Posted by: aminuddin | 13/09/2009

Cantik tetapi tawar

Serngkali apabila mendengar ceramah-ceramah yang di berikan oleh rakan pendakwah selalunya contoh yang di ambil bagi menjelaskan sesuatu konsep adalah R saw dan para sahabat. Sebut saja konsep apa, pengorbanan, perjuangan, infaq, kesungguhan, persaudaraan dan bermacam-macam lagi. Inilah yang di ajarkan kepada kita kerana apabila menyebut contoh maka R saw dan para sahabat adalah sumber rujukan dan mathal a’la. Ini kerana mereka sudah di iktiraf oleh R saw sendiri dan juga Allah swt seperti yang tercatit dalam Al Quran..radhiallahuanhum wa radhu an. Tidak ada salahnya kita mengambil contoh ini.

Contoh-contoh ini juga lah yang di ambil oleh hampir kesemua penceramah-penceramah yang ada di tanahair samada dalam radio maupun dalam televisyen sehingga kadang-kadang masyarakat sudah boleh hafal cerita-cerita berkenaan. Tak salah juga jika ada yang dah terasa mual kerana balik-balik membawa cerita yang sama. Apatah lagi kalau pendengar itu adalah generasi muda. Mereka merasakan cerita-cerita itu bukan saja sudah lama berlalu malah ia amat jauh berada dari tanah air. Jangan salahkan mereka kalau sekiranya mereka naik mengantuk mendengar celoteh penceramah dan mungkin sebab itu mereka bosan dan tak mahu mendengarnya.

Perkara ini harus berubah jika kita ingin menarik lebih ramai pendengar ! Pendakwah kena lebih peka kepada suasana setempat atau paling kurang isu-isu semasa yang di gemari oleh pendengar. Dengan mengetahui isu-isu ini pendakwah boleh menjadikannya contoh ketika berceramah kerana ia lebih dekat di hati pendengar dan senang di fahami. Sebagai contoh, bercakap pasal pengorbanan tahukah pengorbanan yang telah di buat oleh Mat Kilau, Dato’ Bahaman, Tok Gajah?  mereka menghabiskan hidup mereka, harta dan nyawa menentang penjajah. Bagaimana dgn Tok Janggut ? ya, beliau di bunuh oleh British dan jenazahnya di gantung dengan kepala ke bawah di tengah2 pekan dan setiap tentera yang lalu di hadapan mayat beliau pasti akan menikam mayat tersebut hingga hancur. Ini semua kerana beliau menentang penjajah. Tahukah kita bagaimana Ronaldo menjadi pemain bolasepak terbaik di dunia ? ya, beliau menghabiskan masa berjam-jam berlatih sehari untuk menyepak “freekick” sehingga tendangan beliau amat di geruni.

Tanpa menafikan contoh-contoh yg di ambil dari R saw, para sahabat, para auliya wa solihin, sudah pasti contoh-contoh tempatan dan semasa boleh menambahkan uump dalam penyampaian kita dan pasti ia akan menarik minat lebih ramai orang. Malangnya…..ramai di antara pendakwah yang dapat menguasai isu-isu ini. Akhirnya ia akan kekal dengan contoh2 yang sudah tersangat biasa. Walaupun apa yang ingin di sampaikan itu sangat baik dan cantik tetapi bagi pendengar, ia adalah sesuatu yang tawar.


Responses

  1. Assalamualikum.

    Sekadar pandangan, contoh didalam quran dan sirah pasti menjadi contoh utama.

    Dan ana lihat, biasanya yang menjadikannya agak tawar adalah olahan yang dibawa oleh penceramah.

    Olahan biasanya nmpk tk menarik adalah kerana lemahnya penguasaan terhadap sumber utama tersebut. Lemahnya dalam memahami sirah dan isu2 yg berkait dan blh dikaitkan didlm sirah.

    Dan dilihat juga kerana sedikitnya pembacaan terhadap sirah.

    Ana lihat, bagaimana Amr Khaled dan Dr Tareq Suwaidan masih meneruskan program sirah dan tarikh islami, walaupun sudah 2-3 kali ulangan, dan masih tampak best dan menarik adalah kerana pemahamannya yg mendalam terhadap sirah dan kemampuan mereka untuk mengaitkan sirah dengan realiti, sehinggakan sirah dirasakan hampir sepertimana hampirnya contoh2 zaman sekrang.

    Sekadar panndangan dari soerang yg masih belajar. wallahu a’alam

  2. pandangan dari sisi lain yang memperkayakan..JZKK..


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: