Posted by: aminuddin | 28/09/2009

Politik Melayu

Banyak sudah tulisan dan buku yang telah di keluarkan semenjak pilihanraya ke 12 lepas. Keputusannya yang di luar jangkaan menyebabkan penganalisis politik mula meramalkan keujudan sistem 2 parti besar politik; BN dan PR. Setakat hari ini persoalan itu masih belum terjawab. Melihat kerapohan gabungan kedua2 pihak ianya menjadi mimpi ngeri pemerhati politik.

Bagi orang Melayu Islam pilihan yang akan di buat menjadi semakin kelam dari hari ke hari. Sebagai memberi sedikit senario yg ada, saya cuba catitkan apa yang terbaca :-

1. PAS – kini angin untuk memasukkan bangsa lain yang bukan beragama islam sebagai ahli parti menjadi semakin kuat. Kelab penyokong PAS yang di anggotai bukan islam sudah menyuarakan kehendak mereka terhadap PAS sebelum mereka menjadi ahli. Adakah PAS akan kompromi dasar2nya ? Tunggu dan lihat.

2. DAP yg jelas menolak islam telah mula mengembangkan sayapnya kepada orang Melayu. Timb Pengerusinya sudah di beri pd orang Melayu. Mereka kini sedang berusaha untuk mendapatkan ahli2 dari kalangan orang Melayu dan cuba untuk mempamerkan bahawa DAP adalah untuk semua kaum dan berjuang keadilan untuk semua kaum. Adakah orang Melayu akan terima ? Kita tunggu dan lihat.

3. PKR memang sudah merupakan gabungan semua kaum tetapi umum melihat yang banyak mendominasi adalah orang bukan islam. Apakah perjuangan mereka untuk islam? Adakah keadilan yang mereka perjuangakan ala sosialis ? Adakah orang Melayu Islam dapat menerima parti ini untuk perjuangkan agama islam ? Kita tunggu dan lihat.

4. UMNO merupakan parti yang telah bangkrap idea dan penoh dengan korupsi. Pemulihannya di anggap terlalu sukar (next to impossible). Ia tak memperjuangkan islam tetapi Melayu semata, itupun hanya untuk perut mereka sendiri. Pergaduhan dalaman parti berlaku dimana2. Ia di anggap parti yang retak menunggu belah. Bolehkah orang Melayu Islam mengharap pada parti seperti ini lagi ? Kita tunggu Bagan Pinang.

5. GERAKAN pada asalnya adalah parti untuk semua kaum dan pernah di pimpin oleh orang Melayu. Tetapi kini kaum lain yang dominasi. Mereka juga cuba sedaya upaya untuk mendapatkan keyakinan orang Melayu supaya bersama dengan mereka. Adakah orang Melayu menerimanya ? Kita tunggu dan lihat.

Apakah pilihan orang Melayu Islam dalam pilihanraya ke 13 nanti ? Saya yakin ramai pengundi2 Melayu menjadi keliru dan serba salah kerana tidak ada satu parti yang benar2 memperjuangakn Melayu dan Islam. Yang pasti undi Melayu akan berpecah lebih luas. Jika itu berlaku, apakah nasib agama islam nanti ? Mampukah PAS membelanya  atau mereka terikat dengan perjanjian persepakatan PR ?


Responses

  1. SYABAS,

  2. SYABAS dan terima kasih skali lagi…

    Catatan yang agak menarik utk direnungkan bersama. Mungkin pendekatan terhadap masyarakat secara umumnya perlu dimantapkan demi mengembangkan kefahaman mengenai pentingnya survival Melayu Islam dan Komuniti Islam bukan melayu.

    Semoga terus berjuang dan berusaha !


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: