan untuk khawin (masa tu belum khawin lagi…) dan lain-lain, semua harus di ambil kira. Apa yg tinggal ? Setiap sen yg keluar di kira kerana jika silap bajet, soru boleh miss….mana tahan.

Kalau makan di kedai, kuah lebih banyak dari lauk, minum air suam. Kadang2 terpaksa miss sebab nak save duit untuk khawin (yang tak tahu bila boleh cukup). Kalau ada rakan2 pendakwah yang mintak infaq untuk biayai program, maka tersipu2lah saya. Nak korek duit dari mana? Tengok kocek kiri kosong, buka kocek kanan pun kosong. Kunci motor kapcai ada lah. Ada masa motor rosak, maka kena baiki habis RM20, maka jawabnya 3 hari terpaksa tak makan tengahari. Makan malam saya kongsi dengan kawan2. Lepas kerja saya pergi pasar. Oleh kerana bajet kami terhad maka hanya ikan2 yg dah pecah perut kami mampu beli (pembeli lain dah tak mahu beli). Sayur yang di belipun dah tinggal nama je, vitaminnya mungkin dah tak ada. Murabbi pulak asyik mengeluarkan nas-nas Al Quran dan hadith tentang kemuliaan infaq. Malu rasanya. Semangat memang ada nak beri tetapi kemampuan sangat2 terbatas. Sekali sekala saya korek juga walaupun terpaksa ikat perut beberapa hari. Tapi kalau selalu sangat mintak, mana saya tahan. Hajat untuk khawin memang ada tapi kalau di harap simpanan saja maka alamatnya saya akan menjadi bujang trang tang tang lah. Alhamdulillah nasib baik ibu saya sanggup biayai hari bersejarah saya itu.

Kalau kita kaitkan dengan realiti hari ini, saya rasa ceritanya mungkin sama saja. Menurut perangkaan dari Jabatan Perangkaan Malaysia, lebih kurang 50% penduduk negara ini yang bekerja, mempunyai pendapatan satu keluarga di bawah RM3,000 sebulan. Dengan kadar kenaikkan harga minyak dan barangan asas, pendapatan yang sebanyak ini amat amat tidak menyenangkan. Ertinya mungkin tidak ada lebihanpun pada setiap hujung bulan. Tambah pulak kalau anaknya ramai. Saya amat yakin realiti ini di rasai oleh majoriti rakyat termasuk ahli2 Isma. Apatah lagi kalau beliau seorang yg aktif membuat aktiviti maka sudah pasti kos perjalanan dan pembiayaan aktiviti akan menjadi lebih tinggi. Bagi mereka yang produktif menghasilkan zuriat akan lebih merasai bebanannya.

Dalam masa yang sama apabila kita membaca Al Quran, membaca hadith, membaca buku, mendengar tazkirah2 dan lain2 lagi maka cerita pengorbanan S Abu Bakr, S Omar, S Othman, S Abd Rahman Auf dll, sentiasa di jadikan ”benchmark” tentang pengorbanan harta. Bagi yang ada kemampuan mungkin ia tidak ada masaalah tapi yg kurang kemampuan maka mungkin mereka mengalami perasaan yang sama dengan perasaan saya 20 tahun dahulu. Dengar tapi tak boleh buat apa2.

Bukan sengaja tetapi itulah realiti.
Hajat di hati tu memanglah kalau boleh nak capai darjat para sahabat ra tapi seseorang tidak akan di campak ke dalam neraka kalaupun tidak sampai ketahap para sahabat ra.

Ada juga murabi yg tak faham-faham keadaan anak buahnya, maka akan berlakulah sangkaan2 yang tidak baik. Akibatnya murabi tidak lagi di seqahi, dalam hati anak buah dia berkata pada sang murabi ”cakap memanglah senang……”

Bagi saya, sukar untuk mengatakan masaalah infaq ini sebagai masaalah iman tetapi mungkin relaiti yang menekan. Apa yang perlu buat oleh semua kita adalah dengan merancang sungguh-sungguh kewangan kita supaya kita dapat atasi relaiti yang ada.


Responses

  1. setuju…kebanyakan drp kita kurg didedahkn dgn realiti kehidupan dlm tarbiyyah kita…teori mmg byk cume mcm mana nk praktikkn teori dlm realiti kehidupan agak kurang…
    mungkn menyebabkn ramai drp kita yg memndang serong kpd yg tak mempraktikkan teori yg dipelajari…walhal tanpa menyelidik realiti kehidupan masing2..

  2. jazakallah..kita meyakini yg tak semua dari kita diuji semacam itu..ade yg dr kecil dh mewah ataupun serba mencukupi.ade yg sentiasa mengalami kesempitan dan sebagainya.namun,perlu kita ingat sesusah mana pun kita dlm urusan kewangan – sebut rezeki – kita yakin ada pembelaan dari Allah.seorang daie melihat perkara tersebut dr sudut yg agak special.pengalaman hidup byk mengajar.ditambah dgn tarbiah yg diikuti… rezeki urusan yg dh dijaminNya..bezanya,kuantiti yg Dia beri,masa diterima,dan lain-lain bergantung pd kemampuan hambaNYa..”Allah tidak membebani seseorg melainkn dgn kadar kesanggupannya” oleh itu,syabas dan tahniah kepada ikhwah yg diuji dan dia bersabar&bersyukur.ganjaran ada di sisiNya..kepada yg merasakan dirinya belum teruji dgn kesusahan sebegini,Allah maha mengetahui bila tiba waktunya utk diuji..wallahua’lam.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: