Posted by: aminuddin | 29/08/2009

Cukupkah Buku Fikrah???

Semasa saya mula berkecimpung dalam arena dakwah ini 27 tahun yang lepas, boleh di katakan saya seorang fanatik terhadap buku2 fikrah. Di mana saja saya berjumpa buku berkenaan sudah pasti saya akan membelinya dan saya takkan tidur sehingga saya habiskan buku tersebut. Walaupun saya tidak tahu berbahasa Arab namun semangat untuk membaca dan memahami islam telah membuatkan saya menghabiskan ratusan ringgit membeli buku2 yang di tulis dalam bahasa Arab. Malangnya sehingga hari ini saya masih tidak mampu membacaya hinggalah buku2 tersebut mula di makan anai2. Seperti semua pendakwah ketika itu buku yang menjadi kegilaan kami ialah Mualim Fi Tariq dan Fi zilal Al Quran. Sampai hampir hafal setiap baris buku Mualim Fi Tariq ini. Begitulah semangatnya saya.

Kegilaan terhadap buku2 islam ini menyebabkan saya hampir2 tidak menghiraukan buku2 lain sehinggalah saya hampir mencecah usia 50an ini dan ketika saya mula melibatkan diri dengan NGO2 lain baru saya sedar bahawa betapa kebelakangnya saya dalam isu2 semasa. Saya boleh bercakap tentang fikrah berjam2 tetapi saya sukar untuk mengupas isu politik, ekonomi, sosial, sejarah negara, perlembagaan, kenaikkan harga barang, dan lain2. Ini menyebabkan saya tersipu2 apabila bertemu dengan rakan2 NGO. Alhamdulillah sekarang saya sudah mula serius mendalami isu2 ini dan kini sudah mula boleh berbicara dengan teman2 lain.

Apa yang saya ingin nyatakan ialah, kadang2 semangat kita untuk bergerak dalam dakwah ini menyebabkan kita terlupa untuk melihat isu2 semasa. Kita boleh menghafal ayat2 Al Quran dan hadith dan mampu memperjelaskan islam kepada masyarakat tetapi kita kelu dalam berbicara isu kemasyarakatan. Sikap ini akan menyebabkan kita hanya mampu menguasai sebilangan kecil dari masyarakat. Syaksiah kesyumulan tidak akan menonjol dalam diri daei.

Jadi, pada pandangan saya untuk menguasai manusia, membaca dan memahami buku fikrah hanyalah sebagai asas tetapi ia tidak cukup tanpa kita memahami isu persekitaran yang ada. Oleh itu, ayuh daie mulakan membaca akhbar, buku dan tulisan2 ttg isu semasa. Saya kagum dengan bekas PM Turki, Erbakan, yg bukan saja tahu berhujah secara islam tetapi juga ekonomi, sosial, mahir dalam komputer malah apa saja topic yg di bicarakan beliau boleh memberi pandangan dan komen.


Responses

  1. ana pelajar perubatan… disibukkan dengan buku medic yang bertimbun-timbun.. teringin juga membaca buku2 fikrah tetapi tidak berkesempatan. Kadang-kadang tak sempat baca buku fikrah bukan sebab disibukkan dengan buku medic tetapi disibukkan dengan aktiviti-aktiviti dakwah di sini yang nyata masih belum ramai kadernya. Di sini apa fokus yang patut ditekankan selain belajar? Buku fikrah atau aktiviti-aktiviti dakwah spt DF, Daurah, Usrah dsb? Ana melihat satu contoh sahabat yg byk ilmu fikrahnya tetapi masih kurang amalnya… tapi ana yg byk amal tiada ilmu.

    • Kedua-duanya perlu di baiki. Yg kurang ilmu tetapi banyak beramal dan apatah lagi yang banyak ilmu tetapi kurang beramal. Beramal tanpa ilmu sangat bahaya kerana mudah di pengaruhi syaithan (lihat hadith). Berilmu tanpa beramal mengundang kemurkaan Allah (Surah As Saff). Perlu perseimbangan dan ini boelh di buat dalam usrah dengan membahagikan tugasan kepada setiap ahli. Kita tak akan mampu baca semua dan mengetahui semua

  2. syukran ust..
    bagi semangat pada ana

  3. salam ziarah..
    bolehkah saya membuat kesimpulan bahawa..
    ilmu agama + fikrah(kerangka berfikir) + isu semasa = kesyumulan pengetahuan..
    sekadar pandangan..

  4. Assalamualaikum wbt…

    saya cukup tertarik dengan kitab al-mu’allim fit-tariq semenjak membaca catatan kisah liku- liku perjalanan hidup Zainab al-Ghazali dan telah cuba mencarinya tapi belum ketemu sehingga sekarang. Ustaz ada cadangan di mana boleh saya survey buku tersebut?

    • Tak pasti


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: