Posted by: aminuddin | 14/12/2009

Ketuanan Melayu

“Gerakan advisor Dr Lim Keng Yaik has called on all party members to speak out against Malay supremacy, even if it lands them in jail.”

Begitulah lebih kurang laporan yang di nyatakan dalam Malaysiakini tentang cabaran yang di buat oleh bekas Presdien Gerakan. Boleh di katakan sejak akhir2 ini hampir setiap hari isu Ketuanan Melayu ini di persoalkan malah tak kurang juga buku2 yang memperkatakan perkara yang sama.  Lim Kit Siang, DS Anwar Ibrahim, Zaid Ibrahim, Karpal Singh, Lim Guan Eng, wartawan2 Cina dan India, parti2 politik Makkal Sakti, MCA, MIC, Gerakan, ahli-ahli akademik adalah antara sebahgian yang menghidupkan dan mempersoalkan  isu ini. Pendek kata serangan bertubi-tubi ini hanya menunggu masa akan meletup ie akan terhapusnya Ketuanan Melayu. Hujah mereka boleh di katakan sama saja iaitu Kontrak Sosial yang depersetujui dahulu telah di salah guna dan hakikat Ketuanan itu membawa pengertian  bahawa ada yang menjadi “Tuan” (orang Melayu) dan “Hamba” (bangsa2 lain). Mereka menyeru supaya Kontrak sosial ini di hapuskan dan semua rakyat adalah  satu bangsa iaitu  Bangsa Malaysia. Yang agak lantang  bersuara dan menentang hanyalah Ibrahim Ali yang semua masyarakat tahu bisanya mungkin sudah hilang. UMNO sendiri tak berani nak mempertahankan Melayu kerana mereka takut MCA dan Gerakan lari kepada pembangkang kerana mereka memerlukan undi Cina untuk memerintah. Malangnya  PAS juga senyap kerana :-

 i. mereka beriman bahawa semua manusia sama, tanpa mengira bangsa;

ii. takut DAP dan PKR marah,

iii. PAS juga memerlukan undi Cina utk menang.

Orang2 Melayu kini benar2 mengalami satu desakan perubahan minda bahawa ketuanan mereka sudah tidak di terima lagi baik oleh bangsa Cina, India maupun orang Melayu sendiri. Semua rakyat Malaysia harus mendapat pengiktirafan sama rata :-

– sama2 dapat projek

– sama2 dapat tanah

– sama2 dapat berdakwah dan beribadat

– sama2 tunduk kepada mahkamah sivil bukan mahkamah syariah

– sama2 menerima nilai2 yang universal spt human rights, pluralisasi, globalisasi

Jika tekanan ini di terima maka ini bermakna tidak akan ada lagi ujud berbilang kaum di negara ini tetapi sebaliknya kita semua akan menjadi Bangsa Malaysi yang membawa budaya baru, pemikiran baru dan politik baru. Hak2 keistimewaan Melayu dalam pelajaran, ekonomi dan yang lain2 akan terhapus. Orang Melayu akan terpaksa bekerja sama kuat, sama rajin dgn bangsa lain. Di sebelah mesjid akan ada kuil dan tokong kerana kita berbangsa Malaysia, semua agama kena ada.

Pendek kata tidak ada satu parti politikpun yang berani tampil membantah.

Sejauh mana rakyat orang Melayu akan respon terhadap desakan ini, saya tidak pasti.  Kalau mengikut tradisinya, orang Melayu akan terima je apa saja yang ada. Mereka memang malas untuk berfikir apatah lagi berjuang. Perkataan “Perjuangan” sudah lama terhapus dalam kamus orang Melayu. Yang ada cumalah duit dan kekayaan. Andaikata masyarakat Melayu menerima konsep kesamarataan ini maka bererti akan berakhirlah pemerintahan orang Melayu di Malaysia ini. Sesiapa saja boleh memerintah kerana mereka mempunyai hak yang sama.

Salah Siapa?

Sukar untuk menuding jari kepada sesiapa melainkan kepada bangsa Melayu sendiri yang mempamerkan syaksiah yang korup, pentingkan perut sendiri, mengautkan keuntungan berleluasa. Dalam erti kata lain Melayu tidak lagi mengamalkan norma-norma islam yang murni. Kekuasaan yang tidak di sulam dgn akhlak yang mulia merupakan punca kepada segalanya.

Kenyataan bahawa samada Konsep Ketuanan Melayu masih relevan atau tidak sebenarnya bukan menjadi isu, yang menjadi isunya ialah pengamalan nilai2 baik ini tidak lagi berlaku pada pemerintah. Sejarah membuktikan jika pemimpin itu membawa syaksiah yang baik maka sesiapa pun menerimannya. Erti nya jika pemimpin Melayu boleh menghayatai nilai2 islam ini dalam urusan harian mereka, maka saya yakin semua bangsa akan kembali tunduk kepada bangsa Melayu. 

Adakah salah Konsep Ketuanan Melayu?

Kalau ketuanan itu membawa pengertian satu kaum menindas kaum lain maka ia sesuatu yang salah dan harus kita tentang. Tetapi jika ketuanan itu membawa kepada memertabatkan islam, memberikan keadilan utk semua bangsa maka ia harus di pertahankan walau apapun terjadi.                                                                               

Adakah konsep kesamarataan ini benar atau tidak? Terpulanglah dari aspek mana yang kita lihat.

Pendek kata apa yang akan berlaku pada PRU13 nanti sangat kritikal.


Responses

  1. Salam,

    Apa itu Ketuanan Melayu? Adakah ia hanya mengenai hak-hak orang Melayu sahaja atau ianya juga berkaitan dengan hak-hak Raja-raja Melayu? Kalau ini betul bermakna isu ini adalah isu yang berat. Bermakna agama Islam akan tercabar sebabnya Raja-raja Melayu adalah pemerintah yang menjaga hal-ehwal yang berkaitan dengan agama Islam di negara kita Malaysia ini.

    Contoh yang mudah ialah seperti hal nikah kahwin, penentuan puasa, hari-hari raya, dan lain-lain yang berkenaan dengan agama Islam kita yang suci. Jika Ketuanan Melayu tiada bermakna siapakah yang akan menjaga urusan-urusan yang berkaitan dengan agama Islam?

  2. inilah hakikatnya, pemimpin melayu cukup kurupsi. sehingga sanggup mendagangkan bangsa sendiri. alahai bangsa melayu. bangun lah diri mu dari menjadi layu

  3. walaupun ISMA bukan parti politik, tapi ISMA kuat membela nasib orang melayu. Terutamanya dengan mottonya ‘memartabatkan kesetiaan bangsa’ pada hari kemerdekaan yang lepas.

    Sejauh mana masyarakat mendengar sahutan ISMA menjadi suatu perkara menarik untuk diperhatikan

  4. tuan, itu sebab suara dari unung perlu dibawa turun ke kaki bukit. seterusnya, dibumikan di sana. bukan dikebumikan. kita kena usaha lebih untuk menrelevankan ISMA di mata rakyat.

    ada faham statement ana, tuan?

  5. si mun ni menyokong ke tak menyokong? bunyi nada mcm tak menyokong…

  6. semestinya menyokong idea ketuanan melayu dari kacamata ISMA. cuma, idea itu masih tidak dikembangkan kepada masyarakat secara menyeluruh.

    penerangan panjang boleh rujuk blog ustaz abdullah zaik. lebih terperinci lagi tersusun. wallah’hualam

    • Tunggu 30 Jan 2010

  7. salam…

    Tuan..boleh tak saya nak tahu tarikh akhbar malaysiakini yang menyiarkan kenyataan Lim Keng Yaik tu sebagai rujukan….tq

    • sila layari malaysiakini web. Saya dah lupa tarikhnya.

  8. . Malangnya PAS juga senyap kerana :-

    i. mereka beriman bahawa semua manusia sama, tanpa mengira bangsa;

    ii. takut DAP dan PKR marah,

    iii. PAS juga memerlukan undi Cina utk menang.

    Kesiannya pejuang Islam Parti Islam pas ditempelak sedemikian rupa .
    sejak pas memerintah kelantan hampir 20 tahun ekonomi kota bharu dipegang oleh melayu secara majoriti dan sekali gus meningkatkan taraf hidup org melayu juga mengembalikan kekuatan orang melayu walaupun diserang sekatan ekonomi daripada kerajaan pusat yang juga orang melayu.

    teruskan menempelak dgn tuduhan2 pada rakan sejemaah Islam.

    Mulianya kita Hanya Dengan Islam.

    • Imam Ghazali berkata; untuk mengetahui kelemahan diri, kita perlu mendengar kritikan dari :-
      1. Guru kita, kerana ia mahu mendidik
      2. Sahabat kita, kerana ia kasih kepada kita

      Jika kritikan itu benar, maka perbaikilah. Jika kritikan itu salah, ketepikan. Bak kata pepatah Melayu “Jika takut di lambung ombak, jangan berumah di tepi pantai”.

      • sya setuju dgn sdra Amin…

        begitulah org melayu, tak boleh dikritik/ditegur…bukan nak tengok apa yg dikritik.

        cuba lihat balik apa yg ditulis oleh sdra Amin perkara i, ii, dan iii dan ambil pengajaran…

        perkara i, tunjukkan yg pas mengutamakan bangsa melayu Islam dari bangsa2 lain yg bukan Islam – Islam lebih mulia,

        perkara ii, buktikan yg pas adalah juga “decision maker” di dlm pr walaupun bukan majoriti,

        perkara iii, pas memerlukan pengundi cina mmg betul utk menang terutama di kws bandar.

  9. Islam itu indah Tuan Raja.

    Sirah telah menunjukkan Rasulullah seorang penegur kepada sahabat-sahabatnya. Ini bukan bermakna Rasulullah menghina sahabatnya.

    Dia merasa perlu dan merasa sayang akan sahabatnya. Perlu ingat juga, ada masa Rasulullah menegur sahabatnya dengan bermasam muka, ada waktu dia menegur secara bahasa lembut dan ada masa dia menempelak di hadapan ramai.

    Berlapang dadalah dengan kritikan diberi. Semoga kritikan ini boleh menambah baik jemaah PAS. Bukan kah begitu wahai Tuan Raja?

  10. Syukran utk sdr amin,

    utk milkway27,
    cadang tukar statement, mengutamakan/memuliakan bangsa Melayu Islam dan Cina,india yang Islam serta menghormati bangsa lain yang bukan Islam.

    ‘Mulia kita hanya dgn Islam’ sebagaimana Mulianya Billal b Rabah dengan Islam,bukan dgn bangsanya..

    • Kita semua adalah rakyat Malaysia, duduk di bawah satu negara yang merdeka dan berdaulat iaitu negara Malaysia.

      Orang Islam (tak kira bangsa Melayu, Cina, India dll.) mesti mengamalkan ajaran Islam di dlm kehidupan mereka sehari-hari. Ajaran Islam yg dimaksudkan bukan limited (terbatas) pada sembahyang (solat), puasa, zakat, haji dan sebagainya tetapi meliputi juga aspek PEMERINTAHAN NEGARA.

      Pemerintahan negara yang saya maksudkan mestilah menurut Al-Quran & Sunnah dan ijma’ ulama (persepakatan ulama’). Di dlm pemerintahan/pentadbiran Islam, penganut agama-agama lain mendapat hak-hak masing-masing dan tidak ada penindasan kerana agama Islam adalah agama yg bersifat ADIL sebab agama Islam adalah agama yang diterima oleh Allah Pencipta Alam Semesta. Allah adalah Pencipta manusia tidak kira dari bangsa apa pun; Melayu, Cina, India, dan semua bangsa yang ada di dunia ini). Ini adalah aqidah (pegangan) ummat Islam.

    • ok. setuju.

      statement baru saya

      “mengutamakan/memuliakan bangsa Melayu Islam dan Cina Islam,India Islam dan mana2 bangsa pun yg beragama Islam serta melaksanakan hak2 bangsa2 lain yang bukan Islam yang tinggal di dalam negara Islam sebagaimana yg dituntut oleh agama Islam.”

      camne?

  11. syukran ,pada tuan mun,milkway dan sdr amin
    atas nasihat dan kritikan yang sgt membina.

    dan nasihat hamba ini agar jauh dari tuduhan melulu. selamat berukhwah.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: