Posted by: aminuddin | 23/12/2009

Tabung Haji

Beberapa hari lepas saya pergi ke pejabat Tabong Haji. Bukan apa, hanya nak menyimpan sikit2 duit untuk bekalan hari tua. Kalau di biarkan dalam bank tangan ni selalu nya cepat menggunakan kad ATM. Jadi untuk selamatkan duit tu saya belajar menyimpan di Tabung Haji. Lagipun zakat di bayar terus oleh pihak Tabung Haji, tak payah saya bimbang.

Semasa saya sedang menunggu giliran untuk berurusan di kaunter, saya ternampak Buletin Tabung Haji tersusun kemas di atas rak. Tanpa berlengah dan untuk tidak membuang masa, saya terus mengambil Buletin berkenaan dan membacanya. Salah satu bahagian dalam Buletin tersebut menarik hati saya kerana ia menceritakan Profil Tabung Haji. Semenjak penubuhannya pada tahun 1963 hingga sekarang jumlah deposit dan bilangan pendeposit adalah seperti berikut :-

Deposit                                 Bilangan Pendeposit

1963                                         RM46,000                                          1,281

2009 (Ogos)                         RM21.98billion                                 5.1 juta

Saya terpegun sejenak melihat jumlah yang begitu besar di miliki oleh Tabung Haji. Dalam hati saya berkata “kalaulah di ambil RM1 juta je setahun untuk bantu orang2 miskin menunaikan haji, apakah ia akan terkesan pd Tabung Haji?”. Dividend yang di berikan pun hanya 5%. Sudah pasti bakinya tidak akan terluak.Ini bersesuaian dgn objektif awal penubuhannya yang hendak membantu penduduk2 luar bandar terutamanya untuk mengerjakan haji.

Ini tiap2 tahun kita dengar kos hajinya semakin bertambah dgn alasan kerajaan Arab Saudi menaikkan harga. Saya bukan apa, kesian kat orang2 kampung dan mereka yang berpendapatan rendah. Mana mereka nak cari duit. Akibatnya ramai yang tak dapat mengerjakan haji hinggalah dah hampir nak pencen.

Saya tertanya-tanya jugak, kemanakah agaknya duit yang berbillion ringgit tu di laburkan?


Responses

  1. Betul tu. Kesian tengok makcik pakcik yang dah tua, tapi tak dapat pegi. Kalo dapat pun TH kata mungkin 3 tahun lagi, entah idup entah tidak dorang masa tu. Kalo nak pegi cepat kena amik pakej, paling kurang RM 16K.. mana nak cekau duit?

  2. HIMPUNAN RIBUAN UMAT DI DALAM : MAJLIS BERSAMA ULAMA BESAR : http://wp.me/piAx4-ZY


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: