Posted by: aminuddin | 15/12/2009

Mencipta Krisis

Memang menjadi lumrah manusia dimana mereka akan mudah terpengaruh dgn susasana di sekeliling. Pendek kata peribadi seseorang akan banyak tercorak dgn keadaan di sekitarnya. maka sebab itu R saw suruh umat islam mendidik keluarganya supaya suasana di dalam rumah boleh membentuk syaksiah anak.

Begitu juga suasana pekerjaan. Kita akan nampak perbezaaan yang sangat ketara antara pegawai kerajaan, pegawai swasta dan seorang usahawan. Baik dari segi pemikirannya, percakapannya maupun cara dia berjalan. Saya tidak berniat merendahkan mana2 jawatan atau bidang kerjaya tetapi cuba melihat bagaimana suasana itu boleh merubah peribadi manusia. Peribadi seseoarng akan terbentuk berdasarkan sejauh mana “krisis” yang di hadapi beliau. Jika krisis itu besar maka responnya juga akan menjadi cepat, pantas, segera. Kadangkala “krisis” yang di sangka susah, berat dan tak mampu untuk di tanggung tetapi di ahirnya akan berjaya juga di selesaikan. Tengok saja kerja2 di pejabat yang penuh dgn deadline tetapi semuanya boleh di selesaikan. Ini di katakan  kemampuan separa sedar yang ada pd setiap manusia yang jarang2 di gunakan.

Bagi seorang usahawan, “krisis” ini berlaku hampir setiap hari dan semuanya besar2 belaka yg mesti di selelsaikan. Mereka juga tidak ada tempat mengadu melainkan terpaksa menyelesaikan  sendiri. Sebab itu kita selalu dapati seorang usahawan itu mempunyai sifat yang aggresif, berani ambil risiko, tak mengaku kalah, kreatif dan inovatif, hatinya “kering” sikit dari orang lain. Ini semua perlu kerana berjaya atau tidaknya perniagaan beliau akan bergantung sejauh mana beliau berjaya mengharungi semua “krisis” ini.

Begitu juga dalam dakwah. Kesungguhan seseorang dalam gerakkerja dakwahnya akan banyak bergantung kepada sejauh mana dia merasai “krisis” yang di hadapi. Semakin besar krisis yang di hadapi maka semakin bersemangatlah dia berkerja. Tetapi sebaliknya jika dia tidak merasai apa2 “krisis” maka dia akan lebih selesa tidur dari berdakwah. Ketika saya melawat Brunei dan Kuwait saya boleh rasai betapa masyarakat di sana sangat tenang dan relax kerana negara mereka mempunyai limpahan minyak yang melimpah ruah. Dakwah juga turut “cool”. Berbanding dgn Palestin, Mesir, Indonesia, Iraq, kita dapat saksikan masyarakat yang sentiasa cergas menghadapi kerja harian dan ini memberi kesan yg baik pd dakwah.

Di Malaysia, saya rasa agak masyarakat juga agak tenang dan relax.dak ada “krisis” yang besar.  Hiburan banyak, tidak ada tekanan besar dari dalam dan luar negara walaupun tekanan politik ada sedikit tetapi masih stabil dan rakyat masih boleh menjalankan aktiviti biasa. Dakwahnya………heeem…agak relax juga. Masing2 mengambil own sweet time, buat ketika lapang bukan mencari masa lapang. Kalau tak di pantau akhirnya pendakwah akan naik lemak, malas, lembab, tak nak fikir, tak mau ambil tanggungjawab, takut dgn tugasan, keluarga di utamakan kerjaya di dahulukan dan pelbagai penyakit hati. Nak bangunkan jiwa spt ini bukan senang. Pemimpin kena fikir.

Macamana nak ubah?

Mencipta “krisis”.

Seseorang yang berada dalam “krisis” tidak akan boleh duduk diam. Dia mesti berkerja siang dan malam utk mengatasi “krisis” ini. Pemimpin harus sentiasa “mencipta Krisis” ini supaya pengikutnya akan sentiasa berjaga-jaga. “Krisis” ini boleh dtg dalam pelbagai bentuk samada projek2 baru, menentukan KPI, dan yg seumpamanya. Melalui projek dan KPI ini akan membuatkan mereka setiasa di arah untuk bekerja, tidak ada masa utk bersenang2. Apa tidaknya, dgn projek2 ini mereka perlu cari duitnya, orang2nya, dan pelbagai kehendak pentadbiran.

Sudah tentu yg terbaik ialah menanamkan “krisis” dalam bentuk mengingati hari2 penghisaban supaya dgn itu setiap pendakwah akan sentiasa membuat kerja demi utk mnyelamatkan diri dari azab Allah.’ Selagi dia tak rasa “krisis” ini dalam hidupnya maka sampai mati pun dia akan tetap lembab, malas dan seumpamanya.

Jadi, tugas pemimpin adalah untuk mencipta “Krisis” ini.


Responses

  1. Ini consistent dengan apa yang terkandung dalam ‘Wahai Pemuda’.

    Soalan bengkel mesti ada kisah berkenaan perbezaan antara pemuda di negara yang dilanda krisis dan juga pemuda di negara yang aman..

    Sebenarnya Allah dah berikan ‘krisis’ yang dapat memacukan amal seluruh umat manusia iaitu dengan peringatan2 mengenai syurga-neraka-kematian-hari kiamat dalam juz amma

    Bagi saya sendiri, ini merupakan pemacu yang terbaik. Semua orang akan mati — jangan mati tanpa amal yang konkrit.

    Of course, pemimpin boleh menambahkan lagi krisis2 tambahan untuk melajukan lagi amal : )

  2. dalam berdakwah kalau kita tak di stress orang atas kerja kita menjadi lembap. seperti entry ya tuan pernah post kan. jalan dakwah tak nampak keuntungannya.

    itu penting, org atas sentiasa stress kita.boleh pecut lebih laju.

  3. Keluar dari zon selesa !..

  4. semua org kena sedar dia sedang hadapi krisis yg besar… sama ada selamat atau tidaknya dia di akhirat sana… adakah krisis yg lebih besar dr itu?

  5. salam…

    Satu tulisan yang menarik…sedikit sebanyak terjawab juga persoalan “ciri dakwah” di negara kita.

  6. Mantap.
    Macam main bola.Goal keeper,hatta barisan pertahanan kita akan selesa bila barisan penyerang pihak lawan tidak dapat sampai ke kawasan jagaan kita.Makin lama keselesaan itu dirasa,makin lalai goalkeeper itu tambahan dengan suasana2 luar (lihat gelagat penyokong,atau manusia yg lalu lalang di sekitar padang).Bila tiba2 bola smpi di depan mata,bola yang senang pun xakan dpt ditangkap..Tuntasnya,dlm senang atau susah,daie perlu sentiasa bersedia dan bekerja.Ya,keluar dari zon selesa!
    Jazakallah Ustaz atas perkongsian..=)

    (Syed Anas,jurugambar Majlis Iftar Jamaie PEMBINA UIA PJ..igt lg?ehe)

    • Jzkalah atas komen.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: