Posted by: aminuddin | 09/10/2009

Bagan Pinang : Bhg 3

Ye ke rakyat ingin perubahan ?

Beberapa persoalan yang harus kita tanya ialah, adakah benar rakyat ingin perubahan? Jika benar, perubahan apakah yang di dambakan? Adakah BN boleh berubah? Adakah perubahan yang di ingini itu selari semuanya di kalangan semua parti komponen dalam PR?

Apa orang Melayu hendak ? Hak apa yang di tuntut oleh masyarakat Cina ? Apa pula keluhan oarng India ? Bagi saya jika kita gagal memahami senario ini maka kita akan melangkah seperti seorang yang masuk di dalam gelap tanpa mengetahui arah mana tujuannya.

Isu arak yang berlaku di Shah Alam yang di perjuangkan oleh seorang wakil rakyat islam telah mendapat penentangan bukan saja dari orang bukan islam tetapi dari pejuang2 islam sendiri. Walaupun saya mungkin tidak kesempatan bertemu dengan pihak yang terlibat untuk mengetahui secara detail tetapi gambaran umumnya agak mengecewakan melihat sikap pejuang2 islam yang menentang tindakan itu. Begitu juga dengan isu penggunaan kalimah Allah  yang di perjuangkan orang kristian, kita tidak nampak politikus muslim yang bangun bersuara. Isu-isu sosial yang melanda umat islam, kurang mendapat perhatian dari mana2 puak politik, BN atau PR kerana mereka sibuk mendapat kekuasaan.

Dalam senario seperti ini saya tidak pasti perubahan apa yang di perjuangkan oleh ahli2 politik negara. Lebih malang lagi kalau perubahan itu hanya untuk memenuhi tuntutan nafsu masing2. Kalau dulu dia tak berkuasa kini dia dah ada kuasa, kalau dulu tak dapat tanah kini ribuan ekar telah di bagi, kalau dulu dia tak dapat kontrak kini dia mengaut segala peluang. Perubahan minda dan akhlak masyarakat marahein bukan menjadi agenda utama. Jika inilah di katakan berubah (dari perut A ke perut B)  maka masa depan politik negara sangat kelam.

Politik Sentimen

Dalam satu temuramah dengan media, YB Khalid Samad telah mengakui bahawa kemenangan banyak kerusi oleh PR dalam PRU 12 lepas bukanlah kerana rakyat yakin dengan misi PR tetapi lebih kepada undi protest. Bermakna, kemenangan PR bukan kerana kekuatan polisi Pakatan Rakyat  tetapi kerana rakyat sudah meluat dengan BN. Orang Cina kerana merasakan mereka tidak dapat hak secukupnya, kaum India kerana mereka rasa di ketepikan dan orang Melayu kerana mereka tak dapat projek atau kumpulannya tidak terpilih jadi YB. Jangkaan saya hanya sebahgian kecil yang benar-benar mengundi PR atas dasar prisip.

Nah, jika dakwaan itu benar maka apa akan berlaku jika sekiranya BN mampu membaiki imejnya ?

Maka sebab itu Najib mengambil pendekatan menziarahi Batu Caves yang di katakan oleh pengulas politik, telah berjaya menambat hati kaum India sehingga Hindraf  yang asalnya keras kini menjadi lembut. Ekonomi di libelariaisasikan dan syarat ekuiti Bumiputera dalam penyenaraian di hapuskan dan ini mendapat tepukan gemuruh oleh orang Cina. Untuk orang Melayu, Najib tidak begitu bimbang kerana beliau tahu bila2 saja ia boleh di swing kan balik kepada BN kerana memang asalnya mereka ini penyokong UMNO cuma mereka mengundi PR kerana tak puas hati atas dua faktor yang saya katakan di atas. Sebab itu Najib mencadangkan perlembagaan UMNO di ubah Oktober ini supaya pemilihan dalam jawatan parti nanti lebih menyeluruh dan mendapat sokongan majoriti ahli UMNO. Bajet 2010 di jangka satu lagi strategi yang akan di gunakan Najib untuk mengembalikan keyakinan rakyat.

Adakah Najib akan berjaya dengan strategi ini? Saya tidak pasti, namun satu berita baik untuk PR ialah di dalam satu survey yang di buat oleh Merdeka Centre, satu pusat kajian yang independent, menunjukkan bahawa populariti Najib telah jatuh dari 65% semasa beliau mula menjawat sbg PM kepada 56% dalam masa 3 bulan yang lepas. Ini bermakna sehingga hari ini Najib masih gagal mengubah keadaan. Tekanan kepada beliau semakin kuat maka sebab itu kemenangan di Bagan Pinang ini adalah satu kemestian bagi beliau.

Jadi apa penyelesaiannya ??

Bersambung…….


Responses

  1. Majlis Haul Prof. Dr. Sayyid Muhammad Ibn ‘Alwi Al-Maliki Al-Hasani
    Malam ni di Masjid Taman TAR lepas Maghrib http://pondokhabib.files.wordpress.com/2009/10/haul-sayyid-muhammad-alawi-di-rembau1.jpg

  2. Assalamulaikum. Saya menyanjungi ISMA sebagai salah sebuah harakah Islamiyyah yang berada di Malaysia. Dlm pd kita mengupas isu di bagan pinang, ketika mana sebuah parti politik dikatkan menghentam peribadi calon, memburukkan calon, sikap ini turut sama berlaku dlm institusi jemaah Islam di malysia. pabila sebuah jemaah menghentam jemaah lain, mengatakan dan menghasut mad’u supaya tidak menyertai jemaah ini kerana kekurangan itu dan ini. tidakkah ini sama. pemecah belahan umat Islam yang berkesedaran menjadi smkin hebat. Bilakah semua jemaah islam ini akan bersatu? 2×5, 5×2.

    • Saudara mempunyai sikap yg baik dan saudara wajib berusaha menyatukan ummat. Namun saudara perlu faham setiap gerakan ada idealism yg tersendiri dan ini di benarkan islam. Menyatakan prinsip gerakan dan berpegang kepada prinsip ini tidak harus di terjemah sbg menghasut. Perbezaan ini tidak harus di bawa kepada permusuhan.

  3. Alhamdulillah, semoga segalanya berjalan lancar. Tiada lagi sebarang permusuhan antara kita sesama umat Islam.. Ana menyatakan sedemikian mmndgkan terdapat sesetengah ahli (yang tidak berautoriti) yang telah melakukan perbuatan sedemikian sedikit sbnyak memberi kan satu persepsi negatif terhadap ISMA itu sndiri. dan saya percaya pimpinan ISMA sumenya profesional dlm menangani isu ini.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: