Posted by: aminuddin | 15/11/2009

Cerita Tok Batin

Satu hari seorang Tok Batin ingin mengajar anaknya memanah. Lalu beliau bertanya anaknya ” Wahai anakku, ke arah manakah engkau hendak memanah ? Si anak menjawab “Aku akan memanah ke pokok yang tinggi itu”. Menyedari bahawa beliau perlu menanamkan cita2 yang tinggi kepada anaknya maka si Tok Batin berkata “Wahai anakku, jika engkau memanah ke pokok itu maka jika ia tidak mengena maka ia akan jatuh kebumi. Tetapi sebaliknya jika engkau memenah ke bulan dan tidak mengena maka sekurang2 nya anak panah itu akan jatuh ke gunung”.

Moral dari sketsa ini ialah seseorang itu harus mempunyai cita2 yang tinggi. Ini lah yang di ajarkan oleh R saw kepada para sahabat ketika mereka sedang menggali parit di dalam peperangan khandak di mana R saw telah menjanjikan kepada mereka kota Rom dan Parsi. R saw juga telah memberi keyakinan kepada sahabat Baginda apabila mereka mengadu terhadap seksaan yang di kenakan oleh pihak Quraish di Mekah. Lalu  R saw menjawab bahawa akan tiba masanya di mana tidak ada apa yang menakutkan seseorang ketika dia berjalan dari Sanaa ke Hadramaut melainkan serigala yang akan memakan kambingnya.

Kebetulan beberapa hari yang lepas semasa saya di KLIA, saya sempat membaca buku “I Bought The Monk’s Ferari”yang menceritakan bagaimana seorang pekerja di India telah akhirya menjadi CEO kepada sebuah syarikat antarabnagsa. Beliau menceritakan semuanya bermula apabila beliau terlihat sebuah Ferari di Kota Mumbai semasa beliau berusia belasan tahun. Beliau sangat kagum melihat kereta yang mahal itu dan berazam untuk memilikinya satu haru nanti.

Cita2 yang tinggi akan melahirkan peribadi yang sentiasa ingin mengislah diri, berani mengharungi cabaran dan tidak melihat isu2 yang kecil dan remeh temeh sebagai satu halangan yang besar. Kebanyakkan kita berada dalam zon yang sangat “selesa” sehingga kita tidak lagi memikirkan keperluan untuk meningkatkan diri. Kita lebih senang menjalankan kerja2 yang rutin dari mengekplorasi perkara2 baru. Kita terikat dengan skema yang ada hingga menganggap yang lain dari itu adalah salah dan tersasar.

Saya merasa sedikit terkilan apabila seorang sahabat saya yang menceritakan bahawa beliau terpaksa melepaskan jawatan sebagai Presiden sebuah persatun islam yang menggabungkan semua masyarakat islam antarabangsa di tempat beliau belajar. Alasannya kerana sibuk dengan pelajaran. Dalam masa yang sama beliau menceritakan bagaimana beliau berjaya menyelesaikan perbezaan pendapat di antara dua puak besar yang sedang bertelagah.

Nah, saya tidak mahu menghukum sahabat yang saya kasihi ini kerana beliau lebih tahu relaiti. Tetapi cuba bayangkan jika beliau terus memegang jawatan tersebut, apakah pengalaman yang beliau akan perolehi ? Saya amat yakin beliau akan menjadi jauh lebih matang dari yang lain kerana pendedahan yang beliau hadapai. Imejnya akan naik dan beliau akan di thiqahi oleh masyarakat antarabangsa. Walaupun ia hanya komuniti yang kecil tetapi tidakkah seorang pemimipin itu bermula dari tempat yang kecil.


Responses

  1. salam..ISMA mesir ni ade masalah cket la..derang tak komit dengan persatuan tp memecahbelahkan

    • Sangkaan2 negatif ini satu yg lumrah untuk orang yang banyak bekerja

  2. ingin menjadi manusia yang luar biasa. gerak kerja pun mesti luar biasa. terima kasih ustaz. ada kelapangan ana nak berjumpa ustaz di bangi.

    salam satu ikhwah dari jordan

    • ok, call bila2 free

  3. Ustaz.. apa prioriti utama utk kami yg baru nak menghidupkan tarbiah di India ni? ana ada 3 tahun lagi sebelum tamat belajar. sekarang sudah masuk setahun ISMA membantu kami mengenal dakwah ini

    • 1. Kenalpasti, kumpul team untuk sama2 berdakwah
      2. Susun program berkala. Isma boleh bantu
      3. Susun program utk pelajar lain utk sebarkan dakwah ini.
      4. Buat jaringan dgn gerakan2 lain utk timba pengalaman mereka.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: