Posted by: aminuddin | 21/09/2009

Mengenang Syamsiah Fakeh

Membaca sejarah hidup wanita ini amat mengkagumkan saya. Keberanian, kecekalan dan kesungguhan beliau menentang penajah cukup membuatkan saya terpegun dan insaf bahawa diri ini amat jauh dari mengahdapi perjuangan yang sebenar.

Beberapa fakta tentang wanita ini :-

– berasal dari Kuala Pilah dan mula menceburi perjuangan menentang penjajah inggeris dalam usia dua puluhan.

– pernah belajar agama di Indonesia dan sentiasa berhujjah menggunakan ayat Al Quran dalam menaikkan semangat perjuangan orang Melayu. Dianggap seorang pemidato yang hebat.

– kematian dua orang anak semasa masih kecil dan kemudian di tinggalkan suami ketika masih mengandung.

– Ketua wanita dalam AWAS dan kemudian menyertai Parti Komunis bersama Rashid Maidin, Abdullah CD dan lain2. Beliau di label sebagai seorang komunis. Beliau mendakwa penyertaannya dalam parti komunis kerana marah dengan UMNO yang kompromi dengan inggeris menggadai bangsa.

– bejalan di dalam hutan dari Ipoh hingga ke sempadan Thailand dengan menuruni segala lurah dan bukit.

– di serang oleh askar inggeris ketika beliau sedang menidurkan anak kecilnya di dalam hutan dan kemudian beliau melarikan diri  hingga beliau terpisah dari kumpulannya di dalam rimbunan peluru yang di tembak. Beliau kemudian di tipu oleh rakan sendiri ketika di minta oleh rakan tersebut untuk menjaga anak kecilnya di sebuah kampung dengan alasan anak2 tidak boleh berada dalam hutan kerana ia menyuashkan pergerakkan. Namun anak ini kemudian telah di bunuh tanpa pengetahuan beliau.

– sesat di dalam hutan seorang diri ketika di ambush selama 5 hari tanpa makan dan minum.

– melarikan diri ke China selama 47 tahun sehingga kerajaan Malaysia membenarkan beliau pulang pada awal tahun 90an. Beliau meninggal pada tahun 2005 di Gombak. Tidak sempat melihat kematian ibu dan ayah kerana berada jauh dari tanahair.

– beliau menyatakan di dalam Memoir nya bahawa semua pengorbanan yang dilakukan ini selama puluhan tahun hanya semata-mata tidak mahu negaranya di jajah inggeris bukan untuk menentang askar Melayu atau kerajaan Malaysia seperti yang di labelkan.

– mempunyai kelengkapan senjata tetapi beliau menafikan pernah membunuh mana2 askar, malah di katakan kurang mahir menggunakan senjata.

Bagi saya, bukan ideologi beliau yang mahu di tonjolkan tetapi semangat yang tak pernah putusa asa walaupun menghadapi pelbagai kesukaran hidup demi mempertahankan kefahaman yang di anuti. Perjuangan yang bukan hanya sekadar berada di bibir tetapi yang menusuk ke dalam jiwa yang akhirnya melahirkan keyakinan yang sangat tinggi hingga sanggup menggadaikan segalanya demi perjuangan. Subhanallah !!!

Saya bertanya pada diri sendiri, Bolehkan aku melakukannya ?


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: