Posted by: aminuddin | 30/09/2009

Perlukah Nik Aziz Letak Jawatan ?

Kenyataan Tun Mahathir baru2 ini supaya Tuan Guru Nik Aziz meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar Kelantan, atas alasan Kelantan di bawah pimpinan PAS telah menjadi negeri yang paling termundur di Malaysia  telah menerima reaksi yang negatif dari pihak Tuan Guru. Beliau hari ini mengajak Tun untuk datang ke Kelantan untuk menyaksikan pembanguanan yang telah berlaku semenjak beliau memimpin pada tahun 1990. Tuan Guru menyatakan kini sudah ada KB Mall, Renaissance Hotel, Tesco, Parkson, menutup pusat2 judi, perlaksanaan sistem gadaian islam dan penggunaan mesjid yang lebih baik.

Bagi saya hujjah Tun yang melihat dari aspek pembangunan ekonomi semata tidak boleh di jadikan satu alasan yang kuat kerana pembangunan rohani dan kesedaran ummat di Kelantan lebih penting dan perlu di ambil kira. Apa erti pembangunan jika rakyat masih lagi membuat maksiat dan berlaku korupsi di sana-sini? Hujjah ini terlalu meterialistik kerana mungkin Tun sendiri telah banyak membuat pembangunan ekonomi ini dan merasakan itu sebagai satu kayu ukur sesuatu kejayaan.

Saya melihat keengganan Tuan Guru untuk letak jawatan bukan sangat kerana peribadi beliau yang ingin pada jawatan tersebut tetapi lebih untuk menjaga kestabilan politik PAS di Kelantan. Kita tahu sebagai Menteri Besar Tuan Guru mempunyai bidang kuasa yang luas dan jika sekirannya beliau ingin kepada kemewahan maka sudah tentu beliau kini sudah menjadi jutawan dan hidup senang lenang. Tetapi umum mengetahui bagaimana beliau hidup dengan penuh sederhana dan masih tinggal di kediaman asal beliau. Ini bukan satu yang senang dan boleh di lakukan oleh semua orang terutama bila berdepan dengan tarikan kemewahan dunia. Saya secara peribadi amat kagum dengan peribadi Tuan Guru.

Namun jika benar keengganan Tuan Guru tidak mahu letak jawatan kerana ingin menjaga kestabilan PAS di sana, maka timbul beberapa persoalan dalam fikiran saya :

1. Adakah PAS gagal mentarbiyyah ahlinya setelah bergerak puluhan tahun untuk melahirkan peribadi seperti Tuan Guru ?

2. Adakah orang-orang yang di sekeliling Tuan Guru rakus untuk mendapat jawatan? Mungkin kerana pertentangan antara Ulamak dan Erdogan?

3. Apa akan jadi pada kubu PAS ini jika Tuan Guru tidak ada nanti ? Bolehkah PAS bertahan?

Pada saya Tuan Guru harus meletak jawatan, bukan kerana beliau tidak perform atau tidak ada pembangunan ekonomi tetapi :-

1. Untuk melatih dan melahirkan lebih ramai pemimpin yang berwibawa dalam gerakan islam. Mungkin ada sedikit kelemahan dan kekurangan tetapi itu semua boleh di tampung oleh kekuatan organisasi.

2. Dakwah Islam memerlukan pemikiran dan pendekatan yang sentiasa dinamik dan berubah bagi menanangani permasaalahan ummah. Generasi baru dengan pendedahan yang lebih global akan mampu membawa pendekatan yang sesuai dengan generasi muda. Walaupun Tuan Guru mendakwa sudah melakukan banyak perubahan tetapi banyak lagi ruang yang harus dan mesti di baiki terutama dalam aspek pentarbiyahan. Apa yang Tuan Guru lakukan sudah cukup untuk beliau berjawab dengan Allah swt nanti namun untuk melangkah ke era Generasi Y ini ia memerlukan nafas yang lebih segar dan bertenaga. Tuan Guru boleh kekal sebagai Syeikhul dan menjadi rujukan generasi muda.


Responses

  1. salam, jmput bace artikel panasss, ttg ISMA komen sal Ust Hairul

    • Aslkm, tkasih atas komen. Banyakkanlah memperbaiki diri dari menghina orang lain. Apa yg berlaku hanyalah ijtihad masing2. Jika benar mendapat 2 pahala jika salah 1 pahala.

      • benar. mengapa harus bertelingkah. usaha kerja banyak lagi perlu dibuat.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: