Posted by: aminuddin | 15/11/2009

Zaman Perpecahan

PAS berpecah…..

UMNO berpecah……

MCA berpecah…….

MIC berpecah……

PKR berpecah…….

Gerakan Islam…..?????

Senario poltitik negara hari ini membayangkan hakikat bahawa makhlok yang bernama manusia itu memang susah untuk bersatu. Samada mereka golongan islam mahupun golongan kufar, hakikatnya mereka tetap manusia dan sebagai manusia mereka ada naluri yang mempunyai idealism tersendiri. Mereka  ingin pada kekuasaan kerana tidak suka dikuasai. Kalau kita tengok sejarah islam, perpecahan ini bermula pada zaman Saidina Othman lagi hinggalah ia berlarutan ke zaman2 berikutnya hingga ke hari ini.Peprecahan ini kita dapati bukan saja melanda parti2 politik malah ia juga terjadi kepada gerakan islam.

Sekali pandang memang ia agak menyedihkan dan ada kala kita kebingunagan kenapa ia terjadi sedangkan kita semua faham perpecahan itu di benci islam. Namun realitinya ia sesuatu yang sangat sukar di bendung, terutama apabila ummat islam semakin berkembang.

Dari satu sudut lagi, mungkin ini yang dikatakan bahawa perbezaan dalam pendapat merupakan satu rahmat kepada manusia. Cuba bayangkan kalau semua manusia sama saja pemikirannya di mukabumi ini. Apa akan jadi agaknya? Sebaliknya setiap generasi baru yang di lahirkan akan ada pemikiran2 baru yang timbul yang tidak boleh di sekat. Dengan pendedahan yang lebih luas, pengetahuan yang bertambah, teknologi yang berkembang menyebabkan manusia tidak boleh di sekat pemikirannya. Jika di sekat ia akan menimbulkan ledakan yang akan meletup apabila tiba masanya. Akhirnya berlakulah apa yang terjadi hari ini. Di Amerika menyaksikan seorang anak kulit hitam menjadi Presiden, parti LDP di Jepun yang sudah memerintah puluhan tahun kini jatuh, keterbukaan ekonomi Cina kepada barat, kejatuhan komunis di Rusia, kejatuhan regim Suharto di Indonesia dan yang seumpamanya.

Ada orang yang boleh menrima perbezaan pendapat, ada yang tidak boleh. Menerima perbezaan bukan bererti lemah dan menolak pula bukan bererti kuat. Ia adalah lahir dari ijtihad masing2. Jika benar, dia mendapat 2 pahala, jika salah, dia mendapat 1 pahala. Kenapa harus kita sesak nafas ? Apa yang penting ialah sesuatu organisasi itu mesti mempunyai seorang pemimpin yang boleh mengendalikan perbezaan ini.  Seorang pemimpin perlu sedar dan jelas bahawa suasana dunia hari ini semkin berubah dan memerlukan perubahan. Andaikata seseorang pemimpin tidak mampu untuk menerima perubahan ini maka ia akan jadi tidak relevan lagi.

Dalam hal ini saya sangat akur apabila saya dapati saya menghadapi kesukaran berdepan dengan pelbagai perubahan dalam dunia kerjaya saya yang semakin hari semakin berubah. Kakitangan saya mempunyai kemampuan yang jauh lebih terkini dari saya dan ini menyebabkan saya rasa perlu mereka di beri peluang untuk terus meneroka teknologi baru. Hasilnya saya dapati ia seusuatu yang sangat baik untuk firma saya.

Akhirnya, walau apapun hujah yang di berikan, perbezaan itu akan tetap berlaku. Yang penting kita semua kena tahu dimana kita boleh berbeza dan di mana kita perlu bersatu. Orang2 kafir di nyatakan oleh Allah swt bahawa mereka akan bersatu apabila berdepan dengan puak islam, walaupun zahirnya mereka berbeza dalam pelbagai aspek. Seorang pemimpin harus kenal batasan2 ini untuk terus relevan dalam masyarakat mereka. Jika tidak, perpecahan ini akan hanya membawa kemusnahan yang dahsyat.

 


Responses

  1. ‘dan Dia (Allah) lah yang mempersatukan hati mereka (org yg beriman). Walaupun kamu menginfakkan semua (kekayaan) yg berada di bumi, nescaya kamu tidak dapat mempersatukan hati mereka, tetapi Allah telah dapat mempersatukan hati mereka. Sungguh, Dia Maha Perkasa, Maha Bijaksana’ (8:63)

    Jzkk akhi atas perkongsian menarik. Moga Allah satukan hati2 kita


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: