Posted by: aminuddin | 19/10/2009

Nik Aziz mengaku….

Semalam ketika saya mendenga berita di ASTRO, Tuan Guru Nik Aziz ada menyatakan bahawa “kita terlalu sibuk dengan politik, isu Melayu, isu ekonomi, sedangkan akhlaq masyarakat makin rosak”. Ini respon beliau terhadap isu 2 kes pembuangan anak di Kelantan.

Kenyataan ini saya kira perlu di ambil perhatian oleh PAS agar mereka jelas penglibatan politik mereka. Politik KUASA atau politik MENDIDIK. Mana yang lebih penting, berjuang utk mendapat jawatan atau berjuang membaiki akhlaq masyarakat. Apa erti kita melaungkan kemenangan di sana sini, tapi bilangan penagih dadah, seks rambang, mat rempit, pembuangan anak, kes meninggalkan solah, semakin menjadi-jadi.

Bagi yang berhujah bahawa kekuasaan itu penting untuk baiki masyarakat, perlu melihat balik seerah R saw yang menolak kekuasaan ketika ummat masih belum di didik. Percayalah, kita akan lebih sibuk untuk mempertahankan kekuasaan dari membaiki ummat jika kita berjaya dalam pertandingan politik. Itu adalah lumrah politik. Ini kerana rakyat yang memilih calon atas dasar sentimen, semangatnya tidak akan kekal lama. Dia tidak akan mampu berjuang dan bersama2 calon ketika senang atau susah. Jika calon tidak memenuhi nafsu saraqah mereka maka mereka akan pilih yang lain. Begitulah seterusnya.

Jika UMNO telah mula melaungkan perubahan, maka PAS lebih perlu berubah dari politik KUASA kepada politik MENDIDIK. Ingat, kita akan di tanya Allah ttg sejauhmana kita mendidik masyarakat bukan banyak mana kuasa yang kita ada !!!


Responses

  1. salam, akhi…
    suara dari gunung memang jelas!
    tahniah!!!
    moga2 ahli2 pihak berkenaan dan penyokong dapat menerima hakikat ini…


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: