Posted by: aminuddin | 09/12/2009

Budaya Pak Turut

Membaca buku yang di tulis oleh seorang peguam terkenal dan bekas menteri, Dato’ Zaid Ibrahim yang bertajuk “Dari Hati Yang Ikhlas”, agak menarik hati saya. Beliau yang mengaku mempunyai fahaman islam yang liberal telah cuba mengupas akan kelemahan2 orang Melayu yang menyebabkan mereka jadi jumud, tidak berani dan tidak kreatif. Walaupun beliau tidak di kenali sebagai seorang yang “islamik” tapi idea2 yang di lontarkan oleh beliau mungkin boleh kita fikirkan sebagai bahan muhasabah dan islah diri. Beliau cuba menganalisa sikap orang2 Melayu yang baginya tidak terbuka dan sukar untuk berubah.

Antara faktor utama berlakunya sikap sebegini ialah di sebabkan budaya pendidikan orang Melayu, samada di rumah ataupun dalam sistem pembelajaran agama, yang menekankan aspek Adab. Beliau tidak menafikan peri pentingnya adab ini tetapi penekanan yang berlebihan menyebabkan anak atau murid tidak berani mengeluarkan hujah sendiri, malas berfikir, takut untuk membuat sesuatu yang berbeza kerana di bimbangi salah dari segi syarak. Si guru agama/ibubapa akan cepat menegur jika idea yang di beri agak berlainan. Akhirnya apa yang akan berlaku ialah sikap Pak Turut. Orang Melayu hanya sekadar membuat apa yang di suruh yang berlegar dalam “Framework” yang sudah di  “Strucured”. Mereka tidak mempunyai visi yang tinggi dan tidak tahu menilai  kemampuan diri. Mereka juga akan malas befikir dan mudah kalah dengan suasana yang ada di sekeliling. Melihat kekayaan sesuatu yang jelek bukan yang harus di capai. Penguasaan ilmu terlalu cetek untuk menyelesaikan masalah masyarakat.

Melayu seperti ini tidak akan mampu untuk “survive” dalam dunia yang penuh dengan cabaran ini. Akhirnya, yang menguasai, tetap bangsa lain.

Nah, adakah ini berlaku dalam sistem “didikan” gerakan islam?

Saya pernah bersembang dengan seorang aktivis islam dari sebuah NGO dimana beliau melahirkan rasa kekecewaan melihat gerakan islam yang begitu lembab. “They know islam, they can preach very well but I wonder what happen to them? Why are they so slow?” Begitulah lebih kurang keluhan beliau. Saya menjawab “Yes, I agree with you, that they understand islam well but most of islamic workers lack DYNAMISM”.

Ya, mereka tidak ada tenaga, tidak mempunyai semangat yang tinggi. Membuat hanya pada apa yang di pinta secara ala kadar. Tidak lebih dari itu. Saya tidak pasti adakah sikap ini lahir kerana tarbiyah yang di lalui ataupun sikap semula jadi. Kalau sikap semula jadi, maka itu sesuatu yang di luar kawalan, hanya doa sajalah yang boleh mengiringi tapi kalau di sebabkan sistem tarbiyah yang di lalui, maka ia sesuatu yang harus di bimbangi dan perlu segera di semak. Yang lebih menakutkan ialah jika sikap ini berlaku kepada aktivis pemuda maka ini bermakna masa depan yang gelap menanti gerakan islam. Budaya Pak Turut ini harus di leburkan


Responses

  1. Penyakit tanzim esklusif…apakah budaya ini masih wujud dalam ISMA? tepuk dada, lihatlah disekeliling…reality bytes….


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: