Posted by: aminuddin | 01/11/2009

BAJET 2010

Pengumuman Bajet 2010 yang di buat oleh YAB PM pada 23 Oktober lepas telah mengjdang pelbagai reaksi dari rakyat, ada yang bersetuju dan ada yang tidak. Sebagai ringkasan elok juga saya memberikan sedikit senarion tentang bajet tersebut.

Latarbelakang

Untuk memahami kenapa semua cadangan2 Bajet itu di buat tidak akan sempurna jika kita tidak memahami latarbelakang situasi yang negara alami sekarang. Elok dengan itu kita sam-sama tinjau apa yang berlaku di sekeliling kita :-

  1. Aspek Politik. BN agak tertekan masa ini dengan kebangkitan PR. YAB PM mempunyai tugas besar untuk meyakinkan rakyat bahawa BN mampu memberi menfaat kepada mereka. Jadi PM harus mengemukakan banyak pelepasan cukai kpd rakyat. Oleh kerana ini merupakan ucapan sulung beliau selaku PM dan Menteri Kewangan 1 maka beliau ingin memastikan Bajet ini dapat meyakinkan bukan saja golongan usahawan, pelabur asing tetapi yang lebih penting RAKYAT.
  2. Aspek Ekonomi.

–          Ekonomi dunia masih berada dalam zaman kemelesetan. Di jangka hanya akan mula pulih pada hujung 2010

–          Pendapatan negara jatuh dari RM175billion pd 2008 ke RM162b pd 2009. Di jangka ia akan jatuh lagi ke RM148b pd 2010

–          Pelaburan asing jatuh dari RM19b 2008 ke RM3b pd 2009

–          Perbelanjaan telah bertambah sehingga kerajaan terpaksa ”inject” kepada RM1b setiap bulan

–          Kerajaan telah memberikan Pakej Ransangan sebanyak RM67b pada tahun ini tetapi perlaksanaanya masih lambat dan di jangka akan hanya memberi kesan pada penggal ke 4 2010.

–          60% pendapatan negara bergantung kepada industri minyak. Keadaan ini sangat membahayakan.

–          Sebanyak RM33b dari pendapatan di gunakan untuk memberi subsidi kepada bahan2 utama spt minyak & makanan. Ini di anggap oleh kerajaan perlu di kurangkan

–          Ketirisan yang melampau seperti yang di laporkan dalam Laporan Jabatan Audit Negara. Contohnya sebuah laptop harga pasaran RM7k tetapi telah di beli oleh kerajaan dgn harga RM30k.

Pendapatan yg berkurangan ini menyebabkan kerajaan terpaksa membuat pinjaman. Jumlah pinjaman telah meningkat dari RM306b pada 2008 kepada RM362b pd 2009. Kos juga akan bertambah kerana pinjaman ini mempunyai interest.

3.  Aspek Sosial.

–          Kadar pengangguran masih agak tinggi; 4%.

–          Rasuah dan Penyalahguanaan kuasa masih berleluasa.

–          Keciciran dalam pelajaran terutama di kalangan Bumiputera

–          Kadar kemalangan yang sangat tinggi

Komen

Ini adalah merupakan Bajet Deficit tahun ke 13 di bentang oleh kerajaan. ”Deficit” bermakna pendapatan negara tidak cukup untuk menampung perbelanjaan. Oleh itu kerajaan perlu meminjam dan dalam masa yang sama menjana pendapatan baru serta mengurangkan perbelanjaan.

  1. Untuk memulihkan pendapatan dan perbelanjaan negara, kerajaan telah mengenakan :-

–          Cukai Hartanah 5%. Ini telah mnegundang reaksi negatif dari pengusaha hartanah kerana di jangka pasaran hartanah akan jatuh.

–          Mengenakan RM50 fee keatas kredit kad. Di jangka kerajaan akan memperolehi RM550juta hasil

–          Mengurangkan subsidi. Ini akan memberi kesan kepada harga barangan.

–          Mengurangkan perbelanjaan operasi negara sebanyakak 15%. Ini akan menjejaskan banyak peniaga2 kecil yang bergantung kepada kontrak kerajaan.

–          Melancarkan 1Malaysia Sukuk (Islamic Bond). Ini akan menjana pendapatn  sebanyak RM3b. Pelabur akan di beri interest sebnayk 5% setahun selama 3 tahun.

–          Kerajaan akan menswastakan banyak syarikat2 kerajaan bagi memastikan pentadbiran yg lebih cekap serta mengurangkan beban perbelanjaan kerajaan. Risikonya harga akan bertambah dan Rakyat akan di bebani dengan tekanan ekonmi yang lebih teruk. Tengok saja penswastaan Tol.

– 2. Kerajaan juga telah memberikan beberapa insentif kpd Rakyat, antaranya :-

–          Elaun persendirian di tambah RM1,000

–          Elaun EPF & Insuran di tambah RM1,000

–          Elaun beli Broadband RM500

–          Special Allowance RM500 utk kakitangan kerajaan

–          Biasiswa utk 30 pelajar pintar terbaik negara

3. Beberapa pandangan

  1. Adakah kerajaan benar2 tidak ada wang ? Melihat kepada kadar ketirisan yang ada, saya merasakan kerajaan harus lebih serius melihat aspek ketirisan ini dari mengenakan pelbagai cukai kepada rakyat. Dengan sumber alam yang melimpah ruah di negara ini saya yakin masalah kewangan ini dapat di atasi dengan membaiki sistem pentadbiran negara. Ini bukan kali pertama Ketua Audit Negara ,elapurkan ketirisan tersebut tetapi tindakan nya masih belum jelas.
  2. Pendekatan ”Value For Money” yang akan di ambil harus di beri pujian dan menjadi harapan rakyat penilaian ini akan dapat di jalankan dengan baik tanpa banyak campurtangan pihak ”tertentu”
  3. Tidak ada peruntukan yang di berikan kepada pihak NGO yang memainkan peranan besar dalam melahirkan masyarakat yang madani.
  4. Usaha untuk membaiki infrastruktur (terutama jalan2 di peringkat negeri) juga masih tidak nampak bagi mengurangkan kadar kemalangan jalanraya.
  5. Rombakan terhadap GLC harus di lakukan bagi emmastikan mereka tidak bersaing dengan peniaga tempatan yang lain kerana keujudan GLC bukan untuk menjadi pesaing tetapi pemangkin kepada usahawan negara.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: