Posted by: aminuddin | 11/12/2009

Aduhai….RM1 je?

Tengahari tadi seperti biasa aku bersembahyang jumaat di sebuah mesjid yang berhampiran dengan pejabat. Mula2 ingat nak pergi mesjid lain tapi oleh kerana masa dah agak lewat maka aku tidak ada pilihan lain.

Sebentar selepas aku menunaikan solat tahiyatul mesjid, aku duduk sambil bertafakur mengenang kelemahan diri di hadapan Allah. Seketika kemudian aku dengar bunyi kreeeek….aku tersentak dari lamunan muhasabah diri. Aku toleh ke kiri dan, Oooo..rupa-rupanya tabung derma mesjid yang sedang di edar. Aku cuba memerhatikan jemaah2 yang ada. Ada yang menghulur, ada yang tidak dan ada yang langsung tak sedar tabung itu lalu dihadapannya kerana mereka sedang kyusuk di alam …..maklumlah baru lepas makan tengahari.

Setiap kali aku nampak tangan yang menghulur derma, setiap kali jugalah aku nampak warna duitnya macam sama je…biru. Bukan sorang malah hampir kesemua yang menderma. Bukan di mesjid ini saja malah di mana2 mesjid yang aku pergi. Tak kira macamana orangnya, yang tua, yang muda, yang nampak macam berada, yang nampak macam yg kurang berada, semuanya menderma duit yang berwarna yang sama. Alangkah pemurahnya rakyat Malaysia, patutlah mesjid dapat beribu2 seminggu, dalam hatiku berkat.

Tapi aku hairan juga, kenapa duit yang warna lain2 tu tak pernah keluar-keluar? Boleh katakan hampir tidak pernah aku nampak warna2 lain yang di masukkan ke dalam tabung.

Namun aku menerima hakikat bahawa begitulah keadaan orang islam di negara ini. Cukup susah untuk mengeluarkan duit dari poket tapi sangat senang untuk meminta dari orang lain, kadang2 bukan meminta je malah merampas.

Samada dia dapat pahala atau tidak, itu terserah pada niat masing2. Cuma aku berfikir, macamana islam nak berkembang kalau beginilah sifat umat islam? Memberi hanya sekadar melepaskan batuk ditangga, memberi jumlah yang mereka sendiri tahu ianya takkan banyak boleh memberi kesan, memberiĀ  duit2 “lebihan” bukan duit yang di sayang, memberi selepas memastikan perut sendiri kenyang. Kalau beginilah keadaannya, aku bertanya lagi diriku :-

– adakah imannya akan meningkat?

– adakah sifat bakhil akan terhakis dalam dirinya?

– apa pandangan Allah terhadapnya selepas rezeki yang melimpah ruah yang di berikan kepada hambaNya itu? Redha, kasih atau murka?

Orang putih kata “If you give peanuts, you get monkeys”. Mungkin ada kewajrannya kata2 ini maka sebab itulah islam masih tidak berubah. Walaupun bilangan yang kaya dah bertambah, kemiskinan tegar hampir pupus tetapi islam kekal di takuk lama.

Aku bimbang kalau2 perkara yang sama berlaku dalam gerakan islam. Apa nak jadi dengan aktiviti dakwahnya? Nak kata ahli tak ada duit, gaji tak ada yang kurang dari RM2,000, nampak kereta masing2 boleh tahan, rumah tak kurang cantiknya. Alasan yg di beri, tanggungan dah bertambah! Betul juga.

Aku teringat zaman2 dulu dimana ramai juga teman2 pendakwah yang bergaji agak tinggi dan memegang jawatan penting tapi tersangat jarang yang memiliki kereta baru, semua second hand yang dah 7-10 tahun, tak ramai yang membeli rumah kerana tak ada duit nak bayar deposit, rumah di sewa sampai umur dah lanjut, bila aku pergi ke rumahnya, masyaallah, jangankan perhiasan, kerusi set pun tak ada. Kenapa anta tak beli? Duit ana guna untuk infaq. Subhanallah!

Begitulah perbezaan zaman dulu dan zaman sekarang. Mungkin aku dah ketinggalan zaman agaknya atau terlalu banyak bernostalgia. Tapi yang peliknya mereka baca buku yang sama, faham yang sama, malangnya natijah yang berbeza. Aku bertanya diri sendiri, di mana silapnya?

Cuba2lah fikirkan sendiri dan cari jawapannya.


Responses

  1. Ada betulnya apa yg ditulis itu..


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: