Posted by: aminuddin | 18/10/2009

Najib Bukan Mahatma Ghandi

Mendengar ucapan pembukaan dan penggulungan Najib dalam perhimpunan UMNO baru2 ini seolah-olah ia membawa nafas baru kepada parti terbesar negara ini. Suaranya yang lantang dan penuh semangat serta di sambut tepukan gemuruh para perwakilan membuatkan ramai pemimpin UMNO yang terharu. Di lapurkan ada di antara perwakilan yang menangis terharu. Ada pula yang merasa kembali bersemangat dan sebagainya. Seolah UMNO akan berkuasa selama-lamanya.

Tema yang di bawa kali ini adalah PERUBAHAN.

Tan Sri Muhyidin telah menggariskan 4 fomula untuk berubah. Najib pula mengistilahkan perubahan dengan membawa imej baru UMNO dari parti elitis kepada parti mesra rakyat. Seperti biasa pemimpin2 UMNO lain turut sama memperkatakan perubahan dengan memberi janji2 baru dan keazaman untuk menawan hati rakyat terutama golongan muda.

Saya TERSANGAT YAKIN bahawa kesemua pemimpin UMNO yang duduk di atas pentas sendiri mengetahui bahawa ia adalah sesuatu yang hampir mustahil. Mulut mereka mungkin mengiyakan tetapi hati mereka menolak. Najib tahu, Muhyidin tahu, semua Naib Presiden tahu. Mereka tahu sama tahu. Mereka hanya berlakun je.

Kenapa agaknya ?

Kerana Najib bukan Mahatma Ghandi. Ketika Ghandi nak merubah dan menaikkan semangat masyarakat India bagi menentang inggeris, beliau telah menanggalkan semua pakaian elitnya sebagai seorang peguam yang terkemuka dan menyarung pakaian seorang sami yang di buat dari kain kasar. Kasut di ganti dengan capal, pinggan di ganti dengan mangkuk dari buah kelapa, kereta diganti dengan berjalan kaki ribuan batu. Baru lah dengan itu beliau dapat merubah masyarakat India sehingga inggeris yang gagah perkasa dapat di nyahkan dari bumi India.

Nah, agak2nya Najib boleh ke buat begini ? Kalau tak boleh, jangan harap orang UMNO akan berubah !!!!


Responses

  1. Salam syeikh.
    “Lidah perbuatan lebih fasih dari lidah kata-kata”.
    Satu ingatan buat aktivis dakwah.

    p/s: masa di msia x sempat taaruf pjg, entah syeikh igt lg ke x. Doakan dakwah kami terus subur di bumi Mansurah
    http://mansurah.ismamesir.com

    mansurah,
    Mesir


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: