Posted by: aminuddin | 21/12/2009

Konvensyen PR

Pada 19 Disember yang lepas adalah merupakan detik bersejarah kepada Pakatan Rakyat kerana buat pertama kalinya mereka mengadakan konvensyen bersama yang di hadiri oleh semua pucuk pimpinan setiap parti. Konvesyen yang di adakan di Shah Alam itu dikatakan telah mencapai kata sepakat dikalangan parti komponen terhadap isu2 utama yang selama ini menjadi bahan perbezaan pendapat yang menghalang banyak perbincangan2 mereka. Boleh di katakan semua isu2 penting seperti agama, ekonomi, pentadbiran, pendidikan, alam sekitar, sosial dll telah di bahaskan dan di capai persetujuan. Dalam ucapan2 pimpinan PR jelas membayangkan keyakinan mereka bahawa langkah ke Putrajaya semakin hari semakin hampir.

Tuan Guru Nik Aziz juga telah menyatakan perasaan beliau yang mana seolah2 beliau kini berada di alam baru apabila melihat kesungguhan setiap pimpinan parti untuk menjaga keharmonian hubungan sesama mereka. Setelah sekian lama mereka di tohmah sebagai “marriage of convenience”, akhirnya mereka kini telah menunjukkan kepada BN bahawa mereka serius untuk bergerak ke Putrajaya. Suasana ini sudah pasti membimbangkan pihak BN terutama UMNO.

Saya juga ada mendengar di mana ada di kalangan perwakilan yang hadir mendengar ucapan2 yang di berikan oleh pimpinan setiap parti merasa begitu terharu dan menitiskan airmata melihat keakraban yang di tunjukkan oleh setiap komponen parti. Baik Ust Hadi, Karpal Singh, Lim Kit Siang, Anwar Ibrahim, TG Nik Aziz di gambarkan begitu tulus di dalam ucapan mereka bagi melihat cahaya baru yang akan menerangi Malaysia.

Saya mengucapkan syabas kepada mereka yang terlibat kerana berjaya mencapai kata sepakat dalam isu2 yang kritikal. Namun persoalan yang selalu membayangi pemikiran saya ialah; apakah ini akan membuatkan islam lebih baik jika sekiranya PR memerintah negara?

Toleransi Melayu

Walaupun islam di katakan akan di pertahankan sebagai agama resmi seperti yang termaktub dalam perlembagaan namun KEBEBASAN juga akan di beri kepada agama lain untuk di amalkan. Tidak ada pengertian yang di berikan tentang kebebasan ini namun sukar untuk membayangkan jika TPM nanti akan di pegang oleh bukan islam. Sejarah membuktikan bahawa orang Melayu adalah satu bangsa yang sangat tolerence. Tak salah kalau saya katakan ada ketika mereka “over tolerence”. Mungkinkah akan berlakunya “over tolerence” ketika isu pengamalan agama2 lain di negara ini akan berlaku? Kita semua kena ingat bahawa mereka semua adalah parti politik bukan gerakan islam. Dalam erti kata lain sebagai sebuah parti politk, kekuasaan itu mengatasi segala-galanya walaupun terpaksa menggadai prinsip. Adalah satu penipuan jika kita kata kita akan tetap dgn prinsip walaupun terpaksa kalah. Itu bukan sifat parti politik. Mereka yang telah berjuang siang malam untuk mendapat kuasa tidak mungkin akan begitu murah hati untuk menyerahkan kekuasaan ini kepada orang lain. Nah, di sinilah nanti akan berlakunya dilema; antara prinsip dan undi. Selalunya undi akan tetap menang.

Pengertian islam

Jika PR mengatakan bahawa islam hanya sekadar sembahyang dan memberikan keadilan maka saya tidak hairan DAP boleh terima. Tetapi jika PR membawa pengertian islam yang lebih syumul yang melibatkan negara dan watan, undang2 dan tentera dll maka mereka akan dapati mustahil DAP boleh terima. Persoalannya, islam bentuk macamana yang di kemukakan PAS dalam permuafakatan mereka. Adakah islam terus akan di sekularkan oleh PR jika mereka memerintah?

Mampukah mereka istiqamah?

Membaca kesepakatan yang di capai saya merasakan seolah2 berada di alam mimpi. Ini kerana idelisma yang di nyatakan dalam setiap baris begitu murni sehingga seolah2 Malaysia akan menjadi negara baru segala2 nya. Ini memang biasa berlaku kepada seseorang yang baru mendapat semangat. Segalanya ingin di ubah, segalanya ingin di baiki, segalanya ingin di reformkan. Sesekali saya rasa macam nak tergelak juga kerana setahu saya sifat orang politik ini ialah mereka akan melontarkan apa saja janji demi untuk mengaut undi tetapi bila mendapat kekuasaan, mereka akan lupa segalannya. Menyedari latar belakang mereka masing2, saya menjangkakan bukan sesuatu yang mudah untuk mereka istiqamah terhadap prinsip yang di war-warkan.  Saya bukan berretorik tetapi kenyataan yang berlaku hatta di kalangan pejuang islam. Saya masih tidak nampak bagaimana mereka mahu menangani isu ini dan secara terus terang  saya katakan bahawa saya rasa mereka tidak serius untuk mendidik ahli masing2. Kalau adapun mungkin sedikit kepada PAS tetapi PKR dan DAP ia sesuatu yang mustahil. Habis, kalau begitu apakah modal insan yang nak mereka bawa ke Putrajaya?

Masih Menjadi Persoalan????

Walaupun saya rasa agak lapang melihat perubahan yang ingin di lakukan oleh PR terhadap sistem pentadbiran kerajaan tetapi satu persoalan yang sentiasa menghantui diri saya ialah;

-Kkenapa PAS gagal menyatukan umat islam tetapi boleh bersatu dengan orang bukan islam?

– Kenapa pimpinan PAS di halang oleh PKR dan DAP untuk berbincang dgn UMNO demi kepentingan Melayu islam dan PAS pulak akur dgn tentangan tersebut? Adakah kerana alasan untuk mendapat kekuasaan atau betul2 ikhlas untuk maslahat agama islam?

-Kenapa PAS sanggup berkompromi dgn bukan islam yang hanya merangkumi 20% (Cina) dan 5% (India) tetapi gagal menarik 60% penduduk negara yang beragama  islam? Saya tidak jumpa logik aqalnya samada dalil aqli atau syarie yg mengatakan islam boleh di perjuangakan jika bersama dgn org bukan islam tetapi tidak bersama dgn orang islam.

– Jika PAS membawa satu pendekatan islam yang syumul, baik, indah, kenapa ramai orang2 Melayu islam tidak menyokong mereka? Di mana silapnya?

– Sebenarnya ramai orang2 Melayu hatta ahli UMNO yang telah muak dgn UMNO tetapi kenapa mereka masih tidak mahu bersama PAS?

– Adakah memperjuangkan bangsa sendiri dan berasa bangga dgn bangsa sendiri demi untuk keadilan islam di anggap asobiah? Adakah mana2 negara dalam dunia ini tidak bangga dgn bangsa masing2?

Mungkinkah ini semua hanya sekadar helah politik atau PAS benar2 melihat bahawa islam ini akan dapat di laksanakan dengan bekerjasama dgn DAP. Hanya mereka yang boleh menjawab.

Adakah konvensyen ini satu permulaan yang indah untuk islam atau islam hanya akan kekal sebagai agama RESMI di majlis2 RESMI saja? Saya masih mencari jawapan.


Respon

  1. baru2 ini pun Prancis menyatakan akan mengekalkan keaslian eropahnya daripada kaum pendatang khususnya orang ISlam yg datang daripada negara Arab Afrika..Malangnya Melayu kerana menganggap bangsa sebagai ASOBIYAH..ISMA mesti perturunkan kefahaman yg jelas ini kepada masyarakat awam..saya yakin mereka akan faham konsep ketuanan Melayu yg diperjuangkan ISMA…yg marah hanyalah org politik yg nak kan sangat kuasa!!!

  2. Salam,

    makin lama makin berani, makin lama makin berani, ya, berani di atas landasan kebenaran adalah OK.

    saya melihat resolusi2 di konvensyen tersebut menekankan aspek ekonomi, keadilan sosial, politik dan ada juga ttg agama…namun begitu dlm aspek agama tidak jauh bezanya dgn apa yg ada skrg…Islam sbg agama persekutuan, Islam sbg agama rasmi persekutuan, hak org Melayu dipertahankan dgn tidak mengabaikan hak2 bangsa2 lain di Malaysia, hak2 raja2 Melayu dikekalkan dll.

    Satu persoalan: Adakah ini yg hendak dicapai oleh PAS? Agenda PAS sbgmana yg kita sedia maklum ialah menegakkan negara Islam yg syumul (comprehensive), adakah ini boleh dicapai dgn perkara yg sama yg ada skrg. PAS harus berlapang dada menerima /teguran ini krn pemerintah Islam dahulu yg hebat menerima kritikan/teguran sekiranya tersasar dari landasan Islam.

    utk sesiapa yg belum lawati blog ust lah boleh lawati di sini krn kedua-dua blog ini ada chemistry…bincang isu yg berkaitan…

    Merumus Pendirian Politik Berasas Maqasid Syarak

  3. satu lagi sdra amin…sdra fokus kpd DAP yg 99.99% berbangsa Cina sedangkan di dlm PKR sendiri berapa ramai terdiri drpd org2 Islam … who will be the future leader of PKR after Anwar? so, we’ve to think about it.

    • Tidak sesiapa yg boleh menjawab soalan itu kerana tidak ada sesiapa yg berani mengatakan pakatan ini akan kekal tanpa Anwar.

  4. 1) Presiden PAS sendiri sebut, konvesyen pertama ini adalah mencari titik persamaan, bukan bawa ideologi masing2 lagi

    2) Islam 60% tidak boleh ubah perlembagaan (kita perlu 2/3 untuk ubah perlembagaan)

    3) PAS pernah bergabung dgn UMNO, tapi ditendang keluar, jadi tidak boleh dipercayai.

    4) Tidak salah untuk ally atau tahaluf siyasi dgn org kafir (Yusuf Al-Qaradhawi kata boleh/ Hadi Awang ada Master Degree dalam Politik Islam dari Al-Azhar)

    • Terima kasih atas percambahan pandangan

  5. Salam akhi,

    Penilaian saya ,

    PAS ada 23 kerusi Parlimen UMNO ada 70 lebih, kalau PAS besatu dengan UMNO nanti PAS kena buli macam tahun 70an.

    Dalam Pakatan Rakyat, parti yang terbanyak ialah Keadilan 31, tapi Keadilan dan DAP memerlukan PAS kerana PAS amat kuat dari segi pengikut (berlaianan dari penyokong). DAP dan Keadilan tidak ada organisasi yang sekuat Unit AMAL.

    Dalam Pakatan Rakyat orang yang berFIKRAH Islam – 23 Ahli parlimen PAS, Ahli Parlimen Keadilan seperti Saifuddin, A.Ibrahim, Fuziah Saleh, Zulkifli Nordin .

    Dalam UMNO dalam 70 lebih Ahli Parlimen tu siapa yang berfikrah islam beberapa kerat je spt Zahid Hamidi, Fuad Zakarshi

    Jadi jelas Pakatan Rakyat lebih dipercayai untuk menegakkan islam.

    Kalau akhi masih ingat Pindaan Perlembagaan 1988 yang dibentangkan A.Ibrahim dan dirangka
    oleh Prof Ahmad Ibrahim banyak menguatkan Mahkamah Syariah di Malaysia

    • Dalam UMNO tak ada non-muslim, semua muslim walaupun lemah. Walaupun tak ada fikrah tapi isu ugama orang Melayu sangat terkenal kesatuannya.

      PR ada DAP yang jelas menentang islam dan non-muslim dalam PKR yang juga sangat keras dgn islam. setakat ini tak nampak PKR atau PR boleh control golongan ini.

      Ini bukan masalah % undi atau di buli tapi tidakkah bekerjasama sesama islam itu lebih baik?

      • MCA, MIC, GERAKAN semuanya menentang hukum hudud (tapi mereka tak zahirkan selalu seperti DAP kerana tidak ada keperluan sbb UMNO jamin mereka tak buat hukum hudud….cuba akhi lihat balik sejarah MCA dan MIC pernah menyuarakan tentangan kepada hudud

        PAS cuba melaksanakan hudud sistem madinah yang mana orang diberi peluang untuk memilih siapa yang mereka hendak menjadi hakim kerana situasi di Malaysia lebih mirip apa yang berlaku ketika di Madinah awal (zaman Nabi)

        UMNO menakut-nakutkan MIC/MCA dengan mengatakan hudud ini dilaksanakan kepada semua, jadi mereka kata tak sesuai (Malaysia bukanlah negara Islam yang mana sistem kafirzhimmi etc boleh digunapakai..kerana untuk itu digunakan ia perlu kita menguasai sepenuhnya Malaysia dan mereka yg kafir ini datang memberikan ketaatan dan dihakimi mcm orang Islam. Cth ini adalah di Saudi Arabia. (saudi adalah 100% orang Islam warganegara)

        Jadi,soalnya bukan PAS atau UMNO, ia adalah soal siapa yang lebih tepat ijtihadnya dan siapa yang lebih bersungguh untuk melaksanakan Islam.

        Ditambah, konsep darul Islam dan darul harbi juga dikhilafkan.

        Daulah Islamiyyah sepertimana kata Dr. Asri adalah terminologi baru yang wujud setelah kejatuhan khilafah. Ia adalah jalan ke arah pembentukan khilafah sepertimana idea yang dilontarkan oleh Al-Ikhwan Al-Muslimin dalam buku mereka (Bayna Al-Ams Wal Yaum)

        Tapi Alhamdulillah, Ustaz Abdul Hadi dan pimpinan lain insyaALLAH akan mempertahankan hak orang Melayu Islam selagimana ia perlu (sebab beliaupernah sebut bahwa dia tak pernah ttg DEB,tapi yangditentang apabila UMNO guna DEB untuk penuhkan kocek). Sebab kita tak nafikan yang orang melayu masih perlu dibantu sebelum bersediauntuk bersaing dgn bangsa lain i.e. to reverse the pecah and perintah

        Terima kasih kepada saudara Aminuddin kerana memberikan ruang untuk melontarkan pandangan.

        Wallahu ‘alam. Kritikan amat dialu-alukan

      • Pada PRU13 nanti di jangka ada 6 juta pengundi baru yang mana majoritinya adalah orang Melayu. Dalam masa yang sama ahli2 UMNO ramai yang dah cuak dgn budaya UMNO yg ada, mereka ingin perubahan. Tahun 2020 di jangka ada 60% penduduk Malaysia terdiri dari Bumiputera dan hanya 20% Cina dan 5% India.

        PAS hanya perlu sedikit bersabar dan teruskan agenda mengislah masyarakat. Jika pakej islam yg nak di bawa oleh PAS menarik maka tidak mustahil PAS akan memerintah pada 2020 tanpa bantuan mana2 parti. PAS tidak harus tertipu dgn strategi sesetengah pemimpin politik yg gopoh hendak pd kekuasaan.

        Ini semua mustahil jika PAS tidak yakin dgn kekuatan sendiri.

      • saya setuju 100% dgn pandangan ini…

        suka dgn kenyataan, “PAS hanya perlu sedikit bersabar dan teruskan agenda mengislah masyarakat.”

        teruskan tarbiyah…

  6. Salam Akhi,

    Apa penialaian utk mengatakan DAP dan Non Muslim dalam PKR anti islam dan tak boleh di kontrol. MCA dan Gerakan macamana ?

    tahun 2008 Timb Menteri Gerakan Tan Lian Hoe pernah memberikan kenyataan bahawa orang Melayu sama
    dengan Cina,India bukan penduduk asal,kata dia
    penduduk asal Malaysia orang asli.

    Tahun 1987 yang menimbul kekecohan Menteri MCA Lee Kim Sai yang mempertikaikan keduudkan orang Melayu tapi yang kena ISA pemimpin DAP dan PAS dalam operasi lalalng

    Mainan media pro BN menujukkan DAP anti islam macam contoh kenyataan NG Kor Ming , dia tak pertikaikan pun peruntukan Untuk Masjid yang banyak tu.

    Ana asla Sentul,Parlimen Batu, wakil rakyat gerakan jarang betul nak melawat kawasan Melayu kat Parlimen Batu, tapi sejak Tian Chua (PKR) menang selalu ambil berat pasal kebajikan kampung-kampung Melayu.

  7. Salam Akhi,

    Memang semua orang nak bersatu tetapi takkan PAS nak bersatu dengan dengan pemimpin UMNO yang lain di mulut lain di hati.

    Anta tengok dalam isu kerajaan perpaduan , pemimpin UMNO konon mulut manis nak kerajaan perpaduan tapi anta tengok apa jadi kat Pilihanraya Bagan Pinang apa jadi kat petugas-petugas PAS, mentang-mentanglah kawasan dia habis aktivis PAS kena belasah (siapa yang belasah ? Kalau tanya UMNO memang taknak mengaku punya.)

  8. Salam,

    Perlu tanya betul-betul Prof. Dr. Yusof Al-Qardawi ttg tahalluf siyasi itu…bukan main bantai saja..kena tanya dia waqie’ (realiti) Malaysia, kenyataan dia umum. Kalau minta pandangan dia tentu dia akan tanya detail siapa itu DAP/PKR, apa ideologi DAP/PKR, apa fikrah DAP/PKR, apa pandangan DAP/PKR ttg negara Islam…dan mcm2 lagi.

    Barang diingat! Al-Wala’ (kesetiaan) kita ialah kepada org Islam…

  9. Wow!.. aku setuju!… PAS kena bersabar. Harap kesabaran sampai kepada kejayaan.

  10. Tahalluf Siyasi yang Dr. Yusuf Al-Qaradhawi bukanlah hanya berbentuk fatwa lisan, ia adalah pembahasan dalam bentuk tulisan.

    Tahaluf siyasi ini mmg perlu melihat manakah yang lebih besar samada kejayaan atau kerugian pada akhirnya…kita bagi PAS cuba dulu..jika gagal dengan DAP diorang boleh tinggalkan DAP (sesetengah org describe tahaluf siyasi sebagai cerai ta’lik dan ta’liqnya adalah apabila PAS dihalang daripada melaksanakan hukum Islam)

    Jadi ia bukan soal samada Yusuf Al-Qaradhawi setuju atau tidak ijtihad PAS, tetapi yang dipersetujui adalah kaedah tahaluf siyasi..dan kaedah ini memerlukan ijtihad untuk menentukan siapa yang kita perlu ally, dan apakah manfaatnya dan sbgnye (yang mana Yusuf Al-Qaradhawi tidak mempunyai kelayakan dalam hal ini kerana dia tidak berada di dalam situasi Malaysia)

    Ketua Jabatan Dakwah dan Qiadah KUIS mendefinisikan tahaluf siyasi sebagai:

    “Tahaluf Siyasi membawa makna kerjasama harakah Islam dengan mana-mana pergerakan lain yang tidak bermatlamatkan Islam di dalam perjuangannya. Kerjasama ini boleh terjadi di dalam apa jua bidang yang dipersetujui bersama untuk sama-sama menghadapi musuh yang sama. Tahaluf Siyasi juga kemungkinan boleh berlaku dengan gerakan yang pernah atau berpotensi untuk menentang ideologi harakah Islam. Dalam suasana hari ini, tahaluf siyasi yang dimaksudkan juga termasuk kerjasama dengan golongan bukan Islam untuk menghadapi musuh yang sama.”

    Sila lihat link di bawah untuk melihat hukum tahaluf siyasi san khilaf tentangnya:

    http://www.kias.edu.my/tahalufsiasi08.htm

    Wallahu ‘alam

    • Artikel itu didalam bahasa Arab

      http://www.palestine-info.info/arabic/books/2006/musheer/mush17.htm

    • “Tahalluf Siyasi yang Dr. Yusuf Al-Qaradhawi bukanlah hanya berbentuk fatwa lisan, ia adalah pembahasan dalam bentuk tulisan.” <—-ana tersilap tulis….artikel itu menyebut yusuf al-qaradhawi mengharuskan tahaluf siyasi tetapi apabila saya cuba lihat semula ada tak reference, ana tak jumpa, so ana tarik balik kata2 ana kerana ana tidak tahu sama ada Yusuf Al-Qaradhawi pernah atau tidak menulis tentang tahaluf siyasi , yg ana tahu researchers di palestin.info menyebut keharusan tahaluf siyasi.

    • Cuma saya nak ingatkan; musuh politik tidak sama dgn musuh agama. Musuh politik melibatkan ijtihad, musuh agama melibatkan aqidah.

  11. ISMA teruskanlah tarbiyyah orang Islam dan insyaALLAH kita lihat satu hari nanti kita orang ISLAM di bawah satu bumbung.

    Cuba tarbiyyah perlu terus berjalan seupaya orang Islam ini semuanya sedar dan ikhlas supaya apabila berada di bawah satu bumbung nanti, tidak berlaku sepertimana peristiwa UMNO menendang PAS dahulu.

    saya ingat lagi NIk Aziz pernah sebut selepas kekecohan muzakarah UMNO-PAS lebih kurang gini maksudnya: ‘Jika UMNO nak bersatu dgn kita, boleh kita bubarkan dua2 parti dan tubuhkan satu parti baru yang mana Islam adalah perlembagaanya, kerana ada orang UMNO yang malu nak masuk PAS, jadi ini penyelesainnya.

    Begitu juga, kita pernah lihat pemimpin UMNO inginkan perpaduan dengan PAS. Secara naturalnya, umat Islam itu ingin bersatu sesama sendiri kerana iman dihati mereka menyeru kepada itu.

  12. Salam,

    Cuba kita buat analogi kalau PAS kekal dalam PR atau tubuhkan kerajaan perpaduan dengan UMNO dan BN

    PAS bersama PR

    2008 PAS ada 23 kerusi.
    Kalau usaha lebih sedikit utk kawasan-kawasan majoriti melayu PAS mungkin dapat tambah hingga 40 kerusi Parlimen terutamanya di Trengganu, Pahang dan Perlis.

    Pemimpin yang dominan dalam PR adalah A.Ibrahim. Selepas A.Ibrahim siapa ? Ana nampak kekuatan politik adalah pada Husam
    Musa lebih drp Ustaz Nasa dan Azmin.

    Kaitan dengan pemimpin yg Non Muslim dlm PR.
    Kalau anta masih ingat pada PR Kecil K.Trengganu Kulasegaran (DAP) dan Lim Kit Siang setuju kalau hudud dilakukan kepada penduduk islam sahaja di Malaysia.

    Memang ada yang macam anti islam spt Jeff Ooi dan Karpal Singh tetapi rasanya pemimpin PAS dan PKR tak membiarkan sahaja keceluran mereka ini.

    Kalau PAS bersama kerajaan perpaduan.

    PAS akan dapat kerajaan Kedah, Kelantan dan
    jadi MB di Selangor walaupun 8 kerusi sahaja.

    PAS akan diberikan bertanding di kerusi PKR utk
    PRU 13.

    Perlu diingat sekarang PAS berada dalam politik arus perdana di Malaysia. Tidak pernah pemimpin
    pemimpin PAS diberikan perhatian sebegini sejak merdeka. Lee Kuan Yew pun jumpa pemimpin PAS.

    Kalau PAS bersama UMNO, undi-undi daripada bukan islam akan berubah PAS akan kalah banyak kerusi di Selangor, Perak dan selatan Kedah.

    Perlu dilihat semasa PAS menyertai UMNO tahun 70an ramai ahli PAS meninggalkan PAS.
    Keadaan yang sama akan berulang ahli-ahli PAS akan meninggalkan PAS dan pengundi-pengundi atas pagar yang banyak mengundi PAS kerana ingin kerajaan yang berintegriti dan bebas rasuah tidak lagi mengundi PAS.

    Percayalah UMNO akan bersatu dengan PAS maksima 8 tahun selepas itu, PAS akan lemah dan akan ditendang keluar seperti dahulu.

    Cuba anta analisis kekuatan PAS di awal 70an
    seningga ditendang keluar dari BN 1976. PAS yang mulanya kuat akhirnya Pilihraya 1978 menang 1 (satu) kerusi sahaja – Bapa Nik Amar
    (Nik Abdullah) menang di Pengkalan Chepa.

    PAS memerlukan 12 tahun hingga 1990 untuk bangkit semula.

    Percayalah kalau PAS bersama UMNO, PAS yang diarus perdana politik akan kembali jadi lemah
    jadi bagai melukut di tepi gantang sahaja nanti.

    • Mungkin pandangan Syeikh Nazri itu betul jika di lihat dari aspek politik semata. Tetapi jika di lihat dari maslahat agama dan bangsa keseluruhannya mungkin ia perlu di timbangkan semula.

      Sekarang ini terdapat banyak tuntutan2 NGO bukan islam yang boleh menggugat agama islam tetapi parti2 politik semua senyap kerana nak jaga “hati” parti komponen lain. Antaranya :-
      1. Kalimah Allah
      2. Memadamkan Islam dalam IC. Jadi semua kanak2 tak ada agama sehingga 18 tahun. Mereka boleh di seru kpd islam dan boleh di seru kpd kristian dan agama2 lain.
      3. Menyamakan mahkamah syariah dan sivil dalam isu penjagaan anak bagi yang convert kpd islam. Islam kata ia hanya perlu tunduk kpd mahkamah syariah.
      4. Hukum islam di cabar melalui kalimah Human Rights and Civil Society.
      5. Kubor org islam di gali dan di pindah ke tempat lain selepas 5 tahun di tanam kerana protes penduduk bukan islam di Shah Alam.
      Dan pelbagai desakan lagi

      Kita tidak harus terlalu cepat menilai luaran tanpa melihat hakikat yg telah di nyatakan Allah dlm Al Quran.
      Agak2 siapa yg back up NGO ini? Fikirkan.

      PAS tidak perlu bersama UMNO tetapi MESTI berbincang dgn UMNO utk maslahat agama dan bangsa.

      PAS boleh duduk dlm PR tetapi MESTI mempertahankan yang haq dan bersuara. PAS tidak perlu takut hilang undi jika agama ini di persendakan.

      Jika prinsip ini di pegang pada PAS, saya yakin PAS akan pergi lebih jauh dari sekarang.

      • salam,

        IRC – InterFaith Council…adakah sdra hamba Allah, sdra nazri setuju dgn IFC ni? cuba buat kajian sikit siapa pelopor IFC ni…

      • IFC bukan IRC…tersilap taip.

    • Salam Sdra Nazri,

      Hujjag sdra Nazri,

      “Kaitan dengan pemimpin yg Non Muslim dlm PR.
      Kalau anta masih ingat pada PR Kecil K.Trengganu Kulasegaran (DAP) dan Lim Kit Siang setuju kalau hudud dilakukan kepada penduduk islam sahaja di Malaysia.”

      Hujjah sdra spt di atas adalah tidak kuat, malah sdra tidak boleh pun menggunakan hujjah bukan Islam utk perkara yg berkenaan dgn Islam lebih2 perkara yg besar spt hukum hudud. Mereka, bukan Islam, tidak beriman dgn ajaran Islam, macamana mrk hendak bersetuju pelaksanaan undang2 Islam di Malaysia. Sdara jgn mudah terpengaruh dgn kata2 begitu krn kalau kita boleh mengambil kata2 bukan Islam bermakna kita terlalu rendah…ingatlah yg Islam itu mulia dan tinggi, Islam adalah agama yg diterima di sisi Allah, inna ddina indallahilislam…

      Saya berharap bukan Islam mengkaji agama Islam krn mrk sudah tinggal bersama2 dgn masyarakat Islam di Malaysia sudah lama apa yg perlu bagi mrk ialah melihat dari sudut yg positif terhadap Islam bukan melihat contoh2 yg tidak baik sebahagian ummat Islam. Kaji agama Islam dan lihat/observe peribadi2 yg baik di dalam masyarakat Islam di Malaysia spt TG Hj Abd Hadi, TG Nik Abd Aziz, TG Harun Din dan ramai lagi tokoh2 Islam yg hebat.

      -milkyway27-

  13. Salam Sheikh Aminuddin,

    Terima kasih kepada komen anda.

    Saya amat setuju dengan komen anda dibawah

    “PAS tidak perlu bersama UMNO tetapi MESTI berbincang dgn UMNO utk maslahat agama dan bangsa.”

    kalau boleh libatkan PKR juga ada pemimpin spt
    Mustapa Kamil Ayub, Md Noor Manuty, Ustaz Badrul Amin dsbg.

    Utk menangani isu melayu/islam ini diharap keterlibatan orang-orang Melayu dapat dipertingkatkan.

    Dalam peranan NGO ini kita kalah dengan Cina.
    Kita lihat bahawa Dewan Perhimpunan Cina begitu kuat daripada MCA, DAP.

    Dulu beberapa tahun lepas saya lihat ada usaha
    utk memebentuk NGO Melayu yang kuat
    dengan T.Razaleigh sbg pemimpin. Ramai pemimpin PAS dan UMO ada sekali kemudian senyap. kalau terlaksanakan bagus.

    Saya mengenali ISMA baru setahun tetapi saya
    dapati ISMA ini bagus dan VERY PROGGRESIVE dalam memperjuangkan isu-isu Melayu/Islam.
    Teruskan usaha-usaha murni ini dan put fokus on its.

    Tapi comment saya satu je kadang-kadang komen saudara dan Us. Abdullah dalam isu kerajaan perpaduan membuatkan orang-orang PAS/PKR rasa tak berapa sedap sikit (sikit je).
    Saya lebih suka comment Us. Halim dan Us. Annuar Sallleh dalam isu ini.

  14. Susah bincang dgn org yg dah tertutup pandangannya dgn sesuatu perkara…tak habis-habis diskusi ini. Lagipun siapa nak pandang ISMA yg baru dua tahun jagung dlm politik/masyarakat malaysia kalau nk banding dgn PAS yg dh lama bertapak…siapa nk percaya kat ISMA budak mentah…gini lah kalau rasa persepakatan dgn DAP dan PKR itu membawa untung kpd Islam ikut suka masing-masing lah kan semua sudah ada akal utk berfikir…

  15. Salam MilkyWay,

    Satu tahu IRC/IFC tu.

    Saya ada pernah baca bahawa A.Ibrahim setuju dengan IFC TETAPI……..

    Masa isu IFC memuncak dahulu Malik Imtiaz memang rasa dia hebat sangat. Mula mula masa nama dia IRC OKje. Bila Malik dan kawan-kawannya dari Majlis peguam seperti Yeoh, Ambiga dah naik kepala sampai nak tubuhkan
    suruhanjaya. Yang setuju siapa ? Rais Yatim dan
    Nazri Aziz.

    Anwar dia setuju dengan IFC sebab dia nak betulkan IFC ni (dengan membela islam) , bila banyak intelek-intelek islam
    dah masuk campur spt JIM,ABIM,MPF dengan bimbingan A.Ibrahim, Malik Imtiaz dan majlis Peguam jadi takut kalah berhujah, macam-macam alasan dia bagi.

    Kalau kita tengok A.Ibrahim ini dia pandai selesaikan konflik antara agama sebab dia memang competent, tak macam pemimpin UMNO.

    Kalau anta ingat Kes kampung Rawa 1998 di Penang, A.Ibrahim selesaikan sekejap je.
    Bila Anwar dipenjara tahun 2000/2001 kes Kampung Medan berminggu-minggu baru nak selesai, dah banyak orang mati baru selesai.

    A.Ibrahim ini cara dia menyelesai isu agama ini tak perlu cara mengharam/menyekat tetapi banyak cara berhujah dan kepintaran politiknya dan kita tak perlu risau tentang isu agama kalau PR memerintah sebab pemimpin PR lebih competent dalam menyelesaikan konflik agama

    • IFC atau interfaith Council itu samada boleh atau tidak bergantung pada maslahat

      1) Jika di negara majoritinya Islam, tidak perlu diadakan kerana ia memberikan impressi bahawa Islam recognize other religions. Di Malaysia, pada pendapat saya ia hanyalah usaha2 puak bukan Islam untuk meletakkan Islam sama rendah dengan agama mereka

      Mana2 umat Islam yang terlibat dengan IFC tidak harus dikeji sebelum melihat kepada tujuannya, kerana mungkin tujuannya itu adalah untuk mengelakkan mereka yang tidak berpengetahuan duduk bersama orang2 kafir dan memberikan pandangan yang salah ttg Islam.

      Meskipun begitu, tidak terlibat langsung mungkin lebih baik jika difikirkan strategi yang diletakkan musuh2 Islam

      a) Jika kita tak join, mereka keji kita
      b) Jika kita join, mereka nak ubah pemikiran kita

      2) Jika di negara orang kafir, ia adalah peluang untuk menjelaskan tentang prinsip Islam. Ini hanyalah satu wasilah. Meskipun begitu, ia bukanlah jalan terbaik dalam dakwah.

      Itulah pendapat saya.

      Wallahu ‘alam

  16. bila kaki kanan melangkah, sudah pasti kaki kiri dibelakang. jangan tergopah-gapah untuk mencapai kejayaan sehingga kekuatan dalam terabai. jangan tergilakan kuasa hendak menjejaki putrajaya sehingga prinsip tergadai.

    ana setuju dengan pendapat Encik Amin untuk PAS bersabar.

    btw, kepada Encik Nadzri perenggan yang berbunyi

    “tapi comment saya satu je kadang-kadang komen saudara dan Ustaz Abdullah dalam isu kerajaan perpaduan membuatkan orang-orang PAS/PKR rasa tak berapa sedap sikit”

    saya baru lagi mengenali Ustaz Abdullah Zaik. kata-katanya sangat idealistik sehingga maksud hendak dibawa orang tidak faham. dengan erti kata mudahnya, idea UAZ memang agak sukar untuk dibumikan.

  17. Politk,mentadbir,tarbiyyah ,mengislah masyarakat dan dakwah. Parti Islam PAS akan selari dan seiring berjalan atas landasan Islam dan Demi Kekuatan Islam tanpa berkurang dan sentiasa berusaha berlipat ganda.
    Mari Kita berdoa kepada Allah supaya Allah memberi kekuatan pada Pas dan pendokongnya thabat dan istiqamah dalam gerak kerja amal Islami
    Disamping bantuan,buah fikiran dari Ngo Islam dan shbt2 yg cintakan Islam.

  18. utk sahabat Hamba Allah .sy mentahkik kan ada buku karangan DR Yusof Qardhawi (tahaluf siyasi) dipasaran Mesir,tp x tahu samada sudah diterjemah dalam bhs Melayu.

  19. Matlamat Pas Jelas berlandas quran dan sunnah
    Bukan menjadi sesebuah gerakan Islam sekiranya yang menjadi matlmat adalah utk memerintah negara.Apa yang ingin ditegaskan Pas berjuang supaya Islam yang memerintah dalam ertikata akidah sebuah negara dan pelaksanaan dari sudut syariah dan luhur dgn kedaulatan perlembagaan Malaysia.Walaupun bukan pas yang memerintah tapi Muslim yang baik menjadi pemimpin.Kita terima dan taat .yg baik dari sudut syaksiah dan kesungguhan mendaulatkan Islam dalam memimpin negara.
    Berdasarkan Pandangan Politik tuan amin,dari sudut teorinya indahnya sebegitu-PAS memerintah 2020 tanpa bantuan mana-mana parti-analisisi politik thinking bukan jaminan dan ketetapan .Yang menjaminnnya adalah sumbangan dan kesungguhan utk mendaulatkan Islam ketika atau dalam keadaaan semasa.Ini memerlukan utk kita semua memahami fiqh waqie dalam gerak kerja memartabat Islam di setiap peringkat,baik dari sudut pemerintahan negara,tarbiayyah masyarakat,dakwah fardiah, jamaie dan ijitimae,Pas akan berusaha selari dan seiiring bagi mengimbangi tuntutan-tuntutan Islam walaupun ada seribu kekurangan yang ada pada Gerakan Islam Pas ,saya jg menyeru sahabat2 yg cintakan Islam dan ngo islam perlu turut membantu dan istiqamah dalam usaha memberi kefahaman tentang Islam pada masyarakat.


Tinggalkan Jawapan kepada Nazri Batal balasan

Kategori