Posted by: aminuddin | 21/10/2009

PAS boleh kuburkan UMNO… Bhg 2

Strategi PAS

Kemasukkan PAS dalam PR mungkin adalah ijtihad pimpinan parti islam itu yang merasakan jika mereka bersendirian maka tidak mungkin mereka boleh menewaskan BN. PAS juga beranggapan dengan bergabung bersama-sama PKR dan DAP maka mereka boleh menarik simpati pengundi Cina dan dengan itu mampu untuk menandingi BN. Ijtihad ini mungkin ada kebenaran dengan kemenangan yang di miliki oleh PAS dalam PRU12 lepas.

Kesungguhan PAS untuk menarik pengundi bukan islam nampak begitu ketara sehingga sanggup membentuk kelab penyokong PAS yg terdiri dari orang2 bukan islam. Malah lebih dari itu lagi PAS telah memberi satu calon India untuk bertanding atas partinya di Johor. Bagi saya ini tindakan berani yang di ambil oleh PAS dalam PRU 12 lepas.

Trend

Sejak akhir2 ini hampir semua parti melaungkan bahawa mereka untuk semua rakyat. PAS telah mula memikirkan untuk membuka ahli kepada bukan islam, DAP sudah melantik Timb Pengerusi orang Melayu malah di khabarkan di P.Pinang ramai orang Melayu masuk DAP ! PKR dah memang untuk semua kaum. PPP, Gerakan juga melaungkan bahawa mereka parti untuk semua bangsa. Najib sendiri sudah melaungkan bahawa UMNO untuk semua (adakah peristiwa Dato’ Onn akan berulang ?)

Ramai yang meramalkan bahawa PRU13 nanti adalah “do or die situation” untuk kedua-dua komponen, BN & PR.  Bagi BN terutamanya UMNO, jika mereka gagal menarik 6 juta pengundi baru, ini bermakna mereka akan berada dalam keadaan nazak. PR pula amat bergantung kepada DSAI untuk menang dan dengan usianya yang akan mencecah mungkin 65 tahun, masa bukan lagi memihak kepadanya. Jadi beliau akan berhempas pulas untuk menang dan menjadi PM pd PRU13 nanti.

Agama dan bangsa di Kompromi

Dalam keadaan masing2 terdesak ini kita akan lihat isu2 prinsip yang menyentuh soal agama dan bangsa akan di kompromi. Dalam soal kompromi ini mengikut sejarah, maka orang2 Melayulah yang akan banyak mengalah dan give way kepada bangsa lain.

Saya sangat terkejut apabila membaca satu tulisan seorang pakar undang2 negara bangsa Melayu yang mencadangkan supaya PAS memecat seorang wakil rakyatnya, kerana memperjuangkan isu pengharaman arak, dan mengaggap ia satu liabiliti kpd PR. Saya juga rasa terkilan apabila pimpinan PAS menyerahkan kepada pimpinan PR (yang memang menentang isu Melayu dan agama islam) untuk menentukan samada PAS boleh berbincang (muqabalah) atau tidak dengan UMNO ttg isu Melayu dan agama.

Tidak mustahil jika PAS atau UMNO sanggup berkompromi ttg isu2 asas ini semata2 demi “perpaduan” dalam PR/BN dan akhirnya mampu mengalahkan lawan masing2.

bersambung….


Responses

  1. formula mana yang terbaik antara all of one atau united of diversity?fikir-fikirkan

    bila ketuanan melayu tidak dipellihara. secara automatik agama islam di malaysia akan terancam. wahai pimpinan melayu islam sedarlah. bukan kah slogan “tawanu fii itfaqna, taazaru fii ikhtilafna” adalah antara jalan penyelesaian.

    p/s-sori ustaz.. selama ni senyap…hari ni terkomen pulak..salam ukhuwaah dr jordan


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: