Posted by: aminuddin | 26/11/2009

Dia Guruku, dia murabbiku dan dia kekasihku

Aku teragak-agak untuk menulis hal ini namun teringatkan jasanya kepada ku maka aku berani menulisnya.

Semalam aku di maklumkan bahawa bekas guruku telah di masukkan ke hospital kerana mengalami beberapa penyakit yang kronik. Mendengar berita tersebut aku menjadi gelisah dan mahu segera menziarahinya. Namun kerja harian membataskan diri untuk pergi segera sehinggalah ke tengahari.

Selepas habis menjalankan tugas aku bergegas ke hospital HUKM untuk menziarahi guruku. Hati menjadi berdebar kerana sudah lama aku tidak ketemu dengannya. Bukan apa, masing-masing sibuk dengan tugasan.  Dalam hati terasa malu juga kerana jarang aku menziarahinya sedangkan jasanya kepadaku sangat besar. Kali pertama aku berjumpa dengannya ialah pada tahun 1981 dan kali terakhir pada 1999. Sesampai aku ke biliknya aku dapati beliau sedang tidur nyenyak. Aku tidak di benarkan menggerakkannya kerana takut mengganggu kerehatan beliau tetapi di dalam hati Allah saja yang mengetahui betapa aku ingin mendengar suaranya. Suara yang pada satu ketika dulu ku dengar saban hari saban malam, suara yang pernah menggegarkan hati dan perasaanku, suara yang menjelaskan matlamat hidup sehingga aku sedar kesilapanku, suara yang menarik diriku ketika aku berada di hadapan pintu neraka, suara yang membasahi jiwaku dengan ayat2 Al Quran dan Hadith, suara yang tidak mungkin aku lupakan walau hingga akhir hayatku.

Aku merenung wajahnya, yang kini sudah kelihatan uzur, dalam2. Wajah yang sentiasa tersenyum dan tidak pernah mengaduh kesakitan sepanjang hayatnya walaupun beliau menghidapi sakit yang sangat berat hingga menyebabkan beliau tidak mampu untuk bangun. Sayu sekali aku melihat keadaanya namun apakan daya itu semua takdir Allah. Dialah yang mengetahui apa yang baik untuk hambanya.

Fikiranku mula terkenang sejarahnya yang mendapat tarbiyah di Iraq pada awal tahun 60an. Ketika beliau balik ke Malaysia sekitar awal 70an tidak ada sesiapa yang ada ketika itu. Beliau di kira generasi pertama yang membawa fikrah ini. Beliau bergerak keseorangan selama 6 tahun di merata pelusuk tanahair tanpa rasa jemu dan letih, namun tidak ada yang mahu menerima dakwahnya. Hinggalah di akhir 70 barulah ada beberapa insan yang mahu menerimanya dan dari situlah bermulanya dakwah beliau hinggalah ke hari ini yang mana aku di fahamkan sudah ada ribuan manusia yang telah di tarbiyah. Kesungguhan dan kesabarannya bergerak keseorangan cukup mengkagumkanku dan ramai orang lain.

Kalau hari ini pendakwah mengeluh dengan kerja yang banyak sedangkan bahan2, rakan dakwah sudah melimpah ruah. Tetapi beliau dengan seorang diri dengan berbekalkan bahan yang sangat terbatas mampu untuk terus istiqamah. Pernah satu ketika aku bertanya kepada beliau; bagaimana beliau mampu berdakwah seorang diri selama bertahun2 tanpa rasa penat dan tidak futur. Dengan nada penuh kesedaran beliau menjawab; ” Kalau nak di kira dari segi  ilmu, ana tidak mempunyai banyak untuk mendidik manusia tetapi ana teringat pesan murabbi supaya MENYAMPAIKAN dakwah ini pd orang lain. Jadi perasaan MASULIAH (TANGGUNGJAWAB) terhadap dakwah inilah yang memberikan kekuatan pd ana untuk terus berdakwah walaupun manusia tidak mahu menerimanya”. Bukan itu saja, kemampuannya untuk mengolah bahan2 tarbiyah yang di dapat dari tanah Arab dalam bentuk yang sesuai untuk orang Melayu, sukar untuk di tandingi. Sehingga kini aku tidak berjumpa lagi mana2 gerakan dakwah yang mampu menandingi kaedah beliau.

Nah, aku menjadi semakin gelisah kerana tidak dapat berkata-kata dengannya. Hatiku berbelah bagi samada aku harus gerakkannya atau tidak. Melihatkan keadaan sakitnya  yang agak serius, aku tidak samada aku boleh ketemunya lagi selepas ini. Untuk beberapa ketika aku terdiam dan menjadi serba salah. Akhirnya aku nekad untuk menghampiri beliau dan memegang tangannya. Ya Allah, gementar sungguh hatiku bila menyentuh tanganya yang sudah begitu lemah. Gementar bukan kerana aku takut tetapi terasa tangan ini seolah-olah tidak layak menyentuh jari jemari pejuang islam ini yang berkoraban seluruh hidupnya untuk dakwah. Terasa kerdil sungguh diri ini. Aku bertanya kepada diriku; mampukah aku bertahan dgn dakwah ini sebagaimana guruku? atau aku akan layu di tengah jalan? Walaupun airmata tidak menitis di pipiku namun di dalam hati ianya menderu bagaikan ombak lautan. Lantas aku berdoa; “Ya Allah, aku menjadi saksi keatas guruku bahawa beliau telah menjalankan tanggungjawabnya terhadap agamaMu. Berilah keampunan dan rahmat yang melimpah ruah ke atasnya. Diriku menjadi hujjah di atas pengorbananya”

Dengan hati yang sangat berat aku melangkah meninggalkan kamarnya. Hatiku puas kerana dapat bertemu dengan beliau walaupun hanya sekadar menyentuh tanganya. Aku sedar diriku terlalu kecil berbanding dengan jasa beliau dan aku berdoa mudah2an setuhan ku tadi mengalirkan keberkatan di dalam diriku.

Dialah Guruku, dialah murabbiku dan dialah kekasihku.


Responses

  1. jazakallah akhi,
    boleh kami tau siapa gerangan guru anta tu?

    • namanya UDMZ. kalau nak tahu detail, kita kena ketemu.

  2. ust dahlan ke???

  3. Innalillah..

    Ustaz keadaannya stabil ke tak? Saya pun teringin lama nak jumpa tokoh tersebut…tapi apakan daya, hidup di oversea..

    • Setakat hari ini tiada maklumat. Doakan yg terbaik untuknya.

  4. Salam ziarah Syeikh,

    Muga UDMZ diberikan kesihatan untuk terus bermanfaat buat ummah.

    A.S.

  5. Syafaakallah…semoga kt mencontohi perjuangan & pengorbanan UDMZ terhadap Islam.

  6. Salam..

    Alhamdulillah beliau kini sudah berada di Perlis.. Beransur sihat..

    Beliau masih istiqamah dgn dakwah & tarbiah beliau, anak murid beliau terus berkembang walaupun ada yg meninggalkan (mufarokah) dengan beliau pada era 90an dulu…

    Ikuti kisah perkongsian beliau di:

    http://zharif05.blogspot.com/2010/02/murrabi-ummah.html


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: