Posted by: aminuddin | 07/09/2009

Mulalah menulis……..sejarah !!!

Semalam saya menghadiri satu majlis ifthar dengan beberapa teman lama saya. Semuanya saya sudah mula kenal semenjak 20-25 tahun yang lalu ketika kami sama2 berdakwah di IPT. Kini masing-masing sudah menjangkau usia 50an dan rambut masing-masing sudah kelihatan putih. Ada yang dah bersara pun dan ada juga yang sudah bercucu. Sambil bersembang kami sekali sekala mengimbau sejarah lepas. Perasaan sedih juga menyelubungi kami kerana pada tahun 2009 ini sahaja sudah 3 orang sahabat karib kami telah pulang ke rahmatullah……Al Fatihah. Sambil bersahaja masing-masing bertanya siapa pulak agaknya selepas ini. Mungkinkah kita dapat bertemu lagi di tahun depan.

Terlalu banyak peristiwa yang telah kami lalui bersama namun tak semuanya dapat kami ingat kembali. Ada juga yang mencadangkan supaya di kumpulkan pengalaman2 ini untuk di bukukan dan seterusnnya di kongsi bersama oleh generasi muda. Masing-masing hanya tersenyum tanpa komen kerana tak sanggup menulis.

Ya, menulis. Satu perkataan yg senang di sebut tapi tak ramai yang mampu membuatnya apatah lagi untuk istiqamah dalam penulisan. Terasa amat rugi semua sejarah2 ini tidak di nukilkan kembali kerana lambat laun ia akan berlalu dengan perginya daei-daei ini. Banyak yang di lalui yang tidak terdapat di dalam mana2 buku fikrah melainkan hanya melalui pengalaman. Saya pernah baca buku tulisan Abbas Assisi tentang pengalaman peribadi beliau dengan As Syahid Hassan Al Banna dan betapa banyak peristiwa2 yang terdapat di dalam perjalanan mereka berdua yang sangat berguna untuk menjadi pengajaran bagi pengikut selepas mereka. Alangkah ruginya dakwah andaikata beliau tidak mencatitkan pengalaman ini.

Begitu juga kita sering membaca buku2 seerah R saw dan para sahabat. Semua peristiwa di catit dan menjadi tatapan umum hingga yaumul akhir. Alangkah indahnya sejarah mereka. Cuba bayangkan jika tidak ada yang mencatit segala riwayat2 ini. Di mana rujukan kita?

Kelemahan bangsa Melayu ialah mereka sangat kurang menulis sehingga sejarah mereka sendiri terpaksa di tulis oleh bangsa asing. Jadi jika orang lain menyelewengkan fakta, tidak ada yang berani menyanggah. Akhirnya kita terima apa yang mereka katakan. Banyak peristiwa yang di lalui oleh setiap orang yang jika di amati boleh menjadi pengajaran kepada yang lain. Ini lebih lagi bermakna jika mereka terlibat dengan kerja-kerja dakwah. Sudah tentu mereka menghadapai pelbagai halangan dan cabaran serta tak kurang juga kenikmatan semasa berdakwah. Mungkin kita rasa ia tidak penting masa sekarang kerana kita rasa itu perkara biasa sahaja. Tetapi yakin lah daei sekelian….20 tahun ke 30 tahun dari sekarang saudara akan dapati betapa bernilainya peristiwa yang saudara lalui hari ini. Ia akan menjadi pendorong, pengajaran dan motivasi generasi akan datang…mungkin anak2 atau cucu2 saudara nanti.

Oleh itu bermulalah menulis pengalaman saudara mulai sekarang. Lakukan lah dengan istiqamah walaupun hanya separuh muka. Insyallah lama kelamaan ia boleh menjadi ratusan muka. Coretlah segala tajribah yang di lalui samada pahit atau manis. Kemudian bukukan nya. Jika ada 100 orang yang mula menulis maka saya boleh bayangkan betapa banyaknya sumber rujukan generasi akan datang dalam menangani isu2 dakwah. Bahkan, saudara sendiri akan dapat pahalanya hingga akhir zaman jika buku2 ini sentiasa di telaah oleh mereka.

Mulalah menulis…….tentang sejarah perjuangan saudara !!!


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: