Posted by: aminuddin | 30/12/2009

Di Ambang 2010

Masa setahun kini sudah tinggal beberapa jam lagi akan berlalu. Sedar tak sedar umur kita telah meningkat setahun lagi. Ini bererti kematangan dan pengalaman telah bertambah. Menjelang 2010 pelbagai reaksi yang dapat di lihat di kalangan masyarakat di negara ini. Ada yang tak endahpun, ada yang membuat azam baru, ada yang merancang untuk berniaga, ada yang menunggu2 surat naik pangkat atau bonus, ada yang pening kepala tak ada duit nak baiayai persekolahan anak2 dan bermacam-macam lagi.

Apa yang pasti 2009 menyaksikan pelbagai peristiwa yang mewarnai negara kita. Saya tidak bercadang untuk mengungkap sejarah lepas kerana itu  sudah banyak di perkatakan tetapi mungkin lebih baik untuk kita melihat ke hadapan.

POLITIK

Barisan Nasional

Persaingan politik di antara BN dan PR akan terus menjadi bahan utama akhbar dengan masing-masing menggiatkan usaha untuk memennagi hati rakyat. Najib sudah pun menjanjikan bahawa 2010 adalah tahun dimana semua janji2 BN akan di kotakan dan rakyat, melalui NKRA yang di war-warkan, akan mendapat menfaatnya. Ada juga penganalisis politik mengatakan bahawa akan berlaku rombakan kecil kabinet kerana “serangan2” yang di buat oleh Tun Mahatahir. Namun kemelut yang melanda MCA akan menjadi duri kepada BN yang mana jika tersalah langkah mungkin ia akan membawa akibat yang buruk kpd BN. Skandal PKFZ akan menjadi penentu masa depan MCA samada orang Cina masih percaya kepada parti itu ataupun tidak. Bagi MIC, ancaman yang akan di hadapi ialah dari Parti Makkal Sakhti. Walaupun MS itu baru setahun jagung namun impaknya besar kepada orang India. Isu PPP di jangka akan terus bergolak dan mungkin ini antara punca2 kabinet perlu di rombak. Tidak lupa juga Parti Cinta Malaysia yang mungkin akan menjadi anak paling baru dalam BN.

BN melangkah ke 2010 dengan berbekalkan pelbagai skandal. Selain dari PKFZ, isu kehilangan enjin jet RM50juta, kematian Beng Hock, skandal rasuah yang di lapurkan dalam lapuran Audit Negara, rampasan kuasa di Perak adalah antara kes-kes besar yang masih tertangguh. Semua kes ini sudah cukup untuk membuatkan Najib tidak senang duduk.

Pakatan Rakyat

Bagi PR, momentum mereka telah bermula dengan berlangsungnya Konvensyen bersama pada awal Disember. Kepimpinan mereka semua telah melahirkan keyakinan akan laluan mereka ke Putrajaya semakin cerah. Apapun, pakatan yang begitu bergantung kepada DSAI ini akan teruja nasib mereka apabila isu liwat DSAI mula di bicarakan di mahkamah nanti. Rakyat  sudah pasti menunuggu keputusan mahkamah dengan penuh debaran. Pesoalannya, jika DSAI kalah dan di hukum penjara kembali, maka adakah pakatan akan mampu terus kekal kesatuannya? Ini sesuatu yg sukar di jangka. Saya di fahamkan usaha2 sedang di jalankan secara aggresif oleh kepimpinan PR untuk memastikan PR dapat di pertahankan walaupun ketiadaan DSAI.

PAS tinggalkan PR??

Adakah PAS akan kekal dalam PR tanpa DSAI? Sejarah membuktikan PAS telah beberpa kali meninggalkan kerjasama :-

1978 – meninggalkan BN

1990 – meninggalkan Gagasan Rakyat (yang di anggotai Semangat 46 dan DAP)

1999 – meninggalkan Barisan Alternatif.

Jika PAS keluar dari PR maka secara otomatik BN akan mengambil alih kembali Selangor kerana mereka mempunyai kerusi majoriti (29 ADUN). Untuk membalas budi PAS, mungkin kah Dato’ Hassan Ali akan di lantik UMNO untuk menjadi MB baru Selangor?

Kita tunggu dan lihat pada 2010.

Pilihanraya Kecil

Kalau 2009 menyaksikan 9 pilhanraya kecil yang di menangi 7 oleh PR dan 2 oleh BN, 2010 juga di jangka akan berlaku lagi pilhanraya kecil. Kota Siputeh, Batu dan Permatang Pauh adalah kemungkinan2 akan berlaku PR kecil. Kita tidak harus lupa bahawa kes perpindahan Adun PR ke BN di Perak masih belum selesai. Mungkinkah akan ada perpindahan parti lagi? Pada tahu 2009 menyaksikan 6 ADUN PR telah berpaling tadah. Kalau mengikut statistik ini kemungkinan itu agak besar dan saya menjangkakan ia mungkin berlaku di Selangor. Najib selaku pengerusi perhubungan UMNO Selangor sudah berjanji untuk mengambil alih negeri yang kaya raya ini. Apa yang akan beliau lakukan?…kita tunggu dan lihat. Selaku seorang yang matang dalam arena politik, Najib bukanlah calang2 orangnya untuk mudah di perkecilkan kemampuannya.

Harapan

Apapun percaturan politik yang akan di mainkan oleh kedua2 belah pihak, selaku  seorang Melayu Muslim maka sudah pasti saya mengharapkan isu kepentingan menjaga bangsa dan agama tidak harus di gadaikan. Atas apapun istilah yang mereka gunakan ia tetap tidak akan menghilangkan fakta bahawa orang Melayu merupakan kaum majoriti di negara ini dan penegakkan islam hanya akan berlaku dengan kuatnya orang Melayu. Saya masih mengharapkan pihak PAS dan UMNO akan kembali duduk berbincang demi kepentingan bangsa Melayu dan agama islam ini.

Rakyat Malaysia mendambakan politik yang matang yang menilai sesuatu berasaskan prinsip yang jelas dan syarei bukan politik sentimen. Rakyat juga mendambakan kesatuan kembali bangsa Melayu Muslim.

Ekonomi

Persoalan yang sering menjadi perbualan di kedai-kedai kopi ialah; bagaimana keadaan ekonomi negara pada tahun 2010? Walaupun kerajaan telah membuat suntikan sebanyak 67billion pd tahun 2009 tetapi impaknya masih belum di rasai secara menyeluruh oleh rakyat. Masih ramai kontraktor2 yang terpaksa gulung tikar dan menjalankan perniagaan lain.

Dalam pembentangan bajet 2010 kerajaan telah mengusulkan GST tetapi  aplikasinya hanya akan berlaku  pada 2011. Initiatif ini di lihat bagi menampung keperluan negara yang terlalu bergantung kepada cukai pertroleum.

Penganalisi ekonomi membayangkan bahawa ekonomi negara akan meningkat sebanyak 3.5% pada 2010. Terdapat tanda2 di mana ekonomi negara beransur pulih. Di jangka beberapa polisi akan di liberalisasikan lagi oleh kerajaan bagi menarik ramai lagi pelabur asing untuk melabur di negara ini.

HARAPAN

Apa yang menjadi harapan kita semua ialah tidak berlaku lagi ketirisan yang berleluasa di dalam pembahagian projek kerajaan. Walaupun ekonomi dunia secara keseluruhannya masih di tahap membimbangkan namun dengan natural resources yang banyak dan wang reserve yang melebihi 200 billion, sudah pasti negara mampu menghadapi tekanan ekonomi ini dengan baik. Sistem perbankkan yang mantap dan keadaan sektor perumahan yang semakin pulih menjanjikan harapan yang agak cerah pada tahun hadapan. Namun ini semua akan tetap tidak memberi kesan kepada hidup rakyat jika langkah2 pembenterasan rasuah tidak di ambil dengan tegas. Dalam erti kata lain, negara memang mempunyai hasil mahsul yang banyak. Jadi selain dari meminda2 polisi samada atas nama liberalisasi atau sebagainya, kerajaan harus memperkasakan SPRM demi mengurangkan ketirisan.


Responses

  1. Solat Sunat Al Khusuf di Masjid Negara/Masjid Taman TAR/Masjid Al Falah

    Program Pencerapan Gerhana Bulan Separa anjuran Agensi Angkasa Negara (ANGKASA) dengan kerjasama Masjid Negara, Kuala Lumpur akan diadakan pada ketetapan seperti berikut:

    Program Pencerapan Gerhana Bulan Separa
    Bertempat Perkarangan Masjid Negara
    Tarikh 1 Januari 2010 bersamaan 15 Muharram 1431H (Jumaat-Malam Tahun Baru 2010)

    1.00 Pagi hingga 6.00 Pagi

    Aturcara Program adalah seperti berikut :

    Pencerapan Gerhana Bulan Separa
    Pencerapan Planet Zuhal dan Marikh
    Pameran Bulan
    Solat Sunat Gerhana Bulan
    Khutbah Khas Gerhana Bulan
    Pertandingan Kuiz
    Sehubungan itu, orang ramai adalah dijemput hadir untuk menyaksikan fenomena ini menerusi beberapa buah teleskop yang disediakan dan ianya adalah PERCUMA

    SOLAT SUNAT GERHANA BULAN DI MASJID TAMAN TAR

    http://wp.me/piAx4-11V

    PROGRAM DI MASJID AL FALAH :

    http://wp.me/piAx4-11T


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: