Posted by: aminuddin | 15/10/2009

Bagan Pinang : Bhg 4

Kemenangan Tan Sri Isa membuktikan sekali lagi bahawa politik yg ada adalah politik sentimen. Jelas di sini rakyat memilih populariti calon lebih dari prinsip yang di bawa oleh seseorang calon. Selaku bekas menteri besar selama 22 tahun maka secara naturalnya beliau di kenali masyarakat. Ini di tambah pula dengan sifat beliau yang mudah bergaul dengan orang ramai, maka itu sudah cukup menjadi senjata kemenagan beliau. Walaupun begitu oleh kerana ini kubu kuat UMNO maka saya rasa ia tidak boleh di ambil sebagai benchmark terhadap peralihan pendirian rakyat terhadap BN.

Apa penyelesaiannya ???

Antara kesilapan besar PAS ketika memerintah Terengganu pada 1999 ialah jentera parti gagal untuk meneruskan program tarbiyah ahli. Mungkin terkejut dengan kemenagan yang di capai, jentera PAS negeri lebih sibuk mengendalikan urusan pentadbiran dari mendidik masyarakat. Ini meninggalkan satu lompongan yang besar di dalam masyarakat sehingga ada komen yang mengatakan wakil rakyat PAS kini sudah sukar untuk di temui. Akibatnya PAS di nyahkan dari kerusi pemerintahan pada pilhanraya berikutnya, walaupun PAS cuba mengumpan dengan memberi tol percuma, cuti panjang untuk bersalin dan penghapusan cukai pintu. Apa yang berlaku pada 2004 itu adalah satu pengajaran yang PAS harus renungkan.

PAS harus melihat program pendidikan ini sebagai satu langkah penting untuk jangkamasa panjang. Kemenangan yang ada sekarang tidak harus di isi semata-mata dengan ekonomi tetapi pendidikan minda dan rohi masyarakat. Kejatuhan khalifah Othmaniah bukan kerana kelemahan ekonomi umat islam ketika itu malah rakyat mewah dgn habuan dunia. Kejatuhannya adalah di sebabkan kelemahan rohani pemimpin dan rkayat untuk menangani habuan dunia yang datang mencurah.

Pemikiran rakyat harus di bentuk dan di isi dengan prinsip2 islam yang boleh membawa kepada politik yang matang tanpa perlu banyak mengeluarkan kenyataan2 sentimen yang kadangkala agak memualkan. PAS perlu sedar bahawa generasi akan datang tidak lagi akan terbawa2 dengan sentimen ini tetapi lebih kepada hujjah2 yang bernas. Mungkin pendekatan ini agak lambat dan memakan masa tetapi jika PAS mahu kekal di hadapan dalam politik negara maka langkah ini adalah satu kemestian.

PAS harus bertukar imejnya daripada politik KEKUASAAN kepada politik MENDIDIK. Membaiki masyarakat yang sudah haru biru harus menjadi keutamaan dari menduduki kerusi2 pemerintah sedangkan rakyat semakin rosak akhlaknya. PAS harus tegas dengan polisi dan prinsipnya walaupun terpaksa menggadaikan kekuasaan. Saya sangat sedih, ketika beberapa NGO islam dan peguam2 syarei berjuang untuk mempertahankan kalimah Allah dari di gunakan oleh orang bukan islam di dalam bible, maka terdapat pemimpin islam PR yang menyokong tindakan pihak kristian itu. Apa pendirian PAS ? Saya tidak pasti, yang pasti PAS masih membisu. Jika tidak, saya tidak hairan jika KEDAH dan Kelantan akan jatuh kembali.

UMNO telah cuba menjalankan sistem pendidikan mereka sendiri, maka sebab itu lahirnya sebuah Akademi tetapi saya rasa ia agak hambar kerana objektif UMNO bukan mendidik tetapi mendoktrinkan rakyat. Baru2 ini ada seorang pemimpin UMNO yang menulis buku tentang pendekatan politik baru yang memenkankan politik ilmu sbg satu konsep baru dalam berpolitik ie setiap isu yang berbangkit mestilah di hujjah dgn ilmu bukan emosi dan seseorang itu du beri jawatan berdasarkan ilmu dan idea yang beliau ada bukan kerana kepandaian bercakap. Walaupun niat beliau mulia tetapi untuk mengubah UMNO adalah sesuatu yang mustahil.


Responses

  1. Salam saudara,

    Saya adalah ahli JIM. Saya amat suka membaca pendapat anda. Cuma saya rasa dalam politik ini “Anticapate the outcome is more important than your good attention.

    Contohnya dalam artikel Bagan Pinang 4,

    Anda memberikan kritikan 4 perenggan kepada PAS

    Anda cuma memberi kritikan 1 perenggan kepada UMNO.

    Ini memberi impak yang tidak berapa baik terhadap PAS.

    Saya harap saudara bersetuju dengan saya

    Dalam politik ini “Anticapate the outcome is more important than your good attention.

    • Tkasih atas komen. Sebenarnya bagi saya UMNO ni memang dah banyak orang kritik dan memang semua orang tahu ia parti yg korup dan menunggu masa untuk berkubur. Teguran pd PAS atas dasar perasaan ingin melihat PAS bergerak dgn lebih mantap dan berjaya membawa islam. Masalah ada yg akan keliru, bagi saya itu biasa. Apabila saja kita mula menulis maka akan ada yg lihat positif dan negatif.

  2. sama-samalah kita belajar dan mendidik masyarakat. semua jemaah Islam harus berkerjasama dalam mendidik umat dan menjalankan da’wah.

    • Setiap tahun ada 500,000 pelajar yg menduduki SPM. Saya tidak yakin satu gerakan islam dapat handle kesemuanya dalam satu masa. Pandangan saudara sangat tepat. Kita tidak harus bercakaran dengan perbezaan pendekatan dan pandangan. Ijtihad itu keindahan islam, dua2 dapat pahala.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: