Posted by: aminuddin | 16/11/2009

“UMNO : Akhir Sebuah Impian”

Kebetulan semalam semasa saya menghantar anak2 untuk membeli buku, saya ternampak sebuah buku yang bertajuk seperti di atas yang di karang oleh Tan Sri Dato’ Seri Mohamad Rahmat, bekas MP, Menteri Penerangan dan juga SU Agong UMNO di zaman Tun Mahathir.

Tanpa berlengah saya terus membeli kerana ingin tahu apa yang beliau tuliskan. Mengetahui beliau merupakan seorang pemimpin kanan UMNO dan kerajaan dan telah berkecimpung dalam politik selama 40 tahun semenjak TAR, maka saya yakin ia mungkin sesuatu yg bermanafaat untuk di baca sebagai pengetahuan. Saya mula membaca pada pukul 5.30pm hingga ke 11pm dan esoknya sambung hingga ke 8am. Tulisannya yang agak bersahaja dan maklumat2 yang tidak diketahui selama ini membuatkan saya tak boleh berhenti membaca.

Apa yang boleh saya simpulkan dari pembacaan ini ialah:-

1. perebutan kuasa yang hebat di kalangan pimpinan UMNO semenjak Hussein Onn lagi yang sudah sebati dengan orang2 UMNO. Perangai ini tidak mungkin dapat di ubah kerana setiap menteri ingin kepada jawatan no.1. Tikam menikam, tuduh menuduh antara sesama mereka merupakan perkara biasa.

2. Dalam nak mencapai impian mereka, mereka sanggup lakukan apa saja hatta menggunakan jentera kerajaan dan duit rakyat. Ini jelas dalam peristiwa untuk menawan Kelantan dari PAS dan Sabah dari PBS. Beberapa ratus pegawai2 kerajaan telah di hantar untuk merisik dan meninjau sentimen rakyat dan melancarkan perang saikologi.

3. ketaatan pada pemimpin mengatasi segala2nya walaupun terpaksa menggadaikan maruah diri. Ini kerana semata2 untuk menjaga periuk nasi sendiri. Walaupun diri di hina tetapi tetap taat kerana takut hilang jawatan.

4. keanggkuhan, keegoan dan hati kering Tun Mahathir jelas di nyatakan dalam beberapa sesi perbincangan dengan beliau. Sikap Mahathir yang jelas sentiasa mencari kelemahan orang lain dalam nak menutup kelemahan sendiri.

5. sifat kedekut di kalangan pemimpin2 UMNO juga terserlah dalam satu peritiwa yang di ceritakan walaupun pada hakikatnya mereka semua “kaya raya”.

6. beberapa menteri pernah di tipu oleh orang bawahan UMNO supaya menyokong Anwar dalam merebut jawatan Timbalan Presiden melawan Ghafar Baba.

Sehabis membaca helaian terakhir buku ini, saya tidak pasti:-

Adakah lagi nilaian moral yang tinggal dalam UMNO ?

Di manakah perjuangan Bangsa dan agama didalam UMNO?


Responses

  1. perkongsian yang baik akhi. =), kenapa psikologi dieja dengan gaya sebutannya? huhu~ apa pun, jzkk…

    • itu gaya org dah dewasa menulis. insyaallah akan di baiki di masa depan.

  2. baru je beli buku tu hari nie…..
    mesti bagus…..


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: