Posted by: aminuddin | 31/08/2009

Salam Merdeka !

Hari ini genap 52 tahun Malaysia mencapai kemerdekaan. Bagi generasi muda (40an ke bawah), sambutan kemerdekaan ini tidak banyak membawa erti dalam hidup mereka. Bagi mereka ia tidak lebih dari sambutan satu perayaan tahunan negara. Tidak salah juga kalau ada yang tidak indah langsung tentang kemerdekaan. Saya tidak sesekali menyalahkan mereka kerana saya juga berperasaan sebegitu satu ketika dahulu tetapi semenjak membaca sejarah pejuang2 negara kebelakangan ini dapat menginsafkan saya betapa besarnya jasa mereka terhadap negara dan betapa bermaknanya kemerdekaan ini.

Pejuang spt Dato’ Onn Jaafar, Dr Burhanudin Helmy, Ust Abu Bakar Baqir dan lain2 tidak harus di lupakan. Mereka sanggup berkorban nyawa demi membebaskan negara dari penjajah :-

Dato’ Onn di benci inggeris hingga inggeris cuba “menghapuskan” beliau. Ini kerana beliau telah sanggup berhujjah dengan Raja2 Melayu untuk menghalang Raja2 dari bersetuju dengan pembentukan Malayan Union. Keberanian beliau ini (berdepan dgn Raja2 dan Inggeris) sukar untuk di cari ganti.

Dr Burhanudin Helmy telah di penjara dan dan di seksa sehingga menderita kesakitan yang membawa maut kerana beliau adalah antara pengasas PAS yang cuba menerapkan nilai2 islam dalam politik.

Ust Abu Bakar Baqir – parti Hizbul Muslimin yang di tubuhkan beliau telah di haramkan dan pergerakkan beliau di lumpuhkan kerana beliau ingin membawa perubahan islam dalam masyarakat. Beliau amat terpengaruh dengan pemikiran Ikhwan Muslimin.

Tidak kurang juga Tunku Andul Rahman yang tinggal di sebuah rumah yang serba kekurangan ketika beliau menghembuskan nafas terakhir.

Begitu juga Tun Razak yang terpaksa kerajaan memberikan rumah kepada isteri beliau ketika beliau meninggal kerana beliau tidak mempunyai apa-apa harta.

Nah, tidak di nafikan mereka2 ini semua terdapat kekurangan di sana-sini. Itu kita serahkan kepada Allah swt untuk menilainya tetapi sejarah tidak boleh sama sekalai mempertikaikan sumbangan mereka kepada negara.

Persoalannya mereka semua sudah berlalu. Sekarang adalah masa kita semua. Apakah kita sanggup berkorban seperti mereka? Adakah kita akan di kenang dalam sejarah atau hanya sekadar lalang-lalang yang berlalu di tiup angin sepoi2 bahasa?

Ingatlah Pejuang adalah mereka yang mencipta sejarah  bukan hanya pengenang sejarah! Jangan kita hembuskan nafas tanpa ada apa2 sumbangan kita kepada sejarah.

SALAM MERDEKA !!!!!  


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: