Posted by: aminuddin | 30/09/2009

Ikhwan Di Malaysia ???

Membaca buku Pengaruh Pemikiran As Syahid Sayyid Qutb di kalangan pendakwah di Malaysia karangan seorang pensyarah di Universiti Malaya menarik perhatian saya.

Nah, menurut sejarah, dakwah Ikhwan telah mula di kembangkan oleh Dr Zulhefli Muhammad, salah seorang pemimpin dan pengasas PAS pada tahun lima puluhan. Beliau di katakan pernah mendapat didikan langsung dari Imam As Syahid Hassan AL Banna dan As Syahid Sayyid Qutb semasa beliau belajar di Mesir pada tahun 40an. Kemudian di ikuti oleh Mursyidul Am PAS Ustaz Yusuf Rawa. PAS juga kemudian telah menghantar 10 orang pemuda untuk mendapat didikan langsung Ikhwan pada tahun 60an di Iraq. Begitu juga pemimpim dari ABIM spt Ustaz Abd Hadi Awang, Ustaz Fadhil, Razali Nawawi, Sidek Fadhil dan Anwar Ibrahim. Ramai lagi pendakwah2 yang mendakwa mendapat didikan Ikhwan telah cuba mengembangkan dakwah ini di Malaysia. Puluhan lagi mereka2 yang cuba untuk menyebarkan fahaman ini yang saya tak dapat sebutkan di sini.

Malangnya, secara umum sehingga hari ini masyarakat masih belum melihat dan terasa dengan dakwah IM ini. Saya tidak pasti kenapa sedangkan nama-nama yang saya sebutkan di atas bukan calang-calang orang. Mereka adalah pemimpin masyarakat dan negara. Bukan saja gagal, malah ada di antara pemimpin tersebut yang menyalahkan fahaman Sayyid Qutb dan mengatakan ia tidak relevan di Malaysia.

Setelah lebih 50 tahun nampaknya dakwah IM masih tidak boleh berkembang di Malaysia.

Siapakah yang akan meneruskan perjuangan ini atau ia akan bekubur dengan berlalunya masa ???


Responses

  1. Wasalam,
    Sayang seribu kali sayang, adakah empunya diri tidak mengetahui jawapannya dan tidak merasa merasa kegagalan IM di Malaysia selama ini? Sanggup menyalahkan orang lain dan sanggup menggunakan perkataan ‘kubur’. Mana sifat ukhuwah anda!

    • Saya hanya sekadar mengulas dan memberi pandangan terhadap apa yg di tulis oleh pengarang buku tersebut. Saya mengemukakan persoalan untuk mencari jawapan. Saudara sepatutnya memberikan komentar yg bernas dan berilmu bagi menjawab persoalan saya, bukan komentar yg penuh emosi yang tidak membawa ke mana.

  2. Salam,
    Nampaknya semua kepimpinan Isma sudah terang lagi bersuluh menyatakan pendirian utk engkar dgn jamaah sedia ada atas alasan IM sedia ada lemah & tidak berkembang. Kenapa perlu utk buat jamaah lain(kutlah)? kenapa tidak bersama2 membantu memperkasakan jamaah?
    Ingatlah, secara prinsipnya kita wajib akur dan taat keputusan qiadah/syura walaupun tidak bersetuju, selama mana ia tidak melanggar syarak. Ini merupakan prinsip asas dalam amal Jamaie. Lihat kembali kisah Umar al-Khatab dalam perang Badar. Tatkala tentera Islam berjaya menawan tentera musuh, Umar berpendirian tegas bahawa musuh Islam dalam saat genting itu perlu dibunuh. Akan tetapi syura Rasulullah bersama sahabat mengambil keputusan untuk mengampuni tawanan tersebut. Hal ini membawa kepada penurunan ayat surah al-Anfal ayat 67.
    “Tidaklah patut bagi seseorang Nabi mempunyai orang-orang tawanan sebelum ia dapat membunuh sebanyak-banyaknya di muka bumi. kamu menghendaki harta benda dunia (yang tidak kekal), sedang Allah menghendaki (untuk kamu pahala) akhirat. dan (ingatlah), Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.”
    Turun ayat ini menyokong pandangan Umar. Setelah itu datang sahabat lain membawa ayat ini kepada Umar seraya berkata “Bergembira wahai Umar, Allah bersama mu”. Mendengar itu lalu Umar menangis terisak-isak. Jelas disini tentang akurnya Umar dengan keputusan syura walaupun beliau tidak bersetuju. Walaupun pendapat beliau didapati benar dan disokong Allah, tidak pula dia berkata “Nah, lihatlah.. bukan sudah aku kata dulu tetapi mereka semua degil!”. Inilah prinsip amal jamaie, akur keputusan syura/qiadah samada suka atau terpaksa. Inilah janji dalam baiah kita.
    “Wahai orang2 yg beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang2 yg menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran; dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa..” al-Maidah:8.
    Wassalam

  3. Dakwah IM itu bagamana? Ingin juga tahu.

    • Saya cadang saudara beli buku tu. Saudara akan faham maksud saya.

      • InsyaAllah, tq


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: