Posted by: aminuddin | 13/09/2009

Jangan jadi Usain Bolt !

Bercakap pasal Usain Bolt, satu dunia mengetahui siapa beliau. Ya seorang jaguh pelari pecut dunia yang baru timbul yang kepantasannya sangat di kagumi. Dalam masa singkat saja beliau telah memecahkan dua kali rekod dunia dalam acara 100 meter. Tidak ada athlit hari ini yang di jangka dapat menandingi beliau paling tidak dalam jangkamasa beberapa tahun yang akan datang. Penganalisa sukan juga sentiasa berdoa supaya beliau tidak menggunakan dadah kerana ini akan menghancurkan harapan peminat olahraga dunia seperti apa yang berlaku kepada Ben Johnson pada tahun 1988 yang lepas.

Kenapa saya sebut Usain Bolt ni ?

Sebenarnya yang saya nak sentuh ni bukan pada tubuh badan Usain itu tetapi larian 100 meter beliau. Kalau kita perhatikan betul2 kepada semua pelari 100 meter, apa yang kita nampak ? Ya, mereka akan pecut habis-habisan dari starting block hingga ke garisan penamat kerana jarak yang di berikan sangat dekat sehingga mereka tidak ada masa untuk perlahan. Walaupun begitu kesungguhan mereka, namun kesemuanya akan terpaksa memperlahankan larian apabila hampir ke garisan penamat kerana sudah keletihan. Ini berlainan dengan pelari jarak sederhana ataupun jarak jauh seperti 1500 meter ke atau 5000 meter ke maupun 10000 meter. Kita akan dapati fenomena yang sangat berbeza di mana pada peringkat awal pusingan, mereka akan berlari secara sederhana dengan kadar kelajuan yang hampir constant. Tetapi apabila sampai ke 100 meter terakhir mereka akan pecut habis-habisan.

Dalam kontek dakwah perkara ini harus di berikan perhatian. Banyak saya saksikan pendakwah yang begitu hebat dan laju bekerja di peringkat awal (terutama di pusta2 pengajian tinggi) tetapi semakin slow apabila masa berlalu. Penat, bosan, jemu, routine, rasa dah puas, itulah antara alasan-alasan yang di berikan. Peringkat awal semangatnya berkobar-kobar seolah-olah hari esok sudah mahu berjaya tetapi apabila melihat rintangan yang makin hari makin banyak mendatang, jiwa rasa keletihan. Tenaga yang pada mulanya seperti akan keka selamanyal akhirnya lenyap di makan kemelut suasana. Untuk menaikkan kembali hati-hati yang telah penat ini bukan sesuatu perkara yang mudah. silap-silap ia boleh futur begitu saja.

Dalam dakwah perlu pada ketenangan, perlu pada kesabaran, perlu menarik nafas panjang. Melihat sesuatu dengan penuh penelitian tanpa tergesa-gesa. Bersungguh dalam memberikan pandangan terbaik tetapi akur dengan pandangan orang lain. Berani mengemukakan idea tetapi bukan memaksa orang mengikutinya. Berhati-hati menegur tetapi sentiasa terbuka untuk di tegur. Beribadat dengan kadar kemampuan tetapi bukan bererti tidak memperbaiki. Melakukan kerja-kerja besar tetapi merasa kecil jika di banding dengan kerja orang lain. Iri hati dengan mereka yang banyak berusaha tetapi tidak memandang lekeh pada yang berpeluk tubuh. Melangkah dengan berani kehadapan tetapi sentiasa bersedia untuk berundur jika di suruh.


Responses

  1. nafas panjang….

  2. salam..
    huhu..
    btul2.. jgn laju sgt nanti terbabas.. hehe

  3. subhanallah…

    tersentuh hati ini…

    semoga thabat hingga syahid…

    aminn…


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: