Posted by: aminuddin | 31/08/2009

Adakah aku salah ?

Dua hari yang lepas saya telah pergi ke surau di tempat saya tinggal agak awal sambil menunggu waktu maghrib. Hajat ingin bermunajat bersendirian mencari keslahan diri di hadapan Allah swt di bulan Ramdhan yg mulia ini. Di waktu petang sebegini memang sesuai untuk bersendirian ketika orang lain sebok pergi ke pasar ramadhan. Lagipun hadith mengatakan waktu petang ini doa di makbulkan Allah.

Ketika saya sedang bertafakur, menginsafi kelemahan diri di hadapan Rabbul Jalil, tiba-tiba datang seorang insan tua menghampiri saya dan duduk betul-betul di sebelah saya. Saya tersentak dan pada mulanya sedikit rasa tak selesa kerana ia mengganggu munajat saya. Namun apabila saya dapati beliau adalah imam di surau tersebut, barulah hati saya tenang kembali.

Beliau mula menceritakan pengalaman dakwah beliau dengan penduduk di kawasan tersebut kepada saya. Sambil berlingan airmata beliau menceritakan bagaimanan peritnya beliau cuba berdakwah selama 15 tahun di kepada penduduk di situ, namun sambutannya amat dingin. Malah beliau di hina, di keji, kereta beliau di rosakkan. Malah lebih teruk lagi, di mana  pada satu ketika sebuah van telah datang kerumah beliau dengan beberapa orang yang cuba hendak memukul beliau kerana membenci kerja-kerja dakwah yang beliau lakukan. Mujurlah beliau mempunyai amalan2 tertentu yang berjaya menghalang serangan tersebut.

Nah, saya terharu sambil terpegun mendengar rintihan pendakwah tua ini. Terharu kerana halangan2 yang beliau hadapi dalam perjalanan dakwahnya. Terpegun kerana kesungguhan dan keberanian beliau untuk membawa manusia kepada Allah. Saya hanya sekadar memberitahu beliau bahawa Allah hanya akan melihat apa yang beliau lakukan bukan hasil yang di perolehi.

Namun saya tidak dapat mengelak dari perasaan malu kerana sudah puluhan tahun saya terlibat dengan dakwah ini namun masih belum menghadapi halangan yang sebegitu sukar sebagaimana yg beliau hadapi. Kalau di baca secara teorinya maka dakwah ini sudah pasti akan ada halangannya.

Tetapi kenapa saya tidak ??? Adakah karana dakwah ini salah? Atau pendekatanku yang salah?


Responses

  1. assalamualikum.
    kaifa halak?

    sekadar pandangan daripada seorang yg masih hijau dlm dakwah.

    menjadi sebahagian daripada keimanan untuk meyakini bahawa kita akan diuji shingga ke tahap itu.malah lebih lagi.

    dakwah kita pasti akan ditentang hingga ke tahap itu tetapi setelah berlalunya beberapa syarat.
    1. Musuh2 islam mula merasa tergugat dengan dakwah kita.
    2. Dakwah kita sudah mula menjadi suara perubahan dalam masyarakat.

    Ana yakin kita belum sampai tahap dilihat akan menggugat para musuh islam, dari kapitalisnya, liberalisnya dll. Kerana dakwah kita masih ditahap asas dan akarnya.

    Namun ana yakin, 10 – 20 tahun yg akan dtg, kita akan mula diuji dgn perkara2 tersebut.

    ‘ sesungguhnya kenyataan hari ini adalah mimpi semalam, dan kenyataan hari esok adalah mimpi hari ini. ” – Imam AlBanna

    • Jazakallah. Suhail memahami dgn tepat maksud saya.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: