Posted by: aminuddin | 05/10/2009

Bagan Pinang

Plihanraya Bagan Pinang pada 11 Oktober nanti akan sekali lagi menyaksikan bentuk pilhanraya “ala Malaysia”. Perlantikan Tan Sri Isa Samad oleh BN di ibaratkan sebagai “durian runtuh’ oleh pihak PR atau PAS secara spesifiknya. Ini kerana sejarah Tan Sri Isa yang pernah di hukum oleh UMNO akibat rasuah wang dalam pemilihan UMNO memberi ruang untuk PAS mengenegahkan isu intergriti dan moral calon.  Ya, kita semua setuju bahawa isu moral sangat penting sebelum seseorang itu di pilih untuk menjadi pemimpin. Ia lebih penting dari isu kehebatan kepimpinan atau kemampuan berhujjah. Pemimpin yang korup, tak kira dari mana-mana parti, harus di nyah jauh2 dari menjadi pemimpin kerana ia akan lebih banyak membawa kerosakkan dari kebaikkan.

Saya pasti kempen yang akan kita saksikan nanti akan penuh dengan tohmahan terhadap Tan Sri Isa dan begitu juga BN telah bersedia untuk mentohmah kepimpinan PR terutama DS Anwar. Itulah lumrah politik yang bermain di negara ini dan itu juga yang dalam banyak hal menjadi penentu pemilihan oleh para pengundi Melayu yang suka kepada mendengar keburukkan orang lain. Dalam surat khabar hari ini YB Salahudin Ayub sudah menjanjikan akan mendedahkan segala kelemahan Tan Sri Isa semasa beliau menjadi MB N9 dahulu termasuklah semua projek2 yang terbengkalai. Trend seperti ini sudah menjadi sebati dengan rakyat Malaysia dan di anggap sesuatu ceramah itu hambar jika tidak ada pendedahan2 sensasi spt kelemahan2 calon. Kalau di Permatang Pasir dulu, rumah tangga calon yang menjadi bahan kempen kini isu rasuah calon pula akan di mainkan. Bagi BN kita akan menyaksikan siaran ulangan yang mengatakan DS Anwar sebagai petualang bangsa Melayu.

Sepanjang ceramah pilihanraya yang sempat saya dengar, sangat sedikit yang menceritakan tentang dasar dan perjuangan parti serta mengupas bahan2 secara lebih rasional. Sebab itu di Malaysia ini selepas 3 kali kita mendengar ceramah pilihanraya maka itu sudah cukup untuk kita mengetahui apakah yang akan di katakan seterusnya oleh penceramah. Ia hanya mengulang-ulang kelemahan peribadi, mungkin dalam versi yang berlainan. Yang penting pengundi yang mendengar akan rasa seronok, ketawa dan akhirnya boleh mengundi parti yang di kehendaki. Budaya ini amat sukar untuk di ubah dan mungkin itulah agaknya yang di katakan politik.

Cuma saya tertanya, bagaimana jika seseorang itu telah bertaubat nasuha? Jika Allah swt telah mnegampunkannya kenapa nak kita bangkitkan lagi?  Tdakkah itu satu penolakan kepada Takdir dan pengampunan Allah? Adakah ini syarak?

Walaupun Tuan Guru Nik Aziz telah menolak ceramah berunsurkan “Character Assasination” tetapi saya meraguinya apabila melihat kenyataan pemimpin2 parti yang terlibat. Mungkin juga kerana kedua-dua belah pihak berada dalam keadaan “desperate” untuk menang. Bagi UMNO kekalahan dalan pilahanraya ini bererti BN dan kareer Najib akan berakhir dalam pilihanraya akan datang kerana ini adalah kubu kuat UMNO. Manakala bagi PR, kemenangan atau berjaya mengurangkan majoriti BN akan memberikan suntuikan serta mengesahkan bahawa rakyat marahein memang ingin perubahan. Ia sudah pasti menjajnjikan peluang yang cerah untuk DS Anwar menjadi PM.


Responses

  1. shukran,

    sedikit perkongsian dari buku ‘manhajiyah dakwah dan tarbiyah.’ – Ahmad Ar-Rasyid yang agak berkaitan dengan isu yang diketengahkan.

    “Peribadi yang ditonjolkan oleh sebuah masyarakat akan mengesani masyarakat dan akan membentuk sebuah tarbiyah umum kepada mereka yang hanya mampu untuk mengikut(taqlid) , yakni mereka yang tiada asas pegangan yang kukuh didalam masyarakat.”

    menjadi tugas kita seiring dengan misi ISMA, (membentuk peribadi yang mampu membina tamadun) untuk mula mentarbiyah individu dalam masyarakat yan gseterusnya membentuk suasana,dan menjadi murabbi kepada umat.

    ternyata,dihadapan kita jalan yang panjang dan sukar !!

  2. ana fikir di negara lain, seseorang yang telah ada reputasi begini sukar untuk diterima masyarakat. malah PM Itali Silvio Berlusconi yang diterima semula tidak lama dahulu (itupun disebabkan kepincangan dan kelemahan kepimpinan politik parti-parti yang lain) kini menjadi liabiliti semula dengan pelbagai skandal.

    perlantikan semula Tan Sri Isa hanya membuktikan kelemahan UMNO yang mungkin sudah gagal melahirkan lapisan pemimpin baru dan loggar prinsip dengan kesanggupan untuk cepat menerima ahlinya yang dahulunya telah merosakkan imej UMNO itu sendiri….malah beliau dianggap gagal memajukan Negeri Sembilan semasa dalam tampuk kekuasaan berbanding dengan negeri-negeri jiran seperti Selangor dan Melaka.

    mungkin juga Tan Sri sudah berubah tetapi haruskah beliau dilantik sbg ahli DUN untuk berkhidmat kepada masyarakat. tidak ada cara lain yang lebih baik?

    maka, masyarakat pada dasarnya harus fikir adakah patut mereka memberi ‘reward’ kepada calon ini yang ‘track-record’ nya sugguh tidak memuaskan (malah sesetengah ahli UMNO pun berpendapat begitu termasuk Dr M).

  3. […] 06.10.2009: https://suaradarigunung.wordpress.com/2009/10/05/bagan-pinang/ […]


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: