Posted by: aminuddin | 23/10/2009

PAS gali kubur sendiri…?

Apa yang tersiar di akhbar  NST hari memanggil saya untuk memberi komen terhadap ijtihad PAS yang akan di ambil dalam sedikit masa lagi. Saya bukan seorang yang berlatar belakangkan agama apatah lagi seorang ulama untuk membicarakan dari aspek hukum tetapi tulisan ini  hanya sekadar menyuarakan pandangan dari seorang rakyat biasa.

PAS dan Cina

Menurut ketua Lujnah Perpaduan PAS, Dr Mujahid, beliau telah menyiapkan satu kertas kerja yang membincangkan tentang cadangan utnuk melegitimasikan kedudukan Kelab Pennyokong PAS yang terdiri dari orang2 Cina dan India.  Ia samaada :-

1. Sebagai satu sayap sahaja seperti sayap Pemuda; atau

2. Keahlian penuh

Kertaskerja ini akan di bentangkan dalam mesyuarat MT PAS pada bulan hadapan.

Isu memasukkan Cina kedalam PAS di katakan telah bermula semenjak tahun 1946 semasa Dr Zulkifli Muhammad menjadi Presiden dan di perkuatkan kembali oleh Ust Fadzil pada 1999. PAS juga di katakan telah mendapatkan pandangan dari ulama’2 antarabangsa dan mereka memberikan persetujuan untuk PAS membuka keahlian kepada bukan islam kerana islam ini adalah untuk semua. Saya tidak menyangkal dari sudut hukum kerana mungkin ada kaedah fiqh yg membolehkan.

Beberapa persoalan?

Jika benar ini menjadi kenyataan maka sudah tentu, sebagai rakyat bangsa Melayu dan beragama Islam, saya mempersoalkan beberapa perkara :-

1. Kenapa PAS beria-ia benar untuk menarik orang bukan islam. Kalaulah PAS kata dia duduk dalam Pakatan Rakyat, maka seharusnya tugas DAP  atau PKR lah yang menarik pengundi Cina. PAS fokus pada orang Melayu. Adakah ini bermakna DAP atau PKR tak buat kerja utk tarik orang bukan islam menyokong PR?

2. Apa akan jadi pada DAP atau PKR yang juga melobi keahlian orang2 bukan islam? Tidakkah akan timbul konflik?

3. Kalaulah pada 2020 nanti penduduk negara terdiri dari 60% Bumiputera dan Cina hanya sekitar 20% dan India 5%, kenapa PAS nak fokus pada yang minoriri bukan yang majoriti.

4. Pada PRU13 nanti ada di anggarkan ada seramai 6 juta pengundi baru yang mana 60% Bumiputera (atau 3.6juta) Adakah PAS tak yakin dengan jenteranya untuk menarik pengundi baru?

5. Jika PAS tak boleh berbincang dgn UMNO, orang Melayu dan beragama islam, tidakkah pelik kini PAS bukan saja boleh berbincang malah akan duduk sekali dgn orang bukan islam? Kaedah usul Fiqh mana yang PAS pakai?

6. DAP parti Cina, PKR juga banyak di terajui Cina dan India, kini PAS pula akan di “anggotai” Cina & India. Kalau dalam keadaan sekarang pun PAS sudah banyak mengal;ah dalam isu2 arak dan yang seumpamanya, maka adakah PR akan boleh bersuara dan mempertahankan islam lagi pd ketika itu?

7. Untuk memasukkan Cina dalam PAS maka sudah tentu akan ada perubahan perlembagaan yang perlu di buat. Maka adakah PAS akan mengubah dasar islamnya  untuk “accomodate” ahli2/sayap Cina dan India.

8. Adakah PAS  layak di gelar Harakah Islam atau hanya sebuah Parti Politik yang bertujuan untuk mendapat kekuasaan semata? Adakah dengan itu pencinta-pencinta islam akan masih mengundi PAS atau mereka lari ke UMNO?

Amat banyak persoalan yang harus saya cari jawabannya. Kita tunggulah apa keputusan MT PAS nanti. Jika kepimpinan PAS membenarkan orang bukan islam menjadi ahlinya, maka bagi saya PAS hanya menggali kuburnya sendiri….

Tukar Nama PAS

Dan saya juga mencadangkan supaya PAS menukar namanya dari PAS kepada PPK (Parti Pelbagai Kaum), kerana islam bukan lagi perjuangannya tapi kekuasaan yang di taggih.


Responses

  1. minta izin copy paste artikel ini ya En Aminuddin =)

    • Silakan

  2. persoalan yang timbul skrg. kenapa pas menukar slogannya dari “membangun bersama islam” kepada “pas untuk semua”?

    adakah pas cukup terdesak utk mendapat sokong semua kaum? akhirnya, prinsip tergadai. atau ini adalah startegi politik. persoalan ini masih tidak terjawab. konflik demi konflik berlaku sehingga tok guru menyarankan untuk buat mesyuarat khas.

    moga pimpinan pas dapat mengkaji dgn baik. jgn biar rakyat smkn tidak percaya kpd kepimpinan pas. wallahu’alam

  3. PAS mungkin nak sangat berkuasa ke?? yang sekarang pun jenuh cakap berlapik sbb nk jaga hati orang bukan Islam..samapi terserlah ke-LEBRAL-lan pemimpin2 PAS..Allah musta`an

  4. Kamu sangat angkuh

    • Yang menegur itu angkuh atau yg tak mau terima teguran itu angkuh?

      • Salam,

        Awak buat tuduhan bukan teguran

        “Dan saya juga mencadangkan supaya PAS menukar namanya dari PAS kepada PPK (Parti Pelbagai Kaum), kerana islam bukan lagi perjuangannya tapi kekuasaan yang di taggih”

        itu tuduhan ke teguran?

        Jadi siapa yang angkuh dalam berkata-kata.

        Angkuh atau takabbur, itu maksudnya membesarkan diri, pada masa yang sama merendahkan orang lain.

        Cth yg qat’i ketika Iblis yang angkuh/takabbur meninggikan dirinya dan merendahkan Adam dari bangsa manusia

        Anta sebenarnya Ustaz atau bukan? Kalo tgk ‘about’ takde pun kelulusan agama/syariah, tapi orang dok panggil awak ustaz. Saya nasihatkan kalo bukan ustaz, sila terangkan pada manusia, jika ya, maka tulislah dalam ‘about’ sebab itu bukan riyak tapi itu sgt penting dalam tradisi ilmu.

        PAS mengamalkan tahaluf siyasi, dan Yusuf Al-Qaradhawi sendiri menyokong tahaluf siyasi bahkan mengiktiraf PAS sebagai gerakan ISLAM.

        Saya bukan nak sokong mana2, tapi kalo dah itu yang benar takkanlah nak cakap salah.

        Yang patut, awak cuba faham siyasah syariyyah betul2 barulah awak komen. Igt, bercakap atas ALLAH apa yang awak tak tahu itu tempatnye neraka. Bukan semua topik layak dibicarakan semua umat Islam, ada topik ulama’ saja layak.

      • Kebenaran itu kadangkala amat pahit untuk di terima.

  5. Lagi satu, ISMA hanya pandai mengkritik? Saya nak tanya siapa yang awak akan undi bila pilihan raya?

    • Memang sifat manusia sukar menerima kritikan.

      Perjuangan islam lebih dari sekadar undi.

  6. Awak ni tak ubah mcm orang2 lain yang hanya sibuk dgn fikrah tapi takde ilmu agama yg cukup

    Islam agama praktikal, jadi kena guna semua peluang.

    من رأى منكم منكرا فليغيره بيده

    Hadis ini menunjukkan kepada pentingnya mendapatkan kuasa untuk amr ma’ruf nahi munkar

    Jika dalam soal nabi menolak menjadi pemimpin di mekah, itu adalah kerana wujudnya kompromi yang umat Islam tidak boleh buat.

    Jadi adakah ISMA nak kata dia akan bertanding pilihanraya untuk mengubah masyarakat? Atau ISMA kata duduk jelah kita jadi NGO, biar org kafir perintah negara? or ISMA nak kata takpelah biarla sahaja yg byk dosa dari kalangan org Islam jadi pemimpin, kita tak sanggup nak tanggung.

    Saya bukan orang PAS jadi saya tidaklah yang dikritik. Tetapi saya berpegang pada ajaran Islam.

    PAS menggunakan tahaluf siyasi yg Yusuf Al-Qaradhawi sendiri dokong.Jadi saya tak faham kebenaran pahit yang mana awak sebut?

    Awak bercakap atas akal bukan atas ilmu yang kukuh. Intro awak sendiri dah cakap yang awak tak pandai agama, so takyah lah komen, senang saja.

    Berhentilah daripada menjadi SU Agung ISMA, biarlah Ulama yang pegang jawatan tu…awak tu tak layak.

    Akhir sekali, mmglah perjuangan Islam bukan sekadar undi, tapi itu sebahagian daripadanya..jadi jgnlah merendah-rendahkan..

    • Terima kasih atas nasihat. Teruskanlah membaca blog saya dan berilah pandangan.

  7. kalau saya cakap benar, katakanlah benar, kalau saya cakap salah katakanlah salah.

    Bawakanlah hujah awak nak kata saya salah (saya kata awak kata saya salah sebab awak kata saya tak terima kebenaran)

    • Benar atau salah tidak penting. Yg lebih penting percambahan idea. Kemudian masing2 ijtihad mengikut ilmu di dada


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: