Posted by: aminuddin | 20/10/2009

PAS boleh kuburkan UMNO jika….

Kenyataan Tuan Guru Nik Aziz bahawa jika UMNO laksanakan islam maka PAS boleh di bubarkan dan bergabung dengan UMNO membayangkan bagaimana kesungguhan Tuan Guru untuk melihat islam berkembang. Tetapi sebagai sebuah parti yang nasionalis dan pemimpinnya mempunyai kepentingan yang sangat besar dalam UMNO, cadangan iu nampak seperti mimpi.

Namun jika di lihat dari satu arah lagi, ia mungkin lebih mudah dan logik. Apa itu ?

Nah, kenapa PAS nak suruh UMNO buat islam ? Bagaimana kalau PAS pula berubah dengan menyelitkan perkataan keramat “MELAYU” dalam perjuangannya ? PARTI MELAYU ISLAM SEMALAYSIA (PMAS). Sehingga hari ini PAS tidak menerima perkataan MELAYU ini kerana alasannya islam itu untuk semua. Tuan Guru sendiri kata kalau Cina itu islam maka PAS  boleh terima jika dia memerintah Malaysia. Satu kenyataan yang tersangat jujur.

Saya nak berikan beberapa hujjah :-

1. Ramai orang Melayu di luar sana yg tak punya parti terutama pengundi muda. Mereka takut undi PAS kerana PAS tidak mempejuangkan Melayu. Mereka juga benci dengan UMNO kerana korupsi dan tidak meletakkan islam sebagai perjuangannya. Mereka menjadi serba salah.

2. Orang UMNO sendiri sudah meluat dgn UMNO. Hanya segelintir saja yang masih kekal di sana. Itupun pasal ada kepentingan peribadi. Namun untuk mereka masuk PAS, mereka bimbang bangsa Melayu akan tergadai kerana PAS tak perjuangkan Melayu tapi UMMAH. Ertinya dengan memasukkan elemen Melayu dalam perjuangan PAS, ia boleh menarik ahli2 UMNO kerana tidak semua ahli UMNO itu korup malah pengalaman saya sendiri menunjukkan mereka lebih ramai ke mesjid dari ahli2 PAS.

3. Mengasihi bangsa sendiri bukan perkauman. Memperjuangakan bangsa demi untuk keadilan dan kemuliaan agama satu kemuliaan dan di tuntuk. Perkauman akan lahir jika perjuangan bangsa ini menimbulkan penindasan kepada kaum lain seperti dasar apartheid di Afrika satu masa dahulu. Tidak ada satu negara dalam dunia yang tidak memuliakan bangsa mereka kecuali di Malaysia.

4. Semua orang tahu 2020 nanti penduduk Malaysia akan terdiri 60% Bumiputera (80% darinya orang Melayu). Cina hanya 20%, India hanya 5%. Dari segi logik akalnya kenapa kita nak bergantung kepada undi minoriti jika kita mampu fokis kepada golongan majoriti.

5. Kalaulah PAS kata dia nak berdakwah kepada orang Cina, saya rasa lebih baik PAS buat kajian dulu. Perbincanagn saya dengan seorang pendakwah bangsa Cina yang bergerak dalam persatuan Cina Islam mengatakan bahawa semenjak merdeka hanya terlalu sedikit saja Cina yang masuk islam walaupun telah banyak usaha di jalankan. Ia bukan satu yang mudah.

Saya yakin jika PAS boleh menerima ini maka tidak ada alasan lagi orang Melayu nak mengundi UMNO.

Bersambung……….


Responses

  1. syukran, ustaz. minta izin copy ke blog ana..

    • ok


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: