Posted by: aminuddin | 07/10/2009

Bagan Pinang : Bhg 2

Lebih 30 tahun yg lalu selepas berlakunya Revolusi Iran, Imam Khomeini (pemimpin spiritual Iran) telah di tanya oleh seorang wartawan tentang masa hadapan Iran. Wartawan tersebut bertanya beliau siapakah yang akan memimpin Iran selepas ini kerana beliau sudah pun tua (beliau berumur kurang lebih 80 tahun ketika itu) ? Sambil tersenyum dan penuh yakin beliau berkata bahawa yang akan memimpin revolusi ini nanti ialah bayi-bayi yang berada di dalam buaian.

Satu jawapan yang simbolik tetapi membawa penuh pengertian. Ternyata sehingga hari ini revolusi tersebut masih kekal dan merupakan antara negara yang mampu berdikari tanpa bantuan dari barat terutama Amerika. Apa yang Khomeini ingin katakan ialah sistem pendidikan Iran ketika itu sudah bersedia untuk melahirkan pejuang dan pemimpin masa hadapan sehingga ia mampu melihat kepada intitusi yang terkecil dalam masyarakat ie kanak2 dan remaja. Mereka mempunyai rijal-rijal yang bukan saja sanggup berjuang di medan pertempuran tetapi juga sanggup menyinsing lengan mendidik generasi pewaris. Walaupun gerakan-gerakan radikal cuba untuk masuk dalam politik Iran tetapi ia masih gagal. Rakyat mereka secara umumnya sudah mempunyai prinsip yang jelas terutama apabila berhadapan dengan kuasa barat.

Tolak ketepi isu fahaman syiah mereka sebentar. Apa yang ingin saya perkatakan ialah rakyat mereka tidak mudah di mainkan dengan isu politik dan peristiwa dunia semasa. Tetapi ianya amat berlainan di Malaysia. Boleh di katakan rakyat akan mengundi semata-mata atas dasar sentimen. Jika ketika itu calon berjaya “menarik” hati beliau maka kemungkinan besar beliau akan mengundi calon tersebut. Saya pernah berbincang dengan seorang wakil rakyat di mana beliau mengatakan bagaimana beliau telah menghabiskan masa selama 4 tahun lebih segala wang dan tenaga untuk menjaga pengundi di kawasan beliau wakili. Pengundi2 ini memang merupakan penyokong beliau pada asalnya. Namun pada pilihanraya berikutnya dengan sedikit “habuan” yang di berikan oleh calon lawan maka undi mereka telah bertukar menyebabkan bekas YB ini kalah.

Saya amat yakin peristiwa ini akan berulang pada pilihanraya2 yang akan datang kerana secara umumnya masyarakat marahein tidak jelas akan apa yang harus mereka pegang dan apa yang harus mereka beri. Bagan Pinang akan menjadi bukti apa yang saya katakan. Parti-parti yang bertanding akan berusaha melobi pengundi dengan memberikan pelbagai janji dan sesiapa yang lebih mampu untuk meyakinkan pengundi maka dialah yang akan dapat undi.

Suasana ini membayangkan suasana politik yang sangat tidak stabil di Malaysia di mana sentimen menjadi asas penentuan bukan kematangan ilmu dan pemikiran. Dalam keadaan masyarakat seprti ini amat sukar untuk membayangkan apakah akan terjadi kepada negara dalam masa 50 tahun akan datang. Ini bermakna bahawa sesiapa saja boleh menjadi calon dan menang, samada dia bermoral atau tidak, samada dia ada prisip atau tidak, samada dia meletakkan islam sebagai keutamaan atau tidak, asalkan dia pandai memainkan sentimen pengundi. Maka sebab itu kita akan dapati sesiapa saja yang memegang pucuk pemerintahan ia tidak akan mampu mengubah pemikiran dan moral masyarakat.

bersambung…….


Responses

  1. Menarik sekali pandangan yang diberikan. Namun begitu apakah cadangan yang hendak diberikan atau sekadar komen sahaja? Jadi Bagan Pinang siapakah taruhan untuk diberi undi dan kesempatan apakah yang persatuan boleh bantu? Yang berimankan pilihan atau yang ada keimanan akan dipilih dan dibantu kempen mereka? Bagaimanakah pemikiran kolot pengundi boleh diubah? Atau yang paling baik sekali persatuan menghantar calun juga masuk bertanding untuk memberi alternatif kepada masyarakat..


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: