Posted by: aminuddin | 27/09/2009

“Saya pun Melayu

Membaca buku “Saya pun Melayu” karangan Dato’ Zaid Ibrahim menarik hati saya. Beliau yg di labelkan oleh UMNO sebagai petualang Melayu kerana memperjuangkan keadilan dan kesamarataan antara kaum cuba menjelaskan pendirian beliau terhadap isu Ketuanan Melayu. Walaupun beliau terlibat dgn UMNO selama 23 tahun dan pernah menjadi menteri semasa kepimpinan Tun Abdullah namun pandangan beliau terhadap isu Ketuanan Melayu menyebabkan beliau telah di cemuh oleh ahli2 UMNO sendiri dan akhirnya memaksa beliau meletak jawatan dan kemudian di singkir dari UMNO.

Antara pandangan beliau :-

– Ketuanan Melayu hanyalah momokan UMNO bagi mengekalkan kekuasaan dan monopoli ekonomi.Ia bukan satu perkara yg termaktub dalam mana2 fasa perlembagaan.

– ketuanan melayu tidak harus ujud kerana ia tidak lagi relevan dan boleh di terima oleh masyarakat Malaysia

– Melayu kena bersaing dgn bangsa lain untuk maju

– Melayu ada “keistimewaan terbatas” tetapi tidak mempunyai “hak”  yg lebih dari bangsa2 lain dalam perlembagaan

– orang melayu kena bebaskan diri dari sangkar UMNO yang menyeru kepada politik perkauman dan kepentingan diri mengaut harta.

– dalam masa yang sama beliau mengaku mendapat manafaat dari DEB dan mempunyai fikiran yang liberal.

– beliau kagum dgn Mahathir, Musa Hitam, Tg Razaleigh, Anwar dan Nik Aziz.

– menutup tulisan dengan kata2 “hanya kepimpinan yg kuat dan berpandukan nilai agama dan kemanusiaan yg tinggin sahaja dapat mengubah nasib bangsa dan negara”

Saya dapat simpulkan bahawa pandangan2 beliau ini didasarkan kepada:-

1. kekecewaan beliau dalam kareer politik UMNO

2. Pengalaman melihat kronism, nepotism dan rasuah yang melanda UMNO.

3. Melihat ketuanan  Melayu dari aspek ekonomi dan sosial semata.

3. Menjadikan ketiga2 asas ini untuk menentang Ketuanan Melayu.

Apa yang Dato’ Zaid lupa ialah untuk menekankan isu agama. Kita juga tidak bersetuju dengan Ketuanan Melayu tetapi yang kita perjuangkan ialah “Ketuanan Melayu ISLAM“. Dalam erti kata lain menaikkan Melayu ialah Melayu yang mempunyai akhlak mulia bukan yang rasuah dan rakus dgn habuan dunia.

Dato’ Zahid juga lupa bahawa kesamarataan dan keadilan juga di tuntut oleh bukan islam bukan saja dalam aspek ekonomi dan sosial tetapi juga dalam aspek agama sehingga menuntut keistimewaan juga di beri kepada agama2 lain. Penggunaan nama Allah dalam Bible, hak berdakwah kpd remaja islam, penghapusan agama islam dalam kad pengenalan, pembinaan rumah2 ibadat yang berleluasa, penghapusan bangsa dalam borang2 resmi kerajaan, hak memerintah, hak berhibur yg tak ada batasan, menuntut mahkamah syariah tinduk kepada mahkamah sivil; adalah sebahgian kecil permintaan mereka. Akhirnya Melayu akan hilang identiti, termasuklah agama dan bangsa.

Ini semua adalah strategi barat yang melaungkan isu2 globalisasi, human rights dan lain2. Di sebalik itu mereka sebenarnya ingin memusnahkan agama islam yang merupakan kekuatan besar bangsa Melayu. Ini yang Dato’ Zaid tidak sedar.


Responses

  1. salam warga m’sia, jom bace berita gempar di Mesir, p’buatan orang zalim, jgn lupe sebarkan, pikul tanggungjawab kita bersama…

  2. JAZAKALLAH, terima kasih byk….

    Penjelasan daripada perspektif yang berbeza.serba sedikit menjelaskan permasalahan sebenar di Malaysia.

    Bersama kita berganding bahu dlm perbaiki umat ini🙂


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: